Tuesday, December 14, 2010

Mengapa pendedahan wikileaks isu Najib-Altantuya, Mahathir-Pak Lah tidak disensasikan media arus perdana?

Pendedahan Wikileaks berhubung isu sodomi membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan dilaporkan media arus perdana di Malaysia dengan ruang yang sangat sempit dan tidak menyeluruh.Apakah disebalik semua ini terdapat persoalan yang jauh lebih besar, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemui Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaffar pada 14 Disember lalu di Parlimen bagi mendapatkan gambaran sebenar.



Harakah : Gempar seluruh negara apabila media-media arus perdana melaporkan pendedahan sebuah laman web, Wikileaks juga pertama kali dilaporkan oleh akhbar Asutralia, Syedney Morning Herald berhubung kononnya bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew percaya Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dalam dakwaan Sodomi II .Apa pandangan Dato'?


Kamaruddin : Isu yang didedahkan Wikileaks yang terkini jelas menunjukan media masa di Malaysia khususnya yang ada hubung kait yang memegang saham media (Umno/BN) dan media kerajaan secara langsung adalah sangat tidak beretika, malah menyalahi prinsip sebuah media massa.

Ini kerana dalam satu yang kononnya pendedahan yang amat jelas yang berpunca dari Wikileaks dan dilapor oleh Sydney Morning Herald yang mana ayat-ayatnya agak mudah, nama-nama individu disebutkan secara jelas, tetapi media massa di Malaysia hanya tumpu kepada kes Anwar sahaja.Itupun tidak mendedahkan secara keseluruhan inti pendedahan yang pada asalnya dibawa oleh Wikileaks, dan kemudiannya dilaporkan Syedney Morning Herald.

Apa pendedahan yang sebenarnya?

Kamaruddin : Misalnya kes Anwar (sodomi ii) yang mana Wikileaks mendedahkan bahawa Lee Kuan Yew berpandangan dan pandangan ini disampaikan kepada kerajaan Australia ada usaha untuk kenakan perangkap terhadap Anwar .Anehnya Kuan Yew memberitahu Australia bahawa Anwar Ibrahim sedar ada perangkap mahu mengenakan dia dalam kes Sodomi II, dan katanya dalam penuh kesedaran itu juga kata Kuan Yew Anwar terus
mengadakan hubungan seks itu kononnya.Maklumat ini pun tidak dilaporkan sebegitu, yang hanya dilaporkan hanyalah kononnya Kuan Yew memberitahu bahawa Singapura tahu yang kononnya Anwar melakukan hubungan kes tersebut.

Yang tidak disebutkan Singapura mempercayai ini adalah perangkap yang dikenakan oleh musuh-musuh Anwar.Dalam kes inipun tidak ada pendedahan yang benar-benar menyeluruh yang dilakukan oleh media Malaysia, sebaliknya mereka hanya memainkan sentimen untuk meyerang Anwar dengan isu 'pendedahan' yang separuh jalan.


Adakah ada pendedahan lain berhubung kalangan pimpinan politik di negara ini selain Anwar?

Kamaruddin : Kalau mengikut akhbar di negara ini yang lain lagi tidak disebut (pendedahan Wikileaks).Sedangkan bertapa tiada hormatnya langsung pimpinan Singapura terhadap pemimpin politik di Malaysia bertapa mereka menyatakan kedudukan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak amat lemah dalam politik di Malaysia, Najib amat bergantung dengan terus duduk di jawatan PM supaya dapat terlepas daripada kemungkinan didakwa ke mahkamah dalam kes Altantuya (kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu) itu, itu jelas didedahkan oleh Wikileaks dan Syedney Moring Herald.


Selain itu Dato'?


Kamaruddin : Ada juga dicatitkan kononnya ahli politik Malaysia ini bercelaru dan kebimbangan akan ada rusuhan perkauman dan kononnya berlaku selepas pilihan raya umum 2008, walaupun ianya sebenarnya tidak berlaku.Singapura kononnya bimbang akibat rusuhan itu orang Cina akan lari dari Malaysia dan membanjiri Singapura dan menyusahkan kerajaan Singapura.Tentang Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berada dalam kedudukan lemah keran anaik sebab Tun Abdullah Ahmad Badawi (ketika menjadi Perdana Menteri), tentang pendedahan kononnya Najib seorang politikus yang opportunists dan tiada pendirian langsung mungkin suatu hari berkawan dengan Singapura, dan mungkin suatu hari nanti bila ada tekanan politik dalaman akan menentang Singapura pula.

Ini semua dicatitkan dalam Wikileaks dengan ayat yang mudah dan ringkas dalam keseluruhan kononnya laporan Wikileaks itu yang didedah akhbar Australia yang tidakpun didedah secara keseluruhan oleh media di negara ini.Bagi saya ini satu jenayah besar dan ketidakadilan yang dikenakan bukan sahaja kepada Anwar tetapi rakyat Malaysia dan parti pembangkang di negara ini.


Adakah sikap begini adalah usaha negara jiran memburukkan imej Malaysia
dan kepimpinan negara?


Kamaruddin : Ya betul. Yang dahsyatnya ini satu usaha kalau benar berlaku oleh Singapura memberi gambaran terlalu negatif terhadap Malaysia yang meliputi secara keseluruhan struktur dan kepimpinan politik di Malaysia.Ini tidak memeranjatkan juga sebab kalau kita ingat Lee Kuan Yew dalam ucapan berkabung pernah memuji mendiang isterinya, yang mana isterinya itu sebagai orang yang paling awal menyatakan dan menasihatkan Kuan Yew bahawa beliau tidak yakin kepada pimpinan politik Malaysia.Kuan Yew berkata terbukti benar apa yang dikatakan oleh mendiang isterinya itu kerana sebaik selepas menyertai Malaysia Singapura berpisah dari Malaysia.


Jadi kita tak terperanjat sikap negatif Kuan Yew terhadap pimpinan politik
Malaysia.Namun bagi saya walau apapun kerajaan Malaysia untuk menjaga maruah kita seharusnya mendesak singapura menjelaskan pendirian sebenarnya negara jiran itu terhadap negara kita.Sebab hal ini berlaku dalam konteks dan keadaan dimana Najib selaku PM telah banyak memberi ruang yang cukup besar kepada Singapura dalam pelbagai projek dan konteks lain termasuk perjanjian yang longgar yang kurang menyebelahi Malaysia.Najib juga memberikan ruang kepada negara jiran itu pelbagai projek untuk mereka (Singapura) mengaut keuntungan dalam perniagaan dan pelaburan di negara ini.Dalam pada Najib buka luas kepada SIngapura tetapi sikap negara jiran bukan sahaja keada Anwar tetapi kepada Najib dan Malaysia sekalipun semuanya tidak memberi sanjungan kepada kita.


Semua mengetahui, Singapura sebagai sebuah negara yang rapat dengan Israel.Di Asean ini, Singapura dikenali sebagai negara yang 'kurang mesra' dengan rakan seAsean, apakah sikap ini yang terdedah oleh Wikileaks hanyalah satu provokasi untuk mengeruhkan hubungan serantau?

Kamaruddin : Kemungkinan itu ada, tetapi Singapura memang sejak dahulu sentiasa menggangap bahawa negara-negara jiran ini adalah musuh mereka.Ini persamaan dengan psikologi Israel juga, Malaysia sebagai musuh yang perlu mereka atasi, segala ungkapan sulit seperti ini jelas mencerminkan sikap Singapura kepada negara kita.


Adakah rakyat dan pimpinan negara perlu berhati-hati dan menapis sebarang maklumat dari Singapura?

Kamaruddin : Kita perlu melihat hubungan kita perlu sentiasa waspada.Ini kerana Singapura adalah jiran yang perlu kita hidup dengan secara waspada setiap gerak langkahnya.Jangan kita terperangkap dengan mainan mereka.

No comments: