Monday, March 15, 2010

Pakatan Rakyat diingatkan jangan tiru budaya Umno! - Mat Sabu

Pakatan Rakyat jangan membudayakan budaya Umno! - Mat Sabu

Wawancara Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 15 Mac membincangkan prestasi pemerintahan dua tahun kerajaan Pakatan Rakyat dan peluang dalam pilihan raya umum akan datang.

Harakah : Apa pandangan saudara berhubung prestasi kerajaan-kerajaan negeri
Pakatan Rakyat setelah dua tahun memerintah?

Mat Sabu : Dari segi umumnya lebih baik daripada kerajaan-kerajaan BN, terutama sekali perubahan 2yang dibuat di Selangor Pulau Pinang, untuk wujudkan kerajana
yang berintergriti, wakil rakyat yang berintergriti nampak kedua-dua negeri ini
melakukan perubahan yang begitu menakjubkan, adapun negeri-negeri lain perubahan
berlaku tetapi perkara fundamental tidak diusik, misalnya peranan RTM, BTN.Kedah
dan Kelantan tidak usik fundamental itu, sedangkan inilah punca kekuatan kepada
Umno/BN, penyalahgunaan dua aggensi yang gunakan wang rakyat.Keberanian PP
dan Sgor saya amatr kagum dnegan perubahan dua neferi ini.Saya harapa negeri2 lain
membuat perubahan terutama dari sudut struktur, penyalahgunaan kuasa yang dilalui
atau digunakan Umno/BN selama ini.Perubahan2 oitu perlu untuk kita kemukakan satu
pemerintahan yang baru, kalau kita tidak melakukan perubahan ini bermakna kita
hanya mengambil alih pemerintahan daripada Umno/BN, sedangkan segala bentuk
strukturnya sama.


Apakah elemen-elemen yang baik yang ada pada pemerintahan negeri-negeri terbabit,
mungkin ada contoh dari saudara?

Mat Sabu : Setakat ini Perak tidak dapat kita nilai sebab hanya 10 bulan walaupun
ada perubahan yang mereka buat.Pulau Pinang dari sudut menyekat pembaziran, exco
dan Ketua Menteri digalakkan berbelanja secara sederhana menggunakan wang
kerajaan walaupun mereka berhak menggunakan wang kerajaan atas kerja rasmi,
tetapi diminta gunakan secara minimum, dan ternyata mereka boleh selamatkan wang
rakyat lebih 36 juta.Begitu juga segala bentuk perbelanjaan wakil rakyat Selangor
dihadapkan kepada jawatankuasa Selcat untuk memberi penerangan walaubagaimana
pun perubahan-perubahan itu kita alu-alukan, tetapi kita belum lagi rasa berpuashati, kita tak mahu kita hanya mengambil alih sahaja pemerintahan BN, iaitu jika dahulu Menteri Besar A dengan Exconya, dan kini Menteri besar B dengan Exconya, tetapi perkara fundamental yang sebabkan penyelewengan tidak berubah.Ini kita harapkan perubahan.Di samping Kedah menunjukkan prestasi baik dalam memungut hasil balak, tetapi perkara pentadbiran perlu kita berani buat perubahan.Letakkan perubahan ke arah melahirkan kerajaan yang benar-benar berintegriti.Soal kalah menang dalam pilihan raya umum akan datang itu perkara yang kedua, tidak guna jika kita terus menang pilihan raya tetapi kita mengambilalih perangai dan struktur BN yang akhirnya menjurus kepada negara kepada kekurangan kewangan hasil penyelewengan yang diwarisi bertahun-tahun.


Adakah berlaku perubahan dalam sikap dan imej pimpinan, atau kerajaan negeri?

Mat Sabu : Adapun pemerintahan Perikatan pada peringkat awalpun penyalahgunaan
kuasa dalam pembinaan kekayana orang politkk tidak ketara hanya selepas Mahathir
memerintah dan kemudian Tun Abdullah Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak baru
kita nampak pemimpin politik kaya mendadak.Kita tidak mahu benda seperti itu
berlaku dalam pemerintahan kita, walaupun bibit-bibit awal itu mahu berlaku, kita perlu menentangnya.Macam kita kata di Kelantan, secara peribadi Tok Guru (Menteri
Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) hidup dalam keadaan yang cukup
sederhana , tidak menggunakan wang rakyat.Namun kita mengharapkan beliau
mendoktrinkan amalan itu kepada bawahan sebab jika tidak diturunkan jadi satu
pentadbiran, bila dia (Tok Guru) pergi nanti samada beliau berhenti atau meninggal
dunia, makan cara pentadbirannya akan kembali kepada asal yang dibuat oleh BN, ini
kita tidak mahu kerana kita mahu perubahan secara struktur, individu itu perlu tetapi struktur itu lebih penting daripada perubahan dalam hanya bentuk individu.

Mat Sabu : Kita lihat jika berlaku perubahan individu akhiynya struktur yang serupa
akan makan balik apa yang berlaku di Kelantan kebelakangan ini ada dengar suara-suara yang walaupun tidak dibuktikan, tetapi kita dengarlah ada suara-suara
orang tertentu dapat konsesi baklak secara berulang dan kaya mendadakan berlaku
beberapa orang dan perkara itu akan berulang.Perginya orang-orang yang berintegriti
seperti Tok Guru Nik Aziz, kita bimbang pulangan pentadbiran Umno/BN itu
kembali.Ini yang kita mahukan perubahan itu dari sudut menyeluruh dan berintergriti
kerajaan itu disamping perubahan individu.Memang perubahan itu bermula dengan
individu, tetapi ia mesti dimulakan turun ke bawah untuk wujudkan pentadbiran yang
penuh intergriti.

Soalan :Rakyat sebelum PR memerintah mereka mahukan kerajaan intergriti adakah
pada Saudara sudah menepati atau sebagainya?

Mat Sabu : Belum menepati, tetapi peringkat awal tadi saya kata persembahan
baik.Sebabamacam kita kata bahawa kerajaan Umar Abdul Aziz cuba nak
memperbetulkan pengagihan kekayaan negara tetapi beliau hanya memerintah dua
tahun empat bulan tetapi sistem yang beliau tinggalkan itu menjadi rujukan dan kajian seluruh universiti hingga kini.Pada saya jika kita buat perubahan belum tentu kita menang dalam PRU13.Kita kena asingkan antara mengwujudkan kerajaan yang
menang dalam pilihan raya umum atau mengwujudkan sebuah kerajaan yang
berintergriti.
Kadang kala kita takut nak buat perubahan hingga kita takut nak buat apa-apa, ini
nanti kita bimbang konsep amar maaruf nahi mungkar itu tak berjalan, kita tengok amar maaruf itu berjalan tetapi nahi mungkar itu kita tidak berani.Nahi mungkar itu dalam bentuk rasuah, nepotisme, memberi kontrak kepada orang yang sama berulang-ulang, atau dalam nahi mungkar dalam bentuk arak judi dan kelab malam dan
sebagainya.Akhirnya kita tidak berani buat apa-apa dalam nahi mungkar sebaba kita
takut hilang kuasa, bila takut hilang kuasa maka kita kekalkan sistem yang ada maka ia berulang apa yang dibuat oleh kerajaan Umno/BN walaupun kerajaannya bertukar
yang ini tidak capai matlamatlah.Bagi saya kita baru dua tahun dan kita boleh baiki
keadaanlah, saya nampak fundamental kerajaan lama hanya digoyang oleh Pulau
Pinang dan Selangor sahaja, tetapi kalau tanya pilihan raya akan datang merka menang atau tidak itu 'wallahuaklam' tetapi mereka telah ubah, wujudkan Selcat, CAT, tender terbuka di Pulau Pinang, jika kita menguasai kerajaan pusat dan membuat tender terbuka seperti ini mungkin kita akan lihat suatu hari nanti Ketua Umno Bahagian terpaksa jual mee goreng untuk cari makan dan bukan boleh lagi harapkan kit bag money ataupun syarikat dua ringgit untuk projek kerajaan, dan sebagainya.Maka kita akan lahirkan usahawa tulen pada masa akan datang yang menyebabkan rakyat dan
masyarakat, negara lebih mewah.

Soalan : Kerajaan negeri yang disebutkan cukup teruk diserang Umno mutakhir ini,
apakah sebabnya?

Mat Sabu : Ya...Umno rasa terancam terutamanya di Pulau Pinang, jika mereka nak
cari makan dengan cara amalan dahulu dah tidak boleh kerana mereka mesti ada
syarikat, kena masuk tender dan tidak boleh lagi menelefon orang tertentu untuk masuk projek, mungkinlah ada satu dua yang bocor tetapi secara umumnya payahlah.Mereka dapat bayangkan kalaulah kerajaan pusat begini pemerintahannya akan datang jadi orang-orang politik ini yang nak cari makan kerana kedudukan dalamn politik habis, sekarang ini kita dengar cerita-cerita dalam politik wang sudah menjadi perkara umum, dalam Umno jika nak menang dalam Ketua Bahagian, mereka perlu habiskan dua tiga juta ringgit, kerana mereka tahu selepas jadi ketua bahagian mereka boleh dapat lebih dari itu dalam masa dua tiga tahun, jadi menjadi pemimpin politik adalah pelaburan, jadi benda itulah yang kita di Pakatan Rakyat kena hentikan, orang yang nak kaya dia mesti kerja ikut profesionalisme mereka bukan melalui kedudukan politik.Ini yang saya kagum dengan apa yang dibuat di Selangor dan Pulau Pinang, banyak kelemahan tetapi mereka telah memulakan satu era baharu.Tidak dilakukan di negeri-neger\i bawah PAS.

Adakah perlu pembaharuan di negeri yang diperintah PAS?

Mat Sabu : Ya mesti membuat perubahan dan pembaharuan berani buat walaupun kita
akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

Pernahkah dicadangkan di negeri-negeri PAS supaya wujudkan jawatankuasa

pemantau untuk memantau perjalanan pentadbiran, hal ehwal wakil rakyat dan intergriti mereka termasuk di Kelantan?

Mat Sabu : Ada tetapi tidak berapa berjalanpun, kita tengok di Kelantan kita nampak
tuduhan dan dapat dilihat satu tuduhan itu dan dapat dilihat, orang yang terlibat dalam balak orang itu memang akan kaya mendadak, kaya mendadak berlaku perubahan yang mendadak, kaya bertambah kaya pada orang yang sama.Ini siaran ulangan apa
yang dibuat oleh BN, dengan intergriti Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besarnya itu kita
tak nafikan.Kita jangan lupa rakyat mengundi dan mempertahankan kerajaan PAS di
Kelantan itu kerana intergriti Menteri Besarnya, tetapi persoalannya jika menteri
besarnya itu 'pergi' sistemnya tidak berubah kita bimbang apa yang akan berlaku pada
masa akan datang oleh itu kita mahu perubahan berlaku pada sistem dan struktur
pentadbiran itu sendiri.Sebab kita lihat negara kita yang kaya ini misalnya sekarang ini tahun lalu sahaja di kerajaan pusat, perbelanjaan yang bocor 28 billion, kalau kita ambil alih kerajaan pusat mungkin jumlah bocor itu sama jika sistemnya tidak berubah.Tetapi jika dibuat seperti Selcar dan CAT ini jika tidak dapat 'zerokan' tetapi dapat dikurangkan begitu banyak.Akhirnya wang dapat dikembalikan kepada khazanah negara dan rakyat akan dapat sedikit kelegaan kebajikan pada masa akan datang.Di sini PAS kena berani buat perubahan itu, jika tidak kita buat perubahan di peringkat awal tambah pula dua tiga penggal berakar umbi kita hanya akan ulang sistem BN, cuma dulu kroni BN sekarang kroni kita.Ini yang saya cuba menulis hal ini
kebelakangan ini.Saya telah 30 tahun lebih lihat perubahan pemerintahan di luar negara saya lihat perubahan yang dibuat bersungguh di Singapura, China, Jepun dan negeri yang kalah perang dengan British dan miskin muncul sebagai antara gergasi ekonomi dunia kini, mereka ini memerangi rasuah, walaupun masih ada sedikit tetapi ketara perubahan itu berlaku.Jadi bagi saya berita-berita yang mutakhir ini yang kita dengar berlaku di Kelantan itu tidak menyenangkan kita walaupun kita sebut soal sejengkal dilaporkan sebagai satu hasta, tetapi satu jengkalpun berlaku, itu yang kita tidak mahu kerana sejengkal boleh jadi satu hasta.

Begitu juga kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dalam interbiu Selcat mereka, ada
Adun yang berbelanja makan durian hingga berbelas ribu tetapi dengan kaedah itu
mereka telah diinterbiu dan mereka kena jawab dan jelaskan kepada jawatankuasa
kenapa berbelanja begitu, ertinya ada akautabiliti peruntukan itu lebih telus pada masa akan datang, ini yang kita harapkan berlaku.Jika kita tidak berani buat perubahan fundamental ini pada awalnya bolehlah kita tunjukkan kita dapat naikkan pendapatan sana-sini, tetapi dalam masa yang sama saya melihat kroni baharu sudah muncul, jika kroni baru muncul masuk dua penggal kita akan jadi macam Umno.
Kita kena ingat Perikatan sendiri memerintah awal dulu baik, menteri-menterinya
hanya ada harta mengikut gaji mereka, cuma kebelakangan ini dari zaman Tun
Mahathir jadi begitu, tetapi di peringkat kita jika dari awal lagi kita tunjukkan yang tidak baik, belakang lagi kita bimbang lebih buruk kita dilihat rasuah dan seleweng nepotisme atas nama Islam, berbanding atas nama sekular.Inilah yang saya bimbang.


Ada pandangan yang menyatakan PAS seolah-olah gadai prinsip dengan sikap
demikian?

Mat Sabu : Tidak menggadai..saya tengok dalam PAS sendiri dari segi menentang
rasuah dan penyelewengan, dari sudut ceramah dan penerangannya memang berlainan
dari parti lain.Dan dalam sudut buat masa singkat ini dalam memerangi rasuah, saya
nampak boleh kepada DAP dengan kehidupan wakil rakyatnya yang hanya bergantung
kepada elaun-elaun wakil rakyat yang tidak seberapa, mereka lebih zuhud jauh dari
wakil rakyat kita, sedangkan kita daripada parti Islam mesti atasi DAP.melainkankan
ada mereka yang orang meniaga dan dah kaya kemudian masuk politik, ini cerita
lainlah.Kita nampak intergriti hidup bertawadhuk dan bergantung kehidupan hanya
dengan elaun bukan meniaga, kita nampak hanya wakil rakyat DAP lebih bertahan
berebanding kita.


Dengan prestasi yang ada, adakah kerajaan Pakatan Rakyat ini akan bertahan?

Mat Sabu : Dalam pilihan raya akan datang ini kita nampak peluang Pakatan Rakyat
cerah sebab orang dah meluat dengan Umno, dan orang Umno pun dah meluat dengan
Umno, bukan kerana persembahan kita terlalu baik tetapi kerana Umno terlalu lama,
dan borokrasi mereka terdedah sekarang.Misalnya bila Tan Sri Abdul Khaldi Ibrahim
(MB Selangor) melarang pegawai kerajaan negeri mengikuti program BTN dan
kemudiannya sepatutnya diikuti dengan Pulau Pinang, diikuti Kedah dan Kelantan
sebab itulah senjata yang digunakan oleh Umbo/BN kenapa kita tidak berani.Ada yang
kata kita takut hilang kerajaan, biarlah kerana selama ini kita sudah biasa jadi
pembangkang, tetapi kita kena tunjukkan berani buat perubahan.

Soalan : Sikap Umno/BN gunakan polis dan pihak berkuasa lain beri tekanan kepada
Pakatan Rakyat. apa komen Saudara?

Mat Sabu : Itu tidak perkara baru sebaba gunakan polis ini lama dah kerana ia
digiatkan oleh pemerintahan Mahathir sampailah sekarang.Jadi tidak ada perubahan ke
arah kebaikan bahkan bertambah buruk adalah.Kita ada media bloggers yang perlu
diselaraskan, ini boleh memberi maklumat lain kepada rakyat.Maklumlah kita ini duduk
dalam dunia ketiga yang mana kerajaan masih mengamalkan pemerintahan 'JAKUN' ini
bukan pengertian Jakun di Sarawak tetapi yang bermaksud 'peerak'(bahasa kedah).
Kita jangka dekat pilihan raya nanti mereka (umno) akan lebih agresif, tetapi saya nak kata bahawa rakyat juga akan lebih agresif.Kita nampak yang paling lemah komponen BN iaitu MIC, Gerakan dan MCA juga Pemuda Umno yang sudah mati kutu, dan hilang taring jika banding dnegan tahun 70-an, mereka ada dalam keadaan lemah,
mereka ada wang tetapi tidak ada kadir-kadir yang berani, bahkan di tempat-tempat
awam pun orang Melayu kini agak susah nak mengaku mereka sokong Umno.

2 comments:

ALI MAIDIN said...

dimasukkan juga dalam www.sokongpr

Aris Awang said...

Saya pun letak di tempat saya

Terima Kasih.

ARIS AWANG