Sedutan Ucapan Belanjawan 2011 oleh Ahli Parlimen Kuala Krai,
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang dasar kependudukan, population policy dengan izin, kerajaan kita.
Baru-baru ini diumumkan dalam bajet bahawa jumlah cuti bersalin ialah 90 hari
untuk totalnya 300 hari bagi seorang kakitangan ataupun pegawai wanita. Ini
berbeza dengan cuti dua bulan yang diberikan untuk lima kelahiran.
Sebenarnya dalam pemberian cuti kelahiran ini ada tersirat dasar
kependudukan. Bila kita kata lima kelahiran ertinya ada di sana pro life policy
dengan izin, iaitu untuk menggalakkan kaum wanita yang bekerja dengan
kerajaan ini cuti untuk lima kelahiran.
Ini mungkin akan diambil balik pula oleh pihak swasta menjadikannya
satu dasar negara. Bila kita mengubah kepada 90 hari seolah-olah kononnya
untuk memberi masa yang lebih panjang, akan tetapi apabila mengehadkan
kepada tiga kelahiran kita sudah seolah-olah memberikan satu cadangan ada
perubahan polisi kependudukan pada hanya tiga anak.
Jadi ini satu perkara yang besar yang mesti diberikan penjelasan. Kalau
kerajaan ikhlas dan serius, maka 90 hari itu diberikan kepada lima kelahiran
ataupun kalau ikut kehendak kita seberapa ramai kelahiran kerana kita pro life.
Kita hendak tengok rakyat kita berkembang. Kita ada polisi kependudukan 70
juta menjelang tahun 2050. Ini kalau tidak diikuti maka polisi tersebut
sepatutnya diumumkan, dibatalkan.
Sebab kelahiran ini Tuan Yang di-Pertua, bab mengandung sembilan bulan ini
kita orang laki-laki bolehlah ambil posisi kononnya kita juga sensitif.
Bila isteri hendak bersalin kita mundar mandir di hospital macam muka ragu.
Akan tetapi sebenarnya menanggung kesusahannya sepanjang sembilan bulan itu adalah kaum wanita kita.
"Bearing the child for nine month", membawa anak semakin membesar,
semakin membesar kita orang lelaki kalau bawa beban begitu sepanjang
sembilan bulan tidak daya kita.
Kelahiran disertai dengan kehilangan darah, kehilangan tenaga maka tempoh
pemulihan sembilan bulan ini bukan sahaja wajar amat bertepatan di
setengah negara sampai enam bulan 'full pay' (gaji penuh).
Ini kerana kita menghormati peranan yang tidak boleh kita buat. Janganlah
kita risau bila kakitangan wanita ini bercuti panjang, siapa hendak manage
pejabat, sampai esok datang balik lupa hendak kerja.
Saya rasa itu tidak timbul kalau kita ada satu sistem penggantian, penggiliran
yang baik. Macam mana kakitangan kita di belakang sana, okey kan? Cerah
masa depan.
Jadi kita harap kerajaan memberikan satu kepastian bahawa 90 hari ini untuk
lima anak. Kalaupun tidak lebih daripada itu. Kemudian kita juga dimaklumkan
bahawa tidak ada bonus, diumumkan kalau bonus diberikan implikasi kewangan sampai RM3.1 bilion.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment