Lidahnya tidak henti-henti menyebut model kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, dan menyatakan konsep CAT diceduk dari 'amar maaruf nahi mungkar' yang diamalkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Lim Guan Eng dalam mendasari pentadbiran kerajaan negeri.Meskipun dihujani serangan berbentuk perkauman mutakhir ini, Guan Eng terus utuh mentadbir dengan dasar-dasar pro-rakyat.Mendalami pengalaman pentadbirannya, wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB dan IZWAN HALIM serta SABRI SAID menemui beliau di Pejabat Ketua Menteri, di Bangunan Komtar pada 3 Februari lalu.
Harakah: Mengapa Zaharin begitu keras mengkritik saudara?
Guan Eng : Pertamanya, saya memang begitu menghormati rakan-rakan Pakatan Rakyat. Oleh kerana kita begitu menghormati rakan-rakan, kita memberikan penganugerahan kepada (Allahyarham) Dato’ Hamdan Abdul Rahman (bekas Pengerusi KeADILan Pulau Pinang. Dato’ Seru Zahrain Hashim. Kalau tak hormat takkanlah kita beri penganugerahan Dato’ Seri kepada Kak Wan (Dr Wan Azizah Ismail). Kak Wan memang tahapnya sebagai Ketua Pembangkang dia punya gred mestilah tinggi dari Dato’ Seri Zahrin. Tahun pertama kita beri kepada Kak Wan, Pak Hamdan, Dato’ Halim dan Dato’ Seri Zaharin. Jadi ini menunjukkan kerajaan negeri memberi penghormatan dan pengiktirafan sedangkan kita DAP tidak ada mana-mana (anggota) yang dapat. Semua daripada KeADIlan dan PAS. Tetapi untuk setengah-setengah pemimpin, kalau kita bagi penghormatan, dapat memuaskan hatinya seketika sahaja, lepas itu minta lain pula. Saya rasa di sini masalah pokoknya berpunca kerana saya tidak mahu atas desakan pihak tertentu meluluskan cadangan daripada IDB yang dipengerusikan Dato’ Seri Zaharin meluluskan satu tender penswastaan perojek golf club kepada sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2. tentulah apabila diadakan ‘open tender’ dia cakap hanya satu yang masuk tender sungguhpun dia ada siarkan iklankan dalam The Starlah. Tapi tahulah iklan ada siapa perhatikan. Kalau ada ikut prosedur yang tetap itu kita boleh setuju, Lembaga Pengarah boleh setuju. Selepas saya tidak mahu luluskan, ini membawa keretakan pertamalah dan mulai selepas itu saya rasa susahlah untuk berbincang. Kalau berbincang, minta ini dan itu, yang saya rasa tidak memenuhi prinsip CAT. Kerana kita ada prinsip CAT (iaitu) Cekap, Akauntable dan Telus. Bila ini dipohon, ia tidak memenuhi prinsip CAT. Perkara-perkara yang tidak memenuhi prinsip CAT ini saya rasa susah saya nak layan. Kerana kita mesti menegaskan prinsip CAT yang banyak membawa perubahan kepada negeri Pulau Pinang.
Dengan CAT ini, apakah pentadbiran yang mengutamakan ketelusan ia berjaya dilaksanakan?
Guan Eng : Kita telah mendapat kepujian daripada Transparency International iaitu kerajaan negeri pertama yang dapat kepujian international. Kita pun telah dapat menjimatkan banyak wang di mana anggaran defisit 2008 sebanyak RM35 juta kita telah tukar menjadi lebihan RM88 juta, iaitu sejarah terbesar dalam rekod negeri Pulau Pinang. (Tahun) 2009 anggaran defisit RM40 juta kita tukar menjadi lebihan RM77 juta. Kita akan capai RM92 juta, itu lagi besar dari tahun 2008 kalau tidaknya kes iaitu satu skim penyelewengan tanah (oleh) Barisan Nasional, di mana kita (kerajaan negeri) terpaksa bayar RM14.7 juta.Itu kes penyelewengan tanah. Kalau tidak kerana RM14.7 juta ini sepatutnya lebihan kita sudah RM92 juta. Jadi, nampaknya CAT ini berjaya kerana kita tegas untuk menegakkan prinsip tender terbuka, prinsip berhemah, prinsip bersih, prinsip cekap, akauntable dan telus. Bila diminta luluskan tender kepada syarikat RM2 ini, kalau kita lulus, tak ada bezanya dengan BN. Selalu kita cakap dia bagi kepada syarikat RM2, jadi apa bezanya kita dengan BN? Jadi saya cakap tak boleh, lebih-lebih lagi syarikat ini tidak ada ‘track record’. Mestilah kena beri kepada syarikat yang ada ‘track record’ yang ada latar belakang jelas, ada pengalaman, ada satu sejarah yang cukup. Tapi syarikat ini hanya ditubuhkan pada 28 September 2008. tender ini dipanggil Disember, jadi ini jelas untuk tujuan membida tender ini. Jadi kita rasa kurang senang hatilah sebab itu Lembaga Pengarah tidak luluskan. Itulah yang saya rasa menimbulkan perasaan tidak puas hati di sesetengah pihak. Saya rasa itu adalah personal, sama dengan kes Ahli Parlimen Nibong Tebal kerana rumah kedai punya hal. YB Jeff Oii kita sudah minta beliau menjawab. Dalam kes ahli Parlimen Nibong Tebal, dia mahu minta rumah kedai PBT untuk bapa saudara dia. Saya kata ikutlah tender terbuka, jadi lepas itu tak puas hati tulis surat, jadi saya rasa susahlah. Saya cakap kalau kita beri satu kali, kali kedua mesti minta lagi. You tak boleh stop. Jadi kalau you tidak mahu ia diteruskan, jangan ‘start’. Itu prinsip saya. Kalau kerana prinsip ini saya terpaksa menghadapi segala-galanya, saya rela, itu saya rasa satu cabaran dan saya rasa kita semua akan dapat hikmah dari CAT dan mana yang batil, mana yang benar. Itu yang penting. Saya rasa kita ikut jalan yang benar. Kalau menghadapi apa-apa pun sekurang-kurangnya kita tahu kita buat yang benar. Macam dulu kita pun hadapi banyak cabaran macam saya masuk penjara kerana itu kes keluarga Melayu (membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik). Itupun saya terpaksa menghadapi banyak masalah peribadi. Tapi kita rasa kita berserius kerana kita benar. Kalau kita masuk dalam penjara kerana kita benar bila kita jadi Ketua Menteri kita pun amalkan prinsip yang sama, tak boleh ada ‘double standard’. Sebab itu kita hendak ikut teladan yang ditunjuk Khalifah Umar Abdul Aziz, kita bukan nak jadi khalifah (ketawa).
Saya pun tidak tahu macam mana mereka boleh cakap saya hendak jadi khalifah (ketawa). Mereka sudah pusing cakap saya. Saya cakap saya nak belajar daripada Khalifah Umar Abdul Aziz. jadi, mereka cakap saya nak jadi khalifah, mana pula saya nak jadi khalifah, saya tak layak jadi khalifah. Saya cakap saya mahu belajar saja. Saya masih ingat bila saya cakap dekat Parlimen, Umno hentam saya kurang ajar kerana hendak belajar dari Umar Abdul Aziz. Kalau kerana itu saya digelar kurang ajar tidak mengapalah. Jadi yang utamanya, perkara-perkara yang tidak selaras, tidak selari dengan prinsip CAT, saya rasa kita tak boleh layan. Kita buat CAT ini kerana ia berteraskan prinsip amar makruf nahi munkar. Tak kan dia tak faham? Kalau cakap CAT tidak faham, amar makruf nahi munkar mesti faham. Kalau tak faham, saya pun tidak boleh buat apa, saya hanya boleh minta maaf dan kita nak teruskan sahaja.
Isu peribadi Dato’ Zaharin dengan YB Tan Nibong Tebal ini sudah transfer jadi isu ini jadi problem antara DAP dengan PKR?
Masalahnya mereka ini dua-dua Ahli Parlimen. Tak ada satu Dun pun yang boleh menjejaskan kerajaan negeri. Jadi hasrata dia nak menggugat Kerajaan Pulau Pinang, tetapi saya rasa muslihat mereka tak akan berjaya dan berhasil kerana tidak ada seorang Dun pun yang keluar setakat inilah. Saya percaya tidak ada yang akan keluar dan semua berdiri bersama Pakatan Rakyat. Kita pun tahu masalah mereka adalah masalah dalaman. Kebanyakan ialah masalah dalaman. Baik Tan mahupun Zaharin. * Dia ‘frust’ bukan sahaja dengan saya, frust juga yang saya ingat yang lebih utama ialah dia sebagai Pengerusi Pulalu Pinang. Ini boleh cakap secara analisalah. Ini dalaman punya parti saya tidak mahu campur.
Bahaya itu macam mana, dalam isu gerai?
Guan Eng : Sekarang kita hendak pegang kepada prinsip bersih, prinsip kedaulatan undang-undang. Kalau kita nak pastikan Pulau Pinang bersih, kita mesti pastikan undang-undang dipatuhi. Ini kita buat secara berperingkatlah. Ini saya serahkan kepada YB Chow untuk uruskan kerana beliau Exco Perumaha dan Kerajaan Tempatan saya juga minta YB Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri 1) untuk berikan bantuan. Kedua-dua Exco mereka tegas. Kita cakap kalau kita hendak bersihkan Pulau Pinang, kita mesti pastikan semua patuhi undang-undang. Saya tidak tahu secara ‘detail’ tapi saya sokong usaha ahli-ahli Exco saya, baik YB Chow baik YB Mansor. Kita lihat tindakan diambil penguatkuasa baik MDBP, MPSP mahupun Pejabat Daerah. Yang kena ini adalah datangnya dari semua bangsa. Malah saya difahamkan penggerai Cina lebih ramai dari penggerai Melayu yang dikenakan tindakan. So, di mana yang bercakap bahawa kita kenakan atas orang melayu sahaj. Tetapi itulah bila mereka kuasai media meraka boleh mainkan bahawa kita hanya bertindak ke atas Melayu, sedangkan yang kita ambil tindakan kepada semua. Dan biasanya bila kita ambil tindakan kepada penggerai bukan Melayu, surat khabar Melayu tidak akan siarkan. Tetapi bila kita ambil tindakan ke atas penggerai Melayu, hanya surat khabar Melayu siarkan dan surat khabar bukan Melayu tidak siarkan. Jadi, orang Melayu ingat kita tidak ambil tindakan kepada bukan Melayu dan bukan Melayu ingat kita tidak ambil tindakan kepada penggerai Melayu. Tapi kita ambil tindakan ke atas semua. Angka-angka ini boleh buktikan. Kita cakap atas fakta. Kita buat secara sama rata. Jadi ini adalah satu fitnah, satu tohmahan yang amat jahat dan munkar sekali.
Bagaimana dalam soal peruntukan dan pembelaan terhadap umat Islam, Umno kata DAP menindas, benarkan?
Guan Eng : Hal ehwal Islam, mereka selalu main saya bercakap saya hanya boleh bercakap amar makruf nahi munkar. Anda pun tahu, kita buat banyak yang baru, macam itu para huffaz di mana kita berikan mereka pengiktirafan. Ini yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan lama. Peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), dulu tak pernah bagi, kita bagi, ini pertama kali kita usahakan dan kita martabatkan para huffaz. Kalau saya, saya memang kagum atas kecemerlangan daripada mana-mana pihak. Baik dari sains, matematik, mahupun agama. Yang penting sekali hafal, itu kebolehan yang saya kagum, kerana saya sendiri tidak boleh hafal. Ini saya hafal satu muka payah, (jadi) boleh hafal 6,666 ayat tabik! Kita mesti memartabatkan mereka. Jadi yang kita buat ini BN tidak pernah buat, maknanya kita martabatkan para cendikiawan kita. Saya dapat respon dari mereka yang mengaji Quran ini, mereka sangat terharu, sebelum ini tak dapat perhatian, tapi daripada Kerajaan Pakatan Rakyat dapat perhatian. Kadang-kadang kita cakap kita usaha, ini bukan wang, wang kita bagilah, tetapi untuk mereka bukan wang. Kalau untuk wang mereka tidak akan mengaji Quran, mereka akan buat bisnes, itu bukan wang itu pengiktirafan bahawa mereka diiktiraf sebagai sumber dan satu elemen yang penting ke atas pembinaan sebuah masyarakat madani dan masyarakat yang bertakwa. Dari segi peruntukan di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat kita telah beri peruntukan lebih banyak daripada Barisan Nasional. Tahun 2008 iaitu tahun sebelum kecundangnya kawan baik saya, 2008 daripada belanjawan BN ialah RM12.5 juta. Tahun 2009, belanjawan pertama Pakatan Rakyat naik kepada RM20.5 juta. Tahun ini sungguhpun ada kekangan ekonomi, kita naikkan lagi kepada RM24.3 juta. Sekarang hampir sekali ganda lebih besar daripada tahun 2008 di bawah BN. Kedua, kempen membasmi kemiskinan tegar, ini selari dengan ajaran ..... zakat, bantu yang daif, kumpulan asnaf. Kita buat dengan bantu miskin tegar, .... peratus orang Islam. Dalam satu tahun kita basmi miskin tegar yang tidak dapat dibuat BN dalam 51 tahun. Pertama kalinya kita cakap semua keluarga di Pulau Pinang mesti dapat selepas semua tambahan semua bantuan, mesti dapat RM500. kalau dapat RM300, kita akan top-up RM200, kerajaan negeri bayar.
Jadi itu BN kata tidak logik, macam mana anda dapat kawal solusi you dapat bagi RM500 Ini kita pergi siasat. Kita dapat berapa bantuan yang telah diperolehi atau gaji, kita beri. Tapi ada keluarga tidak mahu terima, maruah. Mereka mahu terus bekerja.
Bukan kerana politik?
Guan Eng : Bukan, bukan, dia tidak mahu angkat dia cakap terima kasih kerana dia ada maruah, dia bergantung kepada diri sendiri. Itu kita cuba bantu cara lain. Tapi yang lain kita bagi sampai genap RM500. So kita selalu cabar BN, oklah mereka kata ada keluarga tercicir, saya tak cakap tidak ada tercicir, mungkin kita punya kajian ada tercicir. Tak apalah, you bagi sayalah maklumat (itu), kita siasat kalau benar kita akan bayar. Kita ‘tidak kenal’ tentang politik, warna kulit ataupun latar belakang, kalau dia miskin pasti kita akan bayar, tetapi mereka tidak dapat berikan (maklumat). Kalau bagi tahu kita, kita akan segera siasat, kalau benar, kita akan top-up setiap bulan. Bila mereka (BN) tidak puas hati, mereka cakap tidak boleh bagi wang macam ini. Mana boleh bagi wang, you bagi wang tak bagus. Tak boleh bagi ikan, mesti bagi jaring atau jala. Bagilah jala, jangan bagi ikan. Jadi saya jawab, betul kalau bagi jala dia dapat berdikari itu betul. Tapi kalau orang itu miskin sangat sampai dia lapar mana dia ada tenaga untuk tangkap ikan, bagilah dia makan dulu barulah dia ada tenaga untuk tangkap ikan. Itulah yang kita mesti buat untuk golongan yang miskin, asnaf dan miskin tegar. Bagilah ikan dan dalam masa yang sama bagilah jala.
Mereka Tak fahamkah?
Guan Eng : Tak faham kerana (mereka) ini tidak pernah susah. Boleh pergi holiday dekat London, Disneyland, (hingga) sudah lupa macam mana jadi susah. Bukan macam kita, kita datang dari keadaan susah, kita tahu itu linangan air mata yang betul-betul teruk sekali. Itu yang kita hendak beri bantuan. Tentang tadi itu gerai, kita selalu beri alternatif. Yang kita roboh setelah dia tidak mahu terima alternatif yang ditawarkan. Baik Cina, baik Melayu, baik India, kita selalu beri notis, beri alternatif. Ini sudah lapan tahun itu kes Do Re Mi dan ada alternatif. Macam hari itu dalam akhbar ada cakap satu gerai itu gerai kosong. Bila saya minta YB Mansor pergi memeriksa dan sah gerai kosong.Banyak isu yang direka-rekakan.
Adakah ini betul?
Guan Eng : Selalu kita cakap dalam ajaran Islam, jangan fitnah sama orang, tapi dia boleh fitnah macam ni. Kalau kita berdasarkan asas, ada fakta, kita serius selesaikan, tapi janganlah sampai buat fitnah sama orang.Kerajaan Negeri tidak akan aniayai mana-mana pihak, bodohlah kita aniayai mana-mana pihak, macam mana hendak menang. Tetapi bila kita nak bawa perubahan, perubahan ialah untuk membawa kebaikan. Jadi kalau kita nak Pulau Pinang bertaraf antarabangsa lebih teratur, kita mesti buat macam ini. Saya pergi mana-mana, saya lihat semua teratur. Saya baru pergi Iran di Esfahan, mana ada gerai berselerak, semua teratur. So, kita pun hendak belajar seperti itu. Kita cuba ada sistem seperti itu. Secara detail saya terus terang saya tak berapa tahu, itu saya serahkan kepada YB Chow atau YB Mansor. Tapi ini kes bukan baru, macam baru ni ada penggerai yang kita tolak gerai dia, dia mahu saman kita, nak lapor SPRM. Dia sudah nasib baik kita tidak lapor sama dia, dia pula mau lapor sama kita. Ini penggerai Cina, jadi di sini Cina pun kena, Melayu pun kena, India pun kena. Rakyat hendak lihat perubahan, di sini mereka boleh bezakan kita hendak daulatkan undang-undang, itu sahaja, tak lebih dari itu. Serius saya cakap kita telah berikan alternatif lain dan mereka yang tidak mahu terima. Kalau orang lain terima kenapa dia tidak boleh terima.
Dari segi projek yang dibangkitkan, tidak ada kontraktor Melayu tidak dapat projek?
Guan Enf : Ini kelas F, kelas F hanya untuk orang Melayu sahaja. jadi, kelas F dahulunya anda tahulah, kroni Umno sahaja yangf dapat dengan meluas, sekarang kita buat tender terbuka, semuanya lebih senang, lebih cepat. Tapi kita pun ada ............... di mana kita buat secara terbuka di mana Melayu, Cina, India boleh sama-sama buat tender,.apaila kita proses ini tender kita tidak lihat latarbelakang, kita hanya proses sahaja, tetapi bila kita dapat maklumat, terkejut bila dapat tahu daripada kontrak tender yang diberikan 67 hingga 70 peratus adalah daripada kontraktor Melayu. Ini menunjukkan kontraktor Melayu mampu berdaya saing dengan kontraktor bukan Melayu. Apa yang kita hendak tegaskan ialah bukan tengok dari sudut bangsa, lihat dari sudut dasar-dasar yang gagal, dasar-dasar gagal yang masih diterima pakai. Kalau dasar itu betul, rakyat akan berdaya saing, kalau dasar itu tidak betul, rakyat akan mundur dan tidak boleh maju. Saya beri contoh negara China, tahun 60-an, 70-an orang China dikenali sebagai yang paling malas di Indonesia. Ekonominya jauh lebih teruk dari Indonesia, miskin sampai melarat. Ditertawakan sebagai pesakit ekonomi benua Asia.
Kerana apa?
Guan Eng : Kerana dasar masa itu salah, orang masa itu diminta semua orang akan makan satu periuk nasi tidak kira kerja kuat atau tak kerja, semua akan dapat semangkuk nasi. Saudara boleh kerja 8 jam, saudara boleh kerja 8 minit, serupa semangkuk nasi. Masa itu anda hendak kerjakah? Saya kerja kuat pun serupa, tak kerja kuat pun serupa. Ini menggalakkan orang China masa itu malas. Bila dia ubah dasar itu, sudah lain cerita, tengok kepada kerajinan, kebolehan, kemampuan, daya kreativiti, inovasi masing-masing. Sekarang, dari pesakit ekonomi benua Asia sudah jadi ekonomi yang kedua terbesar di dunia, hanya kalah kepada Amerika. Sekarang pun sudah memintas negeri Jepun. Dasar menentukan segala-galanya, macam kita cakap Tuhan menentukan segala-galanya. Serupa juga, dasar ekonomi yang betul akan menentukan segala-galanya. Kalau dasar itu betul kita akan berjaya, kalau dasar tidak betul kita akan gagal. so jangan lihat dari sudut individu atau bangsa, lihat dari sudut dasar. Saya rasa itu yang akan memartabatkan rakyat Malaysia bukan sahaja memartabatkan Melayu.apa sahaja yang memartabatkan bersama Melayu, Cina dan India adalah memartabatkan Malaysia.
Saudara tidak bimbang Zahrin serang imej saudara, ada serangan kata orang Cina tak suka saudara?
Guan Eng : Saya rasa kita ikut dasar yang betul. Saya yakin dengan rakyat Pulau Pinang, mereka tidak akan dipengaruhi oleh ajaran atau pandangan-pandangan sesat macam ini.
Menyentuh persoalan ekonomi, Pulau Pinang dikenali dengan industri, sejauh mana FDI masuk ke dalam negeri ini sejak ditadbir Pakatan Rakyat?
Guan Eng : Itu dahulu dikenali, kebelakangan ini sudah menjunam, 18 tahun sudah menjunam. Jadi saya ingat keempat atau kelima tapi saya ingat boleh pulih balik.
Sejak Pakatan Rakyat dengan dasar ketelusan adakan pelaburan luar masuk?
Guan Eng : Tahun 2008, tahun pertama kita berjaya menarik RM10.2 bilion iaitu rekod terbesar dalam sejarah Pulau Pinang. Tahun lepas kerana kekangan ekonomi kira-kira RM2 bilion, tetapi ini kejatuhan yang sekali dengan seluruh dunia dan di Malaysia. Itu perkara biasa, semua unjur begitu. Tahun 2008 kita berada di tempat keempat, tahun 2009 masih kekal di tempat keempat, tidak ada perbezaan. Saya rasa di sini sungguhpun kita tidak berpengalaman, kita sudah berjaya tarik pelaburan dan saya amat-amat penuh yakin bukan sahaja dari segi kuantiti tapi juga mutu pelaburan. Yang kita nak tarik ialah yang berteraskan pengetahuan, yang berteknologi tinggi, yang inovatif dan kreatif. Di sini kita telah berjaya beberapa syarikat yang berteknologi tinggi seperti. National Instrument, Hospital dan baru-baru ini sesuatu yang diperolehi syarikat itu di dunia iaitu nak buat lampu LED iaitu syarikat Rubicon, tak ada syarikat yang punya teknologi seperti itu di dunia. Dan mereka baru bertapak di Pulau Pinang dan kemudiannya satu lagi teknologi hijau, kita baru keluarkan kempen untuk kurangkan penggunaan beg plastik kerana kita hendak jaga alam sekitar dan menangani perubahan cuaca. Apa yang kita lakukan, selain kurangkan penggunaan beg plastik, kita pun ada berikan alternatif dengan buat biodiagrasi seperti pinggan yang boleh dibiogdradasi. Ini dibuat daripada bahan organik seperti sisa tebu atau padi dan mangkuk ini begitu organik sehinggakan selepas kita makan kalau masih lapar, kita boleh makan pinggan tu. (Ketawa). Betul! Tapi pada masa ini ia tak boleh simpan, mesti kena guna dalam 45 hari. Selepas 45 hari ia akan luput. Tapi lepas luput siapa berani makan kan? So itu ada kekurangannya. Macam kotak biodgradasi itu kalau tak buka boleh tahan 2 tahun, kalau buka antara 3 hingga 6 bulan. Tapi ini mesra alam sekitar, kerana 45 hari reput, tapi untuk plastik 1,000 tahun. Kerana plastik-plastik ini banyak penyu hampir pupus. Penyu dulu banyak sekarang kurang kerana dia makan obor-obor, jadi obor-obor dengan plastik macam sama. Jadi bila dia makan, habis, mati! Kalau kita lihat di lautan fasifik ada plastik-plastik terkumpul sebesar Kepulauan Borneo. Ini teruk, ini masalah manusia sejagat. Kita tak boleh atasi, tetapi berila satu sumbangan, dan kita telah usahakan. Inilah perubahan yang orang perlu lihat. Teknologi hijau pun kita galakkan. Halal hub kita buat, itu kejayaan yang paling menyerlah, kerana sebelum ini tidak ada usaha pun untuk buat. Bila saya jadi Ketua Menteri saya lihat begitu banyak syarikat dari Pulau Pinang tapi kerajaan negeri ada, Pulau Pinang tidak ada. Saya terkejut, saya balik saya siasat saya tanya mereka cakap sebelum ini tiada minat so tak buat langsung. Apa? Tiada usaha untuk masuk itu pasaran halal? Ini pasaran berbilion tau, kena masuk. Dulu tidak masuk kerana tidak ada penekanan. Dia ingat orang Islam jaga orang Islam, orang bukan Islam tak boleh jaga orang Islam. Macam mana ini pemikiran punya kolotlah, kita rakyat Malaysia mesti jaga satu sama lain. Tak bolehlah buat diasingkan. Jdi kita usahakan, saya minta YB Malik bantu dapatkan sumber-sumber yang ada. Dalam setahun kita telah cipta sedikit kejayaan, kita telah buat ekspo dan konvensyen. Saya juga telah peruntukan tanah untuk buat taman industri halal. Itu yang kita telah buat daripada sifar dan telah memenangi hadiah pemudahcara paling baik dari HACC. Jadi itulah satu kejayaan yang kita rasa menyerlah.
Dari sudut peningkatan taraf hidup rakyat, Umno canang kerajaan negeri pimpinan anda meminggirkan kaum Melayu, sejauh mana benar?
Dari segi aspek mana? Kita bela miskin tegar dia tidak buat dalam 51 tahun kita buat dalam 1 tahun. Ini yang saya tidak faham. Bila kita beri wang kita bukan bagi kepada kroni-kroni tertentu, kita bagi semua orang. Macam kifalah, kita nak mulakan selepas bulan Mac. Ini mendatangkan manfaat kepada rakyat. Microkredit kita beri semua kepada rakyat Pulau Pinang. So tentu orang Umno akan cakap saya pinggirkan Melayu, MCA cakap saya pinggir Cina, MIC cakap saya pinggir India. Tetapi yang pinggirkan rakyat Malaysia (ialah) Barisan Nasional. So itulah perbezaannya. Di sini apakah yang kita dapat kalau kita pinggirkan rakyat? Macam saya kata tadi takkanlah saya bodoh macam itu untuk pinggirkan rakyat, tak ada, kita cuba bantu semua rakyat Malaysia. Itu yang kita usahakan. Macam itu usaha WiFi, kita nak liputi satu negeri termasuk di semua tempat.
Berbalik kepada teladan kepimpinan Umar Abdul aziz yang telah disebut selama hampir 2 tahun. Setakat mana ia telah diterap dalam kepimpinan di Pulau Pinang dan sejauh mana kepimpinan Umar Abdul Aziz dan prinsip CAT tadi boleh diteladani pegawai-pegawai kerajaan di Pulau Pinang. Ada dakwaan mengatakan sesetengah kes tertentu ada sabotaj dari pegawai kerajaan?
Guan Eng : Kita yang utamanya cuba memupuk sikap profesionalisme, sebab itu kita lantik tanpa mengira dia Melayu, Cina atau India. Sebelum ini kita lantik YDP MPPP bila YDP dari Setiausaha yang layak ketika itu Cina, kena hentam kromo, (saya dituduh) main perkauman. Tidak, saya lantik paling layak. Selepas dia bersara saya lantik Melayu mereka sudah tidak bising, tapi ada setengah rakyat kurang puas hatilah sebab dia wanita pertama jadi YDP MPPP. Saya lantik bukan dasar jantina, atau warna kulit. Saya lihat kebolehan, itu yang saya cuba nak ubah. So jangan lihat kepada aspek bangsa sahaja, lihat sudut negara Malaysia dan kemampuan, sudut nilai sama ada bertakwa atau tidak. Jadi lantik mereka yang mampu. Kedua kepimpinan melalui teladan, Umar Abdul Aziz ialah model, dia buat banyak perkara. Kalau saya cerita tak habislah. Macam bila orang minta dia bina tembok, dia cakap luaran tidak penting, yang penting kita bina keadilan. Keadilan lebih penting dari tembok. Apa guna tembok besar-besar kalau you tidak terapkan prinsip keadilan? Rakyat memberontak itu tembok pun tak guna. Tapi kalau you adil, sistem adil, tak payah tembok, you punya pemerintahan akan terus berterusan. Jadi itulah cara dia yang kita amalikan. Prinsip dia tak bazirkan wang, dia tak gunakan untuk diri sendiri. Kita cuba amalilah tapi tak habislah. Dia hebat. Kita ikut sikit sikit. Macam naik kapal terbang, naiklah ekonomi. Saya balik dari Korea ini pun naik ekonomi. Kerana saya naik ekonomi ada orang kata saya tidak ada ‘class’. Tak apalah, kalau naik tambang ekonomi tak ada ‘class’, tak ada ‘class’lah. Ada orang cakap itu Ketua Menteri tak ada ‘class’ bukan macam ada sesetengah Menteri dia naik kapal terbang macam sewa satu kapal terbang. Jadi saya naik kapal terbang naik ekonomi. Jadi itu kepimpinan berhemah, bersih, kita cuba amalkan. Kita tak kata kita tak buat kesilapan, tetapi kesilapan ialah kerana kita manusia. Tapi tak ada kesilapan dari segi kebersihan dan tak ada perbuatan munkar atau amalan tidak sihat. Sabotaj tentu ada, bila kita buat sesuatu tidak jalan atau dia buat khabar angin yang bukan-bukan. Macam cerita gerai, itu sangat jahatlah. Bila kita lantik pegawai, mereka lihat dari sudut warna kulit bukan dari segi kemampuan dan prestasi masing-masing. So di sini yang penting adalah kita boleh berusaha teruslah. Saya yakin kalau ada peluang untuk terus memerintah, rakyat akan lihat perbezaan. Kita akan selalu naik pangkat mereka yang mahu buat kerja dan mampu buat kerja tak kira latarbelakangnya. Tak kiralah dia Melayu, Cina, atau India atau Umno, MCA atau MIC, kalau dia boleh buat kerja kita lantik. Kita juga masukkan konsep profesionalisme macam Lembaga Rayuan yang ditubuhkan untuk mendengar aduan atau rintihan penduduk yang terjejas kerana keputusan yang dibuat PBT. Dulu semuanya ahli politikus, sekarang kita semuanya lantik ahli profesional. Kadang-kadang bila kita buat macam ini, BN bila yang dahulunya dapat lantikan dan habuan, ini kita tidak bagi sekarang. Tapi saya percaya dalam Pakatan Rakyat semua paham kecuali sekerat dua yang jadi masalah. Saya rasa kita semua bersatu hati untuk menhadapi dan menanganinya.
Kenyataan-kenyataan yang menghentam peribadi, apakah ini memberi kesan kepada saudara?
Guan Eng : Saya rasa saya tak terjejas keran saya tahu siapa kawan saya, yang itu bukan kawan saya sebab kawan jadi lawan kerana mereka tak dokong amar maaruf nahi mungkar,,saya selalu sebut bahawa kerana mengangkat amar maaruf nahi mungkarm saya sanggup kehilangan kawan, malah bersedia untuk terima kawan jadi lawan. asalkan kita dapat laksanakan CAT dan amar maaruf nahi mungkar, ini perjuangan dan prinsip saya, saya ada kawan yang bersama, saya tak gentar kerana rakyat bersama kitam dan kita terus pegang prinsip ini.jika berlaku sesuatu itu adalah ketetapan tuhan, yang penting kita dijalan benar.Semua serangan ini ialah muslihat untuk mengalih perhatian kita dari kes Anwar Ibrahim, kerana kita seharusnya tumpu kepada kes Anwar, dimana Anwar dianiayai, saya kesali ialah ada mereka yang cakap dan rupa macam Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya tidak lagi Pakatan Rakyat.Sebenarnya hati mereka ini sudah berada di dalam Umno.Apa yang pasti, saya lihat PAS sangat baik, tiada masalah dengan kami.Hubungan kita dengan Ustaz Salleh Man sangat baik, ini semua memberi kerjasama dengan kami di kerajaan negeri.
Dalam 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat, hubungan dengan Pakatan Rakyat dan dasar yang dijalankan, apakah ia akan menjadi sandaran terbaik kepada pakatan untuk berdepan pilihan raya umum akan datang?
Guan Eng : Saya rasa ini terserah kepada rakyat, kita boleh merancang dan tuhan menentukan.Dalam dua tahun ini kita tahu siapa maaruf dan siapa mungkar, kita datangkan prinsip yang baik bukan pecah perintah seperti BN, kita tegakkan kerajaan yang mengutamakan rakyat.Kita tegakkan prinsp 3P, iaitu perkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan, dengan masyarakat berilmu mereka boleh jaga hak, setersunya perkasakan hak kebebasan dan tanggungjawab rakyat dan ketiga perkayakan rakyat, sebab itu kita kifaalah warga emas.Kita telah pecahkan temberang Umno/BN, kita berikan wang bantuan kepada rakyat yang memerlukan.Kita hadapu cabaran yang mana mungkin ada yang masih terpesona dengan cara BN dulu yang mahu kronisme, berbanding kita yang mementingkan persoalan ketelusan, reformasi, hubungan erat antara Pakatan Rakyat, ini penilainan,Bagi saya buang yang keruh ambil yang jernih.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment