Thursday, January 7, 2010

Chua Jui Meng kata 'Umno Putera' memangsakan Melayu, Cina dan India...dengan perkauman..

Wawancara Ekslusif, Pengarag Berita Harakah, MOHD RASHIDI HASSAN,

Wartawan Kanan, WAN NORDIN WAN YAACOB dan Jurugambar, Nasir Sudin
bersama, bekas Menteri Kesihatan, Dato' Seri Chua Jui Meng (CJM) di kediamannya

di Bukit Damansara 7 Januari 2010.

Harakah : Boleh Dato' ceritakan mengenai latar belakang penglibatan dalam politik?


CJM : Latar belakang politik saya bermula pada tahun 1969 sehari selepas peristiwa

13 Mei.Pada masa itu saya bekerja di London sebagai buruh di sana oleh kerana tidak

dapat Biasiswa untuk membiayai pengajian Undang-undang saya di sana pada masa

itu.Tiada wang biasaiswa walaupun keputusan saya boleh tahan tapi tak boleh masuk

ke universiti tempatan di Malaysia, terpaksa ke luar negara, terpaksa bekerja sebagai

buruh, sebagai waiter dan potter sepanjang lima tahun untuk membiayai pendidikan

saya di sana.Itu satu pengalaman yang baik oleh kerana itu saya faham kesusahan

orang biasa tak kira apa bangsa.Pada masa itu selepas Mei 13 (yang berlaku di

Malaysia), dalam televisyen ada ditayangkan di London, masa itu ada rusuhan berlaku

di Malaysia, ada orang mati, kedai di Kuala Lumpur dibakar.Pada masa itu ada dua

orang Melayu yang kawan dengan saya sebagai penuntut jurusan undang-undang di

sana, mereka kawan karib saya, tetapi mereka ini duduk dengan saya sekali di

apartmen saya di London, apabila mereka menonton laporan rusuhan 13 Mei, selepas

itu mereka keluar dari apartment saya tanpa memberitahu atau berkata apa-apa

kepada saya, tidak keluarkan kenyataan.

Ini memberi impak kepada saya, negara yang baik majmuk namun sehingga 13 Mei,

kenapa perkara ini terjadi dimana perkauman telah ditegakkan di Malaysia, dan

sebenarnya sebelum itu kita semua tak kira bangsa semua berkawan baik, di Sekolah

saya di Muar saya bersama orang Melayu, Cina dan India, kita semua berkawan baik

tak kira dari desa atau bandar, kita semua baik.Namun selepas Umno istihar darurat,

semua negara ini telah menjadi berlainan, wajahnya bertukar hingga kini kerana

perkauman menjadi asas negara.

Harakah : Adakah sentimen perkauman ini berlaku sampai sekarang?

CJM : Ya, sehingga sekarang ini, masih berterusan ini yang digunakan Umno, orang

Cina atau India nak buat macam mana? Tiada pembangkang yang berkesan pada

waktu itu (1969) untuk menentang Umno, sehinggalah tahun lalu (2008) munculnya

'Pakatan Rakyat' yang baharu yang ada kekuatan mencabar Umno, kita tak tunduk

kepada kuasa Umno, bukan kuasa orang Melayu tetapi kuasa Umno, sejak itu saya

minat dengan politik walaupun saya sibuk kerja sebagai buruh ketika itu, saya sertai

Kesatuan Pelajar Malaysia-Singapura di UK, dan pada tahun 1970 saya menjadi

Presiden Kesatuan Pelajar Undang-undang Malaysia-Singapura di UK, minat saya dah

mula dari sana, kenapa negara yangs aya cintai ini, saya generasi ketiga di Malasysia

tetapi kenapa nasib sudah jadi begini kita semua dikorbankan atas nama perkauman

Umno, itu, pada masa itu saya tiada pilihan lain, hanya saya ada MCA, takkan saya

nak masuk parti komunis? Jadi saya terpaksa masuk MCA, yang mewakili kaum Tiong

Hua.Saya ceburi MCA sejak tahun 70-an, tetapi kaitan saya dengan politik sejak

1969.

Bagaimana minat dato menyebabkan masuk MCA?

CJM : Selepas itu saya adalah seorang yang suka berfikir dan menganalisa, sebelum

saya sertai MCA saya ada mengkaji lah, bagi saya sistem perkauman ini dimana

bangsa-bangsa dinegara ini dipisahkan, dipecah belahkan hanya untuk kekuatan 'Umno

Putra', itu sentiasa dalam hati saya pada masa itu kenapa Malaysia di bawah Tuanku

Abdul Rahman, di bawah Tun Razak Hussien, dan Tun Hussien semakin lama

kemudiannya semakin buruk, dan selepas itu semuanya hilang.Semasa 13 Mei, Bapa

(Tun Razak) kepada Perdana Menteri (Najib), sudah mengubah wajah negara pada

masa itu, nasib Malaysia sudah tukar.Daripada 1 juta orang Tiong Hua sudah pindah

ke luar negara kerana tidak tahan dengan penindasan Umno sejak dahulu, akhirnya

ramai mereka yang berbakat yang ada pemikiran dan daya usaha yang tinggi akhirnya

ke luar negara kerana merasakan tidak puas hati dengan sistem Umno Putra ini.

Adakah ia berlaku lagi kini?

CJM : Baru-baru ini pula ada laporan kata lebih 700,000 orang yang profesional

semuanya sudah berpindah ke luar negara untuk bekerja di luar negara, kita hilang

mereka ini semua hanya kerana dasar perkauman yang dibina Umno, mereka

terkorban hanya kerana dasar perkauman Umno.Apa yang kita import ialah hanya

buruh-buruh asing dari luar yang buat kerja tanpa kepandaian atau kecerdikan akal

mereka, hanya menggunakan tenaga sahaja.Apa sudah terjadi kepada ekonomi

Malaysia, jadi sebuah negara yang berasaskan kepada buruh, bukan kepada otak,

pada pandangan saya di bawah kepimpinan Umno hari ini Malaysia tak akan jadi

sebuah negara maju selama-lamanya.


Soalan : Sejak 35 tahun dalam MCA, apa yang mendiring dato keluar BN?

CJM : Saya nampak fajar telah muncul, fajar bukan hanya untuk orang politik sahaja

tetapi rakyat Malaysia seluruhnya, sebuah negara yang saya cintai, ini satu peluang,

saya nampak bagaimana Umno menindas Pakatan Rakyat bagaimana Umno

menggunakan cara bagaimana mereka menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat di

Perak yang dipimpin oleh Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, dan cubaan di

Selangor dan beberapa negeri lain, untuk menindas pemimpin Pakatan Rakyat, ini saya

tak boleh terima, oleh itu untuk mempertahankan sistem dua parti di Malaysia dan hak

rakyat, cuma Pakatan Rakyat sahaja yang boleh mempertahankan hak rakyat Melayu,

Cina dan India, dan bangsa-bangsa lain di Sabah Sarawak, oleh itu berdasarkan

prinsip yang saya pegang dalam hati saya sejak 1969, saya sokong Pakatan Rakyat,

PR dapat diperkuatkan lagi, saya boleh sumbang peranan saya yang pernah jadi

anggota pentadbir 15 tahun dalam kabinet, dan lebih 30 tahun dalam MCA dan BN

dalam politik.Pengalaman itu dalam kerajaan dalam Parlimen boleh saya gunakan untuk

kebaikan pakatan rakyat.


Soalan : Umno asasnya kononnya membela Melayu, MCA Cina, dan MIC India,

selama ini pakatan mereka ini memberi keuntungan kepada mereka, dalam situasi

sekarang ini adakah ini bermakna coalition berdasarkan kaum ini tak boleh lagi

diterima?

CJM : Ya sudah tidak dapat diterima khasnya gokongan muda yang berbakat,

berprinsip, 'nonsense' jika terus gunakan pendekatan perkauman, MCA bagaimana

mereka nak perjuangkan nasib Tiong Hua lagi kerana MCA mana ada kuasa? mereka

ini tak boleh selagi Umno berpegang kepada ketuanan dan kedominanan Umno Putra

di negara ini.Dan selagi itulah MCA, MIC dan apa sahaja parti dalam BN, semua parti

ini (MIC, MCA, PPP, Gerakan dan sebagainya) hanya menjadi hiasan sahaja kepada

Umno.

Soalan : Kehadiran Pakatan Rakyat membawa makna?
CJM : Saya bersyukur kepada Tuhan Allah sebab pada hari ini orang Tiong Hua,

Melayu, India sudah buka mata.Negara ini telah dijadikan negara yang berbaur

perkauman oleh Umno Putra, ketuanan Melayu yang disorak Umno selamanya, orang

Cina pula jadi Cina lagi dari Cina, dan sebagainya, ini situasi 'loose-loose' semua kalah,

akhirnya oleh kerana negara kita tak boleh maju ke hadapan lagi.


Soalan : Dato' Seri ada rasa kecewa atau tinggalkan MCA?

Jui Meng : Langsung tak ada..Ada yang kata kepada saya," terlalu awal lompat, kalau

tinggal dalam MCA kononya boleh dapat jawatan tinggi, mereka akan cari saya kata

mereka, jawapan saya mudah sahaja 'Apa guna saya jadi Presiden atau ada jawatan

tinggi dalam MCA, bila saya dah nampak selama ini saya sudah tahu dalam sistem

Umno yang kuasai negara ini tiada bangsa boleh maju termasuk orang Cina, Melayu

atau India..berapa banyak rakyat yang ada kepakaran sudah lari, modal Cina sudah lari

dari negara ini, oleh kerana di negara ini tiada sistem yang adil dan oleh kerana

semuanya berasaskan kepada rasuah.Kalau mahukan projek kena rasuah, lesen boleh

dibeli, semuanya berasakan rasuah.Saya sebagai seorang Kristian saya amat bencikan

rasuah oleh kerana Injil menyebut saya tidak boleh berasuah, anak saya semua

Kristian, mereka tidak amalkan rasuah, mereka tahu di negara ini peluang bagi mereka

amat terhad oleh kerana mereka tak mahu rasuah kepada orang atasan.Rasuah ini tidak

boleh kerana dari prinsip agama ini sudah salah, tuhan Allah benci kepada orang-orang

yang rasuah, ini adalah satu taraf dosa yang terbesar di dunia ini, tak kira Buddist, Islam

dan Kristian sama semuanya membenci rasuah.Tetapi inilah yang dibuat dan ditegakkan

oleh Umno di negara ini dari atas ke bawah semuanya ramai sudah jadi korup

termasuk gollngan Cina yang buat perniagaan semuanya boleh dibeli dengan wang,

inikah negara yang kita harapkan menjadi negara maju, ini mustahil.Sebuah negara yang

berasaskan kepada perkauman dan rasuah tidak boleh menjadi sebuah negara yang

maju.


Soalan : Kita tengok dalam Umno sekalipun, jika mahukan pangkat atau merebut

jawatan perlu memberi rasuah, adakah ini berlaku dalam MCA kini?

CJM : Ketara, MCA pun ada, ini tak boleh diterima oleh agama, dari segi apa juga

agam tak terima termasuk Islam.Saya harap rakyat lihat dan sekaranglah masa untuk

membuka minda mereka, jangalah lagi menyokong orang-orang yang sengaja

memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk pecahbelahkan rakyat.Tiada negara

yang mana bangsanya tidak bersatu boleh maju, perpaduan yang kita impikan...Tiada

sebuah negara tanpa perpaduan akan menjadi maju di dunia ini.


Soalan : Sejak 16 Mei hingga kini, Umno guna isu perkauman, rasuah sebagai peluang

untuk mengawal MCA MIC dan sebagainya.Sejak krisis dalaman MCA berlaku,

Umno campur tangan apakah pandangan Dato Seri?

CJM : Ini betul, ada satu yang baru yang mana Umno nak tentukan masa depan MCA

supaya mereka dapat kawal.Sejak Umno campur tangan mula kecoh dan makin hancur

.Perdana Menteri dan timbalannya secara terbuka campur tangan hal ehwal MCA,

sekarang ini MAC berpecah tiga puak sekurang-kurangnya,Takkan MCA ini boleh lagi

mewakili Tiong hua untuk jadi jaguh kepada Tiong Hua di negara ini? ini mustahil

sekarang ini, kerana kepimpinan MCA atasan ini hanya untuk menipu orang Tiong Hua.

Soalan : Dengan krisis ini ada masa depan tak MCA?

CJM Dalam sistem parti dwi politik ada peluang untuk 'survive', tetapi untuk jangka

masa satu atau dua pilihan raya akan datang sukar bagi MCA kerana banyak kerusi

mereka akan jatuh, ini risiko mereka.


Soalan : Kenapa agaknya macam Tee Keat, Soi Lek dan sebgaainya bergaduh?

CJM : Kuasa...kerana kuasa, kerana kuasa masing-masing nak jadi Presiden dan

Timbalan oleh kerana itu Umno yang tak suka PKFZ didedahkan terbuka, bila dapat

peluang emas mereka (Umno) campur tangan dan gunakan kuasa Umno, kuasa

kerajaan terhadap MCA dan apa jadi kepada PKFZ?Senyap... semuanya Umno dah

capai matlamat untuk mendiamkan.Oleh kerana kita tahu Umno tidak mahu berikan

orang Cina kaya raya sahaja, selagi mereka tak dapat peluang emas dari PKFZ macam

sekarang ini.Ini kita dah tengok, sekarang ini mereka siasat orang Cina, kenapa boleh

berlaku penipuan berbillion ringgit dalam PKFZ, bagaimana Kementerian Kewangan

boleh bekerjasama dengan tauke PKFZ? begitu mudah keluarkan wang bila dituntut

tanpa penyiasatan yang mendalam.Cuba tanya kontraktor kecil bila mereka mahu kelim

wang projek daripada Kementerian Kewangan oleh kerana setelah selesai projek, ini

cukup sukar nak dapatkan bayaran, tetapi PKFZ ini begitu mudah.Adakah ini hanya

mengkayakan Tiong Kin Sing sahaja? atau pegawai atasan PKFZ, adakah untuk

mereka sahaja? ini tak masuk akallah.

Maksud Dato' dalam kes PKFZ ini ada jerung besar di kalangan Umnolah ini?

CJM : Ya, ini yang kita nampak, ia menjadi 'iceberg' di dalam air keruh kita tak

nampak lagi.Umno memang tidak mahu PKFZ didedahkan terus, akhirnya siapa yang

kena dakwa? mereka yang tengah sahaja yang kena.

Kita ada melihat ada dikalangan pemimpin Umno yang kecil yang didakwa, adakah

yang besar ini lepas hanya dengan pendakwaan ke atas yang kecil-kecil?

CJM : Tentu ada terlinbat dengan orang Umno begitu banyak, tetapi Umno berjaya

menggunakan prinsip Umno Putra yang mana mereka ini mengatasi undang-undang,

mereka boleh buat apa sahaja tiada tindakan yang akan diambil, dan sebagai

kesinambungan ada di kalangan BN Putra juga mengatasi undang-undang.Apa sahaja

yang mereka buat tak akan dikenakan tindakan, mereka ini bebas melakukan apa

sahaja.MCA, MIC boleh buat apa sahaja tetapi mereka tak akan didakwa, kerana

undang-undang di bawah kaki mereka, itu sistem yang digunakan selama ini.

Mereka tangkap hanya ikan bilis, dua tiga orang.Macam dalam kes dua enjin pesawata

TUDM yang hilang, dulu mereka kata RM50 juta satu enjin, kini mereka kata tak

sampai, kurang pula, boleh beli jet dengan beberapa juta ringgit sahaja jet pejuang

Amerika Syarikat, siapa yang percaya?Mereka ini nak bohong tetapi mereka tak tahu

semua orang tak percaya.Jangan anggap orang Malaysia yang berpendidikan tinggi

percaya kerajaan boleh beli jet pejuang dengan hanya beberapa juta sahaja, ini

semuanya tidak masuk akal...Kenapa kita belanjakan wang besar beli jet pejuang dari

Russia, beli Sub Marine Scorpene, ini kita tahu berbilion ringgit tidak termasuk

komisennya yang beratus juta lagi, komisen sangat besarr dan bagaimana dengan

harganya?.

Adakah dengan kekecohan dalaman MCA dan terdedahnya PKFZ, Umno ambol

kesempatan mencengkam MCA?

CJM : Akibat dari kekecohan dalaman MCA, Umno Putra memainkan peranan

mereka dengan begitu berkesan, isu PKFZ sudah ditutup..Itulah reliti kerajaan kita,

tengok sistem di Afrika Selatan dengan dasar Aparteid telah hapus, sekarang jni rakyat

disana sudah maju, bukan berasaskan perkauman lagi..White Australian Policy sudah

hilang di dunia ini, rakyat mereka tahu..Australia tidak akan maju jika dasar kulit putrih

diteruskan, Amerika pun boleh berubah dengan kulit hitam boleh jadi Presiden..Jepun

pun baru berubah, kedaulatan undang-undang di Pakistan lebih jauh baik dari

Malaysia, kedaulatan dan kebebasan kehakiman, cuma Malaysia sahaja yang

belum.Rantau Asia telah berubah dah ada reformasi yang ketara, Indonesia hari ini jauh

lebih demokratik dari Malaysia, media mereka bebas, sejak Gus Dur naik, Islam yang

jadi contoh kepada dunia, mereka bebaskan institusi kerajaan, rakyat boleh protes dan

demonstrasi aman, selepas kejatuhan Soeharto, mereka naikkan kebebasan rakyat,

media massa dan kebebasan institusi kerajaan.Namun Malaysia masih di bawah

kawalan orang-orang munafik ini....



Pakatan Rakyat boleh kembalikan kita kepada sistem yang baik dan sebenar?

CJM : Itu dasar kita bersama, tiga parti dalam Pakatan Rakyat, bukan tujuan kita untuk

satu bangsa sahaja tetapi untuk semua bangsa.Tuhan Allah telah berikan kita membuka

mata hati kita termasuk orang bandar yang sudah faham dan kita mahukan orang desa

di kawasan terpencil tahu apa yang berlaku kepada negara ini...Melalui keadilan..Pergi

mana-mana tempat di negara ini , carilah mana ada orang Melayu yang boleh kaya raya

sama seperti Umno Putra?Orang melayu sudah hilang daya saing di bawah sistem yang

dimulakan Umno, subsidi. Universiti kita yang patutnya bagunkan Melayu, Cina dan

India yang pandai cerdik telah disekat, sedangkan mereka ini boleh bantu kita

memajukan ekonomi dan minda rakyat Malaysia..Universiti kita sudah jatuh ke tempat

amat rendah di dunia ini, sedangkan universiti di Myanmar jauh lebih baik, Vietnam

sudah naik, di China jauh mereka lebih maju walaupun mereka dalam sistem

komunisme.Selepas perubahan yang dilakukan pemimpinnya, selepas reformasi yang

dijalankan, tengoklah China sekarang....Di seluruh dunia ini kaum yang hidup dibawah

sisitem subsidi sudah hikabg saungan daya fikiran, daya saing ekonmi tak kiralah

mana-mana negarapun, China tidak kerana hari ini, mereka semakin maju semakin

rajin, negara mereka jadi maju.Namun kita dah 50 tahun, apa nasib orang Melayu

biasa, apa nasib orang Cina biasa? Orang India?yang kaya hanya tauke-tauke Umno

Putra di kalangan kroninya banyak dapatkan keuntungan dari dasar dan rasuah

mereka.Di Muar saya balik saya marah kenapa orang Melayu masih miskin..


Soalan : Perubahan di China ketara walaupun sisitemnya masih komunis?

CJM : Di China masih komunis tetapi mereka telah reformasikan sisitem

mereka.Namun di Malaysia tiada ke arah itu, SPRM, SPR dan sebaginya telah dikawal

oleh Umno Putra, orang Umno biasapun tak akan dapat nasib yang baik, kerana

mereka bergantung kepada tongkat Umno, selagi setia kepada Umno mereka akan

dapat kontrak kecil kelas F sahaja, tetapi jika tak sokong Umno, mereka akan cekik,

inilah realiti negara ini.


Soalan : Dalam kemelut keyakinan rakyat kepada BN ini, apakah yang boleh Dato'

sarankan kepada PAS dalam mendapatkan sokongan rakyat?

CJM : Ini satu cara yang amat mustahak bagi PAS oleh kerana sekarang ada PR yang

mana Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya menyatukan tenaga tiga buah parti.Pada masa

ini orang Tiong Hua sudah percaya kepada PAS, Tuan Guru Abdul Nik Aziz jadi

contoh orang agama Islam yang sangat baik dimata orang Tiong Hua sebab dia adalah

pemimpin Islam yang sangat baik, tidak ada rasuah, sangat sederhana gaya hidupnya,

dia dihormati dan tidak berbaur perkauman, dan sekarang ini kita mula

bergerak.Namun perlu diingatkan jangan ada lagi insiden seperti di Selangor, yang

berlaku nampak tak apa jadi orang Cina akan lari bila PAS jadi nampak ekstreme, ini

bukan sahaja jejaskan PAS tetapi Pakatan Rakyat, jangan jadi jaguh kaum, ini kena

faham, kerana orang Cina ada dua pilihan satunya keluar negara, dan keduanya ada

Pakatan Rakyat.Gaji di luar negara lebih tinggi...kita kena insaf sebagai satu

bangsa.Orang Umno tak faham mereka yang keluar negara ini sebab tak boleh terima

lagi sistem yang diamalkan oleh Umno..di Luar negara mereka ini diangkat

kemahirannya dihargai kemahiran dan kebijaksanaanya..

Dulu orang Umno ada kata kepada Tiong Hua kerana tak sokong Umno sebelum

tahun 1990, orang Cina sokong pembangkang, mereka (Umno) kata baliklah orang

Tiong Hua ke Thong San,..sekarang betul-betul mereka balik ke Thong San disana ada

kekayaan dan bukan main-main kekayaannya, mereka telah ditransformasikan dari

sebuah negara yang amat miskin dan menyedihkan, sehingga kini US pun tunduk

kepada China, gaji mereka 10 kali leboh tinggi dari Malaysia, pakar-pakar semua telah

pulang ke China, syarikat gergasi, banyak disana, mereka boleh dapat.

Kalau kita tak pecah belahkan, atau hina rakyat dengan politik yang paling rendah yang

boleh menjatuhkan kecerdikan rakyat ini sukar.Dasar kerajaan yang menindas, Umno

Putera ini paling tiada otak, otak paling rendah, mencabar rakyat untuk keluar jika

tidak suka dengan sistem yang ada.Kita bimbang bakat-bakat yang ada di negara ini

akhirnya akan terus lari ke luar negara hingga mengakibatkan negara ini semakin tidak

maju.Ini satu kebodohan kerajaan kita yang menekan rakyat supaya keluar kerana tak

tahan lagi cara pemerintahan Umno.Apa Umno ingat rakyat yang lari dari Malaysia ini

mereka ini rugi?Mereka ini untung kerana dapat lagi lebih dari luar negara, siapa yang

rugi? Malaysia yang rugi kerana kepakaran sudah lari ke luar negara hanya kerana

perkauman Umno, mereka tidak mahu kepada Umno.


Isu Harold yang menggunakan Nama Allah, boleh dato ulas apa sebenarnya yang

Umno mahu lakukan?

CJM : Isu Harold itu sebenarnya isu politk sahaja.Bila munculnya isu ini? ini kerana

pada tahun 2007 yang mana selepas Bersih berdemonstrasi untuk menggesa kerajaan

mengubah sistem pilihan raya dan menuntut hak-hak rakyat di negara ini, Bila Harold

mendedahkan laporan di muka depan mereka tentang demonstrasi Bersih ini, apa yang

dibuat oleh KDN ketika itu?Umno ambil tindakan..Mereka menambah

masalah.Akhirnya ramai orang Katolik tidak senang dengan Umno kerana tekanan itu

tekanan politik bukan Agama, ..Perkara ini Islam, Cristian sejak masa silam telah

menggunakan perkataan Allah bersama dengan God, Tun Mahathir ini saya anggap dia

cerdik pandai, dia kata Orang Kristian guna Tuhan, jangan guna Allah, dia tak faham

tuhan dalam Injil daru perjanjian lama dan baru, perjanjian lama penulis pertama ialah

Nabi Musa iaitu the greates. Tuhan Allah yang turunkan Taurat, ini ialah pada masa

3500 tahun dahulu, ini Mahathir tak faham, bila orang Kristian ada di Saudi, perkataan

tuhan ialah Allah, dalam perjanjian lama dan baru ialah Lord God diterjemahkana

sebagai Allah..Agama Samawi gunakan Allah, kenapa Umno lebih pandai dari Nabi

Muhammad, lebaih Islam kononnya dari Nabi kata tak boleh sedangkan Quran kata

boleh? ini tak masuk akal,. oleh kerana kepentingan politik mempertanankan survival,

Umno mempermainkan isu perkauman yang begitu rendah dan mempermainkan hati

rakyat termasuk orang Islam.

Soalan :Apakah Umno dapat menarik sokongan Melayu dengan isu ini?

CJM : Umno harap itu, saya anggap orang Islam tak percayakan Umno sebab orang

Islam lebih percayakan Ustaz Hadi (Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi

Awang) daripada Najib (Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak).Apa asas Najib

di dalam isu-siu agama, Hadi lebih pandai dari Najib dalam isu agama, Hadi kutip apa

yang dikatakan dalam Quran, nama Allah digunakan dalam agama Samawi, tetapi

Najib kata tidak boleh, Hishamuddian apa Najib kata semua dia kata okay, tak boleh,

ini semua api-apikan orang Melayu.Kalau saya seorang Kristian, saya gembira jika

orang Islam gunakan nama Isa, kita gembira, saya tak boleh kata orang Melayu Islam

nak gunakan nama Isa, Injil lama sebelum kemuncukan Al-Quran sebutd ah nama

Allah.Ini menjadi semakin bingung..Tetapi orang bodoh di Malaysia, kata orang islam

akan bingung jika Allah digunakan oleh orang Kristian, ini satu kebodohan, ini

pemikiran budak darjah enam..Mereka tidak faham kerana pemerintahan ini

didasarkan kepada perkauman.Sekarang adakah rusuhan atau orang Melayu nak

potong kepala orang bukan Islam? Mana ada lagi, saya fikir Najib ini tak ada fikiran

kerana dia boleh pertahankan penggunaan nama Allah, apa asas Umno ini, di Saudi,

kristian menggunakan nama Allah, Malaysia sekarang ini satu-satunya negara Islam

yang lenih pandai dari Nabi Muhammad dan lebih Islam dari Nabi Muhammad, saya

cakjap terus terang sebagai Cristian saya berteima kasih kepada Ustaz Hadi kerana

berani mengeluarkan kenyataan yang benar yang mengikut Al-Quran, saya minta OIC

yang akan bertemu di Beirut tak lama lagi, saya minta Najib pergi sendiri untuk

mempertahankan pendirian Umno di Malaysia di sana, kononnya orang kristian tidak

boleh guna nama Allah, saya minta Tun Mahathir juga pertahankan di Beirut.Ini semua

munafik kerana mereka ini hanya atas dasar kepentingan politik.Kalau berani Najib dan

Mahathir pergi ke Beirut depan mata dunia Islam mereka sebutkan pendirian mereka

ini, saya nak tengok, berdiri depan negara dunia Islam dan katakan orang agama

samawi tidak boleh guna nama Allahm tengok reaksi dari negara OIC lain, jangan jadi

jaguh kampung di sini, untuk menyeleweng apa yang diajar dalam AlQuran, jika Najib

mati-mati nak pertahankan dengan pendirian Umno, apa yang saya nak buat dnegan

Injil saya dalam BM, samada dia nak rampas Injil saya dalam rumah saya? rampas

semua injil di Gereja? saya harap semua orang melayu buka mata, janagn kita

diperkudakan lagi, biarkan orang melayu menaikkan martabata bangsa dengan akal,

dunia sudah bertukar, ekonomi negara lain sudah jauh lebih baik.Umno amsih tidur

dalam iklim 1969 iaitu iklim perkauman.Kalau PAS boleh pertahankan pendirain

sekarang ini dan jangan rendahkan ekspetasi rakyat kepada PAS, PAS akan tersu

diterima.Saya harap lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin seperti Tok Guru Nik Aziz

dan Hadi bangkit di Malaysia iaitu seorang yang beragam mendalam, cinta negara, cinta

rakyat pelbagai bangsa dengan ikhlas hati, tolak perkauman dan tolak Umno.



Rumusan Dato terhadap peluang Pakatan Rakyat>

Memperkuatkan Pakatan Rajyat itu asas kepada kemennangam, jangan ada kes-kes

disiplins eperti di Selangor, biatrlah ada pemimpin yang boleh membawa kita kepada

kemenangan, yang boleh memimpin kita untuk menang PRK 13.
Ada syaratnya jika nak menang, bagaimana kita pegang kepada prinsip dasar Pakatan

Rakyat dimana Melayu, Cina dan India boleh rasa senang di negara ini dengan jika

Pakatan Rakyat menang.Selepas pilihan raya umum ke12 lalu, ramai orang Cina suka

kepada Pakatan Rakyat, namun oleh kerana permainan akhbar milik Umno/BN,

seperti Utusan, The Star dan NST mula memainkan propaganda dan memanipulasi

yang akhirnya menyebabkan orang Cina kurang yakin kepada Pakatan Rakyat, ini kita

kena hati-hati dengan permainan ini.

No comments: