WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Umno/BN kini berusaha menumbangkan beberapa kerajaan Pakatan Rakyat setelah berjaya mengambil Perak melalui rampasan kuasa.
"Pakatan Rakyat sedang mengalami serangan paling hebat mutakhir ini. Setelah berjaya
menumbangkan kerajaan Pakatan Perak di negeri Perak, kerajaan bersekutu
Umno/BN mendapat suntikan semangat untuk menjayakan cita-cita seterusnya.
"Sedikit waktu lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pula menjadi sasarannya jahat
mereka," katanya mengulas serangan bertubi-tubi Umno melaui media arus perdana
mutakhir ini terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Ujar Dr Dzulkefly, sebelum ini bedilan bertubi-tubi dihala ke arah Selangor dengan
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan sasaran utama dengan ahli Exconya pun tidak kurang diterjah pelbagai tohmahan dan dakwaan.
Umno kini dilihat sedang menjalankan strategi kejutan bagi mencetuskan ‘destabilisasi’ dan kekecewaan dengan harapan mahu rakyat keluh-kesah, lemas, rimas dan naik marah.
"Mereka masih mencuba dan tidak mahu berhenti menyerang. Mereka memunggah kesemua ruang dan peluang termasuk unsur-unsur dalam Pakatan yang lemah iltizamnya," katanya.
Ramai yang mengecam bahawa Ketua Menterinya anti-Melayu dan anti-Islam, dan kini, beliau berdepan dengan asakan dan kritikan dari ‘kawan’ dalam Pakatan Rakyat
yang cukup tajam dan amat ganas, katanya.
Dr Dzulkefly menasihatkan agar kelompok Melayu membaca penjelasan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu wawancara Ekslusif bersama Harakah keluaran 1512.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment