Perjanjian dengan Apco babitkan RM77 juta setahun, halau Israel dari Malaysia!
Lagi bukti bahawa Malaysia benar-benar memeterai perjanjian dengan syarikat Apco
Worldwide, kalau dulu dinafikan kini dengan jumlahnya yang melebihi dari yang
disebutkan awal-awal dahulu.
Nah Israel mula menjajah Malaysia, siapa kata tak wujud kontrak..Mana persatuan
Melayu yang kononnya menjaga kesucian agama, bangsa dan negara, sekarang ni
negara berhadapan dengan 'agen Israel'...apa tindakan kalian.
Hal ini diakui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam yang mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan
Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.
Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata
jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.
Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang
dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.
"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."
Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.
"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung
kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis.
Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu
banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu
melakukan tugas yang sama.
"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu
tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu
melakukan kerja itu,” katanya lagi.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment