Siapa pengkhianat sebenar jual rahsia negara, Zahid dicabar dedah
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Kerajaan digesa mengumumkan siapa pengkhianat sebenar yang menjula rahsia penting berkaitan keselamatan negara segera, malah bertindak ke atas pihak terbabit.
Demikian tegas Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah dalam satu ulasannya pada 11 Februari lalu.
Ujar Mahfuz, Menteri Pertahanan, Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara.
Menurut Mahfuz, pembocoran dan penjualan tersebut dikatakan melibat pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia dan dijual kepada negara asing melalui kedutaan diKuala Lumpur.
"Kejadian ini sekali lagi mendedahkan betapa kelemahan yang sangat ketara pada sektor dan institusi pertahanan dan keselamatan negara selepas dalam tempoh dua bulan kita dikejutkan dengan kecurian dan penjualan dua buah enjin Jet F5E 'di pasar malam antarabangsa'," kata Mahfuz yang juga ahli Parlimen PAS Pokok Sena.
Kecurian enjin jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan rakyat kini berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara, kata Mahfuz.
Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal.
Apatah lagi negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsia penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia, katanya.
Berasaskan pada dua kejadian tersebut negara dilihat berada dalam ancaman dari negara luar, dengan rahsia penting keselamatan dan pertahanan yang dimiliki olih negara asing sudah tentu mereka akan bertindak terhadap Malaysia, katanya.
"Kalaupun tidak dengan menyerang Malaysia tetapi dengan maklumat rahsia yang mereka ada sudah pun cukup untuk mereka mensabotaj Malaysia.Inilah yang menjadikan rakyat gelisah dan merasakan berada dalam keadaan tidak selamat dan terancam," katanya.
Malangnya kerajaan gagal merungkai segala kebimbangan yang sedang dirasai olih rakyat., namun tiba-tiba sahaja Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara selesai dan diselesai mengikut saluran diplomatik, katanya.
"Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan.Raayat perlu diberi tahu siapa di dalam ATM yang menjual rahsiah penting tersebut.
"Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin jet?
"Rakyat juga perlu diberi tahu negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara.
Penjelesan dan jawapan segera menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti Angkatan Tentera Malaysia, kata Mahfuz.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment