Wednesday, March 31, 2010

Penghinaan nyata bila ada yang lari dari pendedahan Apco

Ada satu kisah, baharu sahaja berlaku, namun tak semua tahu apa alasannya, hahahahahahah tatkala sang paduka raja membongkar kisah penzalim bersekongkol dengan penzalim yang lebih zalim kerana kaitan kontrak bersama, tiba-tiba sang pembantu paduka kepada paduka raja sahabatnya sekumpulannya duduk bersama musuhnya yang berjawatan menteri paduka.

Seorang hamba sahaja datang menjerkah pembantu paduka yang sesedapnya bercengkerama sambil ketawa di medan rehat para paduka-paduka walhal paduka raja sedang menamsilkan kaitan penzalim dengan penzalim yang lebih besar (yahudi).

Alangkah terkejutnya pembantu paduka yang berlagak seperti pendita agama itu tatkala dijerkah hamba sahaja yang datang menuntut penjelasan.

Malu bukan kepalang, maka merah muka sang pembantu paduka tatkala dijerkah sosok muda yang cukup berani itu.

Kisah ini bukan sejarah, tetapi bakal menjadi sejarah kepada manusia-manusia yang suka sangat bersahabat dengan sang penzalim yang nyata..harap jadi iktibar...

2 comments:

ALI MAIDIN said...

Dia pi berdakwah tu. Husnul zonlah sheikh... he he

Politiksukusakat said...

huhuhu pak ali, dia secara jelas pi bersua muka, selalu sangat dakwah kat Umno, tapi Umno masih duk tang tu, huhuhu ke dia yang didakwah oleh Umno