Thursday, December 16, 2010

Sejarah hitam Parlimen Malaysia, Speaker jelas dikongkong Umno/BN!

Gegak gempita laungan hancur APCO, Umno bohong, dan pelbagai lagi laungan disamping sepanduk dinaikkan oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ketika Speaker Dewan Rakyat mahu membacakan keputusan menggantung Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim selam enam bulan akibat mendedahkan perjanjian kerajaan dengan perunding berkepentingan Israel, APCO Worldwide.Mengulas insiden 'hitam' dalam sejarah Parlimen itu, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemui Timbalan Presiden PAS, Ustas Nasharudin Mat Isa sebaik beliau turut serta bersama seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan pada 16 Disember lalu bagi membantah sikap Speaker.



Assalamualaikum YB Ustaz.Apa pandangan ustaz terhadap insiden yang berlaku di dalam Dewan Rakyat tadi apabil kita lihat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menutup ruang kepada Pakatan Rakyat untuk mendapatkan penjelasan, keadilan dan 'ruling' dalam setiap peraturan mesyuarat yang mereka kemukakan?


Nasharudin : Saya telah sebutkan dalam sidang media tadi (sidang media bersama Anwar Ibrahim sebaik kelaur Dewan Rakyat, sebelum kita keluar beramai-ramai dengan jelas kelihatan Speaker (Pandikar Amin Mulia) berinteraksi dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Aziz melalui Setiausaha Dewan (Dato' Roosmi), dan bagaimana Speaker menerima arahan dalam surat-surat yang diberikan Setiausaha Dewan dari i menteri.Kemudiannya Speaker datang dengan keputusan menggantung Anwar (tanpa perbahasan usul).Ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan Speaker itu seperti yang kita pertikaian termasuk sebelum kita keluar iaitu diawal kita berbahas tadi (berlaku kekecohan akibat sikap spekaer) dalam Dewan Rakyat tadi terang-terang kita sebut minta dia (Pandikar) perlu berundur dari mempengerusikan mesyuarat kerana dia bias dalam mengurus mensyuarat dan buat keputusan.Apa yang kita lihat interpretasi yang beliau buat terhadap beberapa peraturan mesyuarat yang dikemukan semasa pertikaman lidah antara ahli-ahli Parlimen beliau mengikut sewenang-wenangnya dimana jika ia menguntungkan BN, beliau akan mengikut, sebaliknya peraturan yang sama jika menyebelahi pembangkang, beliau akan menafsir sebaliknya.Apa yang dapat saya katakan ialah hari ini tercemar dengan begitu dahsyatnya institusi Parlimen dengan sikap Speaker yang kita lihat ianya adalah hasil daripada kongkongan Umno/BN.



Soalan :Suasana dalam dewan tadi menunjukkan Speaker, ahli-ahli Parlimen BN seoalh-olah bersungguh-sungguh mempertahankan APCO?


Nasha : Itu yang kita mahu penjelasan, isu yang kita bangkitkan dalam perdebatan ini ialah kita hanya mahu Ketua Pembangkang (Anwar)diberikan hak untuk menampilkan bukti yang mana cukup terhadap apa yang dibangkitkan dalam ucapan beliau (mendedahkan isu APCO) sebelum ini.Bukti yang dimaksudkan dalam kes APCO itu sudah cukup lengkap, sudah cukup dokumennya bukan direka-reka untuk dibentang oleh Ketua Pembangkang, tetapi bukan sahaja beliau telah dinafikan hak untuk mendatangkan bukti tersebut kepada jawatankuasa, tetapi hak untuk membela diri juga dinafikan dengan begitu sekali oleh kerajaan melalui Speaker.

Akhirnya kita 'walk out. Inilah satu sikap yang kita lihat bercanggah dengan prinisp demokrasi, peraturan perjalanan parlimen, soal peraturan mesyuarat dan akta berkaitan, jelas menunjukkan apa yang diistilahkan sebagai 'hak kebebasan' ahli Parlimen untuk bercakap dan untuk mendedahkan soal maklumat-maklumat kepada pendedahan atau penyelewengan bagi mewakili rakyat seperti yang dijamin dalam peruntukan dewan dan mana-mana sistem parlimen dalam dunia ini tetapi telah dinafikan.Dalam konteks ini Malaysia tidak dipraktiskan.Speaker sendiri sebelum ini ada sebut kita mahu menjadikan Parlimen ini 'world class' tetapi dengan kejadian hari ini kita dapat lihat Parlimen ini tak sampai ke tahap itu.,

Kini sudah sampai kategori 'parlimen kangaroo' seperti yang kita sebut dalam sepanduk kita yang kita bawa hari ini.Apa yang berlaku hari ini sangat memalukan dan parah kepada sistem demokrasi di negara kita.Sudahlah institusi-institusi di luar seperti kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebagainya tidak boleh diharapkan lagi, tetapi dalam masa yang samapun Parlimen ditambah dalam senarai itu.Amat malang bagi demokrasi di Malaysia dan rakyat memiliki sistem pentadbiran Parlimen begini.Sekali lagi saya ulangi, kita mengajak rakyat melakukan perubahan kepada menggantikan kerajaan hari ini kepada kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 ini nanti.Salah satu janji kita ialah untuk mengadakan reform kepada intiusi sebegini termasuk Parlimen.


Adakah sekatan yang sangat dahsyat ini menandakan lagi cepat Parimen akan dibubarkan?

Berlakunya begini kita jangkakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan awal.Berbalik kepada isu reform ini, saya sendiri telah tiga kali berucap dalam belanjawan menyeru kepada adanya reform sistem pengurusna parlimen ini.Sebagai contoh saya cadangkan wujudkanlah 'comitee system', sebab jawatankuasa yang ada di Parlimen ini bukanlah jawatankuasa yang semacam jawatankuasa yang ada dalam sistem Parlimen Wesminster sebegai contoh.Saya cadangkan agar diadakan tetapi tidak ada respon dari pihak kerajaan.InsyaAllah jika kita berjaya membentuk kerajaan baru kita nanti, kita akan wujudkan sistem begini yang jauh lebih baik.



Apa yang berlaku dalam pertikaian kes APCO ini ialah kebimbangan terhadap maklumat keselamatan negara yang boleh terdedah.Baru-baru ini wikileaks mendedahkan pula pandangan pimpinan negara jiran terhadap pemimpin politik di Malaysia, hingga termasuk isu Sodomi Anwar yang akhirnya disensasikan oleh media arus perdana, walhal dalam masa yang sama wikileaks juga dedahkan isu antara PM-Altantuya, dan isu krisis Tun Abdullah dan Mahatir?

Nasharudin : Saya nak tegaskan dalam hal ini, apa yang penting dalam Islam ialah asanya dari mana berita itu datang, apakah dari seorang yang fasik.Persoalannya kita perlu menapis dan mengkaji maklumat ini akan kesahihannya.Keduanya kita mempersoalkan beberapa aspek daripada mana mereka (wikileaks) dapat maklumat yang berlaku dalam negara kita.Katanya dari channel tertentu.Adakah ini bermakna sesiapa sahaja boleh akses maklumat keselamatan, kedaulatan dan ruang keselamatan negara kita?. Walau apapun pendedahan ini, saya rasa harus dijawab dan diberi penjelasan oleh mereka yang disenarai namanya dan didedahkan,Tuduhan ke atas Anwar telah dijawab, sekarang ini ada beberapa tuduhan lain terhadap beberapa individu lain (PM, Tun Abdullah) yang harus dijawab segera.



Kita bimbang bocornya maklumat kerajaan dan maklumat keselamatan negara, apa pandangan tuan?

Nasharudin : Inilah bukti-bukti yang nak ditunjukkan Anwar kepada jawatankauas hak dan kebebasan Parlimen mengenai APCO ini, bukti bagaimana ada interaksi yang sangat inteam antara kerajaan Malaysia melalui PDRM dan agensinya, berhubung dengan APCO ini yang sudah tentu mendedahkan pelbagai maklumat untuk nantinya diambil oleh pihak luar yang mana kesnnya nanti memberi impak kepada soal keselamatan negara kita.Pendedahan begini meletakkan kita dalam keadaan yang sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman, serangan dan tindakan yang boleh diambil musuh kepada kita.yang jadi mangsanya adalah rakyat.

Maklumat ini merupakan 'kuasa' dalam kekuasaan termasuk dalam perang,Apatah lagi ada maklumat kerahsiaan yang boleh dijual beli dengan harga yang mahal dan nilai tinggi yang akan diambil manfaat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentiungan mereka.Yang jadi mangsa ialah rakyat, kita ini nak pertahan hak rakyat.,Saya bimbang kita tak dapat tangkis serangan musuh nanti.



PAS dah bawa isu ini kepada Majlis Raja-raja Melayu sebelum ini.Adakah kali ini berasaskan kepada situasi hari ini akan bawa semula kepada Majlis tersebut?

Nasharudin : Parlimen baru sahaja selesai bersidang, kita nampak apa tindakan Parlimen ke atas ahli Parlimen PR, ini isu nasional, yang harus diberi perhatian oleh semua pihak termasuk institusi beraja.Kita akan bincang samada akan panjangkan isu ini kepada Raja-raja Melayu.Yang penting ialah kita akan mobilisasi rakyat bagi menimbulkan kesedaran mereka akan negara terancam akibat kerakusan dan ketamakan kuasa Umno/BN.Kerana mempertahan kuasa Umno/BN membuka segala pintu keselamatan negara tanpa kita masa depan negara kita, Mobilsasi rakyat akan digerakan dan diusahakan agar rakyat sedar mengubah kerajaan yang akan menjadi tema utama dalam konvensyen Pakatan Rakyat pada ahad depan.

No comments: