WAN NORDIN WAN YAACOB
(Analisis)
Pengumuman kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusof dalam Pilihan Raya Kecil Dun Galas 4 November lalu sebenarnya tidak mengubah apa-apa 'geopolitik' di Kelantan kerana ia masih belum boleh menjatuhkan kerajaan negeri yang dipimpina Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kerusi Dun Galas kembali semula kepada Umno/BN pada tarikh 4 November setelah sebelum ini dipegang sementara buat pertama kali oleh PAS dalam pilihan raya umum lalu melalui Allahyarham Che Hashim Sulama, walaupun dalam suasana yang penuh 'dramatik'.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri teruji akan fungsinya apabila terus menjadi jurucakap kepada Umno/BN terutama dalam isu-isu membabitkan pemberian wang zakat kepada muallaf Orang Asli.
Sejak dari awal lagi, ramai yang melihat Aziz atau BN bukanlah faktor besar yang memberi kemenangan kepada Umno/BN, sebaliknya 'batang tubuh'nya itu disandarkan kepada populariti Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) selaku 'Raja di Hulu Kelantan'.
Ku Li yang menentang dasar BN dalam isu royalti minyak secara konsisten sejak ia diperjuangkan kerajaan dan rakyat Kelantan, akhirnya berjaya dipujuk Umno untuk mengepalai jentera BN di Dun Galas.
Kemasukan Ku Li secara sedar atau tidak sebenarnya telah memberi 'kredit' kepada BN kerana 'batang tubuhnya' itu sudah masak dalam politik di Gua Musang, lebih-lebih lagi beliau menjadi ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Umno di situ sejak 1970-an lagi.
Pengaruh Ku Li begitu besar, kemasukkannya dalam Angkatan Perpaduan Ummah bersama PAS melalui Semangat 46 yang ditubuhkannya memberi tamparan besar kepada politik Kelantan pada akhir 1989 dengan PAS berjaya memerintah Kelantan pada pilihan raya umum 1990.
Hinggalah berlakunya perpecahan antara Semangat 46 dengan PAS, Ku Li kembali menyertai Umno dan masih terus berjaya mengekalkan Parlimen Gua Musang sebagai 'kubu' nya.
Disebabkan pengaruh Ku Li yang begitu dominah di Gua Musang dan Kelantan amnya, maka tidak hairanlah Umno/BN memasang 'jerat' menggunakan Ku Li di Galas untuk membaiki imej BN setelah sebelum ini dibeberapa pilihan raya kecil, mereka tewas.
Di pihak PAS sendiri, kalangan pimpinannya mengakui jika Ku Li menjadi calon, mereka tidak akan menentang Ku Li kerana wibawa dan intergriti yang dimiliki oleh bekas Menteri Kewangan itu.
Akhirnya percaturan Umno/BN mengena, dengan bantuan media massa yang penuh sarat propaganda, jentera kerajaan yang dimanipulasikan, SPR yang sentiasa memihak, dan provokasi yang meluas, Umno/BN menang di atas nama Ku Li sebagai 'lambang' sebenar perjanjian 'undi' antara masyarakat di Galas dengan BN.
BN menang dengan majoriti 1,190 undi sementara PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi. Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.
Sejak dari awal lagi, setelah peratusan keluar mengundi diumumkan, pada kadar 83 peratus atau 9,555 orang, ramai yang telah menjangkakan akan kemenangan berpihak kepada 'Ku Li dan BN'.
Percubaan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon PAS untuk bergelar Yang Berhormat sekali lagi terkandas, walaupun dalam pilihan raya umum lalu beliau berjaya menewaskan populariti Ku Li di Galas.
Banyak penganalisis politik menyatakan, kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.
Nyata strategi BN meletakkan Ku LIternyata tepat dan memberi kesan maksimum, lantas seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar bahawa ia bukan kemenangan BN, sebaliknya kemenangan Ku Li selaku 'ikon' di Galas dan Gua Musang.
Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.
Namun agak mengejutkan apabila lebih 2 peratus undi kaum Cina kini mula terarah kepada BN, dan pastinya PAS serta komponen Pakatan Rakyat yang lain termasuk DAP dan KeADILan perlu duduk semeja membincangkan agar 2 peratus tidak melebar kepada 20 peratus menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
“Saya terkejut kerana ia di luar dugaan kita, mungkin ada kelemahan yang berlaku,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun ketika memberi reaksi awal berhubung kekalahan tersebut.
Kata beliau, PAS tetap tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya kecil semalam yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) perikatan ini merampas balik kerusi itu yang dimenangi calon PAS dua tahun lalu.
Kalah di Galas kurang beri kesan, tangani segera peralihan undi Cina - DHPP
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Kekalahan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas 4 November lalu tidaklah memberi kesan yang besar kepada geo-politik di Kelantan kerana ia tidak mengubah apa-apa kedudukan kerajaan negeri.
Namun, PAS perlu lebih serius melihat beberapa faktor yang dikatakan memberi sumbangan kepada kekalahan tersebut antaranya isu tanah, peralihan undi kaum Cina lebih 2 peratus dan kelesuan jentera kempen.
Demikian telahan Ketua Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Pusat (DHPP), Hu Phang Chow yang membuat pemerhatian terhadap perjalanan kempen dan isu-isu di Galas sejak sebelum penamaan calon lagi.
Menurut Hu, jentera kempen dan penceramah memainkan isu terlalu nasional yang kurang memberi kesan kepasa mengubah minda pengundi.
"Dekat sini sepatutnya jentera mainkan isu setempat dan isu tentang kelesuan prestasi enam wakil rakyat Umno di Kelantan dalam Sidang Dun Kelantan, kalau kita main isu nasional sangat inilah akibatnya, rakyat kurang masak dan tidak faham apa yang kita sampaikan, mereka di sini biasa 'kecek' (bualkan) isu setempat, benda yang mudah-mudah sahaja," katanya.
Bercakap mengenai peratusan undi kaum Cina yang merosot, beliau seterusnya menegur kealpaan kerajaan negeri yang terlepas pandang soal-soal program bersama masyarakat tersebut di Galas sejak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Masyarakat Cina di Galas sebaliknya disantuni oleh MCA dengan program yang tidak mendatangkan faedah, tetapi mampu menyeronokkan pengundi di sini, katanya.
"Kita kena segera bertindak, saya bimbang jurang 2 peratus ini akan meningkat lagi menjelang PRU-13, kita ada masa enam bulan untuk ubah keadaan ini," ujarnya lagi.
Selain itu beberapa isu membabitkan pemilikan tanah di Galas masih belum berjaya diselesaikan secara menyeleuruh oleh pihak berkuasa negeri, kata Hu.
Masih ada kes-kes yang tercicir, dan masih ada kalangan masyarakat yang tidak mendapat pemilikan tanah hanya kerana 'adanya orang tengah' termasuk penghulu yang memanipulasikan keadaan hingga kelulusan tidak diberikan, ujarnya.
"Ini kerajaan negeri kena lihat serius, ramai Penghulu yang memanipulasi soal hak pemberian tanah ini, mungkin kerajaan negeri samada Exco Tanah hanya tahu maklumat dari penghulu mengenai permohonan, tetapi mungkin maklumat itu tidak tepat," katanya.
Beliau seterusnya mencadangkan kerajaan negeri melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi memberi kerjasama dan membantu penghulu dalam menjalankan tugas mendekati masyarakat.
Dengan cara ini ujarnya, masalah yang lebih mendasar akan dapat didengar dan boleh dijadikan pelan untuk bertindak.
"Kita masih sempat mengubahnya, kita ada lebih kurang enam bulan lagi, tetapi perlu segera bertindak, saya percaya ia peralihan yang sementara, tak beri kesan kepada Kelantan secara keseluruhannya, Galas pun kubu kuat Umno dan Ku Li, tak timbul ia boleh gugat keyakinan rakyat kepada Tok Guru," katanya yakin.
Sementara itu Pengarah Pilihan Raya DAP, Thomas Su pula berkata pilihan raya kecil Galas menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.
Menurutnya, DAP mengendalikan tiga kawasan dalam kempen di Galas, iaitu Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama.
Hanya dua kawasan yang bermajoriti pengundi Cina iaitu di Pulai (83.86 peratus) ddan Kampung Baru (52.6 peratus). Manakala Bandar Lama merupakan kawasan campuran Melayu-Cina (30.54 peratus).
Ujar Thomas, Pakatan memperolehi 1,784 undi di tiga kawasan tersebut pada 2008, tetapi merosot 206 undi atau 4.92 peratus secara keseluruhannya dalam pilihan raya kecil kali ini
"Dari angka-angka ini, kami menganggarkan undi pengundi Cina merosot 2 hingga 3.5 peratus," katanya.
"Kami mengakui bahawa undi pengundi Cina merosot, tetapi ia tidak serius, drastik atau membimbangkan," tambahnya.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment