Friday, April 16, 2010

Malaysia mula pro kepada Israel, beri tekanan kepada Iran!

Malaysia sertai 'blok' sokong Israel, sekat minyak ke Iran - Kamarudin

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Tindakan Malaysia menghentikan bekalan minyak mentah ke
Iran membuktikan kini pentadbiran negara yang dikepalai Dato' Seri
Najib Tun Razak pro kepada negara haram Israel.

Demikian telahan Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar kepada
Harakah ketika mengulas isu penghentian bekalan minyak oleh Malaysia ke
Iran itu.

"Ini membayangkan pentadbiran negara hari ini seolah-olah sudah duduk
dalam blok negara-negara yang menyokong Israel kerana Israel sebenarnya
memusuhi Iran, dan hanya Iran sahaja yang menjadi ancaman kepada
Israel," katanya.

Dengan keputusan ini ia juga membuktikan bahawa perjanjian Kontrak
Malaysia dengan APCO Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran negara
hari ini turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran,
katanya.

'Kita kecewa dengan tindakan ini kerana seolah-olah mahu membawa negara
ini kepada menyokong negara yang kejam (Israel) yang diketahui akan
kerakusan mereka membunuh rakyat Palestin," katanya.

Akibat rasa terancam dengan pembangunan tenaga nuklear Iran, Israel
menggunakan Amerika Syarikat untuk mengumpulkan kekuatan mencari
sokongan menekan Iran, katanya.

Akhirnya hari ini dengan kerjasama yang kononnya erat bersama Amerika,
dan hasil lobi yang dibuat APCO, Malaysia berada bersama-sama negara
yang menyokong Israel, katanya.

"Ini satu yang memalukan kepada kita sedangkan kita sebagai sebuah
negara Islam dan menyertai OIC," ujar Kamarudin yang juga AJK PAS
Pusat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika, Barrack
Obama dalam pertemuan dengan Najib mengucapkan tahniah kepada Malaysia
kerana meluluskan Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010 baru-
baru ini.

Obama menyifatkan ia tindakan awal dan amat bermakna yang diambil oleh
Malaysia sebagai negara yang mementingkan keamanan sejagat, jelas
Najib.

Katanya, melalui akta itu, yang bertujuan membanteras pengedaran apa
juga bahan nuklear bagi mengeluarkan senjata nuklear dan senjata
pemusnah besar-besaran, bermakna tindakan penguatkuasaan dalam hal
terbabit menjadi lebih berkesan.

Malah jemputan Obama kepada Malaysia yang bukan pun negara nuklear,
bersama-sama 46 lagi ketua kerajaan atau negara ke Sidang Kemuncak
Keselamatan Nuklear di sini menunjukkan keyakinan AS bahawa Malaysia
boleh memainkan peranan mencegah percambahan senjata nuklear khususnya
berhubung pembangunan tenaga nuklear oleh Iran.

Sementara itu Dalam kunjungan Najib ke Amerika, sebuah ahkbar juga
melaporkan Perdana Menteri telah menemui Muhtar Kent (CEO Coca Cola) di
Amerika Syarikat pada 15 April 2010, dan dimaklumkan Muhtar Kent ialah
pewaris yang menyelamatkan bangsa Yahudi di Eropah ketika Perang Dunia
Kedua.

Dalam satu l;aporan akhbar utama negara Najib disebut sebagai berkata :
''Dalam kes itu, saya secara peribadi terlibat dalam perbincangan
semasa Sidang kemuncak APEC di Singapura November tahun lepas, dan
bulan lalu kompleks kilang Coca Cola itu sudah mula dibangunkan."

Bagi AJK PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani kesungguhan Najib
memperkukuhkan hubungan dagangan KL-Washington itu terserlah apabila
beliau menerima kunjungan peneraju syarikat-syarikat terkemuka AS di
hotel kediamannya.

Pertemuan itu bagi Mohd Taufek membuktikan kerajaan membuka laluan
dengan mengadakan hubungan yang akrab dengan pihak yang ada kepentingan
Israel.

Mereka ialah Pengerusi dan juga Ketua Eksekutif Coca Cola, Mukhtar dan
Perdana Menteri berkata, antara usaha yang sedang dilakukan oleh
Malaysia ialah menarik lebih banyak pelaburan dari AS dan baru-baru ini
Coca Cola sebagai contoh, telah bersetuju melabur RM1 bilion.

Semasa berucap pada majlis anjuran Pusat Pengajian Straegik dan
Antarabangsa (CSIS) dan ISIS Malaysia di Washington, beliau menjelaskan
bagaimana pelaburan RM1 bilion Coca Cola di Malaysia yang menjadi
contoh jelas bahawa iklim pelaburan yang baik masih menunggu pelabur.

Najib memperkukuhkan hubungan dagangan KL-Washington itu terserlah
apabila beliau menerima kunjungan peneraju syarikat-syarikat terkemuka
AS di hotel kediamannya di Washington 14 April

Mereka ialah Pengerusi dan juga Ketua Eksekutif Coca Cola, Mukhtar
Kent, Presiden Penyelesaian Mobiliti Perniagaan Motorola, Gene Delaney,
Naib Presiden dan Pengurus Besar Intel Corporation, Brian M. Krzanich,
Presiden dan Ketua Eksekutif Conoco Phillips, John A. Carrig dan Naib
Presiden Media Operations, Western Digital, Vince Mastropietro.

No comments: