Semalam ada satu majlis bedah buku diadakan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur membincangkan soal 'ke arah PAS baru'.
Buku tersebut hasil tulisan dan kajian YB Dr Mujahid Yusof Rawa (Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat) yang juga merangkap ahli Parlimen Parit Buntar.
Beberapa tokoh dikatakan hadir antaranya Pensyarah dan Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, pakar politik, Prof Dr Ghazali Mahyuddin dan dua wakil dari kelompok muda.
Ada saya terdengar rungutan berhubung sikap dua wakil golongan 'agamawan' muda, yang kata rakan itu tidak bersikap terbuka dalam membincangkan buku tersebut hingga dikilas oleh Aziz Bari dan Ghazali.
Kata rakan itu juga, salah seorang 'agamawan' muda itu mempertikai buku yang ditulis Mujahid kononnya tidak berteraskan kajian lapangan, sedangkan sumber menyatakan Mujahid menyediakan buku tersebut dengan penyelelidikan dan kajian lapangan.
Mujahid setahu penulis memiliki Ijazah Sarjana Kedoktoran (PHD) dan telahpun membuat kajian pelbagai di peringkat lapangan.Tak apalah itu soal pendidikan Mujahid.
Saya bertanya kepada rakan itu lagi, siapa salah seorang agamawan muda tersebut, beliau menyebutkan namanya.
Bila mendengar namanya, saya kata tak hairanlah jika nama yang disebut itu kerana sikapnya bak kata rakan tersebut 'agak angkuh' dan tidak mencerminkan ketokohan seorang ulama.
Sebelum ini ada cerita yang timbul mengenai beliau, namun didiamkan, kali ini ternyata cerita yang saya dengar dan rakan-rakan lain hadapi itu berlaku lagi.
Entahlah, mungkin ia cerita seorang rakan, namun beliau sangat dekat dengan apa yang terjadi dalam majlis tersebut...
Confidential Document
10 years ago
1 comment:
Perasaaan le tu
Post a Comment