Sunday, January 9, 2011

Penulis lirik, pengkritik Raja LAWAK, Bob Lokman telah berubah? Syukur...


Terkejut bila mendapat khabar bahawa Penulis Lirik Lagu Isabella, Bob Lokman yang juga sinonim dengan Raja Lawak Astro selaku pengkritik dan juri tetap dikatakan hadir bersama rakyat Selangor di Stadium Malawati Shah Alam 9 Januari lalu bersolat hajat bersama-sama memohon keselamatan kepada rakyat Selangor.

Beliau sempat bergambar dengan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar selepas usai solat hajat yang diimamkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bob telah menarik diri secara terbuka sebagai pengkritik Raja Lawak Astro seawal musim baru (siri pertama) Jumaat lalu membuatkan ramai penonton terkejut.Malah penampilan beliau ketika hadir dalam Raja Lawak Astro sangat berbeza dengan lengkap berjubah dan serban,

Penulis mengucapkan kesyukuran kepada Allah atas ketentuanNya. Sesungguhnya kuasa Allah maha besar, sehingga manusia tak terduga...Kepada Abang Bob, tahniah dan sama-samalah kita berjuang ke jalanNya..

1 comment:

ahmadnafiah said...

Salam, Bersyukur kita semuga beliau diberkati oleh Allah, dan semuga beliau bersama kita memperjuangkan keadilan dan menegakan daulah islam dibumi bertuah ini Takbir Allah huakbar,