Kes 'Enjin Pesawat Hilang', hasil siasatan 'meragukan'? - Mahfuz
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar melahirkan keraguan terhadap keputusan siasatan yang diumumkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat FE5 milik Tentera Udara DiRaja Malaysia.
"Pengumuman yang dibuat Peguam Negara tentang hasil siasatan yang dibuat oleh polis sangat tidak meyakinkan malah sangat merakukan.Peguam Negara menyatakan tidak ada pegawai kanan atasan TUDM yangg terlibat dengan kehilangan Enjin
Jet F5E.katanya yang terlibat hanya pegawai rendah," ujar Mahfuz mengulas kenyataan Abdul Ghani pada 5 Januari.
Persoalannya kata Mahfuz, adakah kehilangan enjin jet hanya membabitkan pegawai rendah dan anggota biasa kerana baginya kes ini bukan kehilangan 'spare part'(alat ganti) dikedai baiki kereta yang boleh sdiambil oleh seorang yang bertaraf 'formen'.
"Takkan seorangf mekanik boleh masukkan barang dalam poket dia dan keluar dari kedai tersebut untak jual di pasaran gelap.Kalau spare part kedai baiki motor yang hilang bolehlah kata 'tauke' (pemilik kedai) tidak tahu.Tetapi ini soal enjin jet yang bukan boleh dijunjung diatas bahu seorang 'prebet cabuk' (pegawai rendah atau anggota rendah) TUDM, melainkan mesti satu pakatan yangg cukup berstrategi," katanya dalam satu ulasana ekslusif kepada Harakah.
Mahfuz menegaskan, siasatan polis yangg diumumkan oleh peguam negara bahawa tiada penglibatan pegawai kanan atasan sangat meragukan.
Malah Mahfuz mendakwa, tempoh masa yang panjang iaitu setahun sempat bulan bermula dari ogos 2008 untuk satu siasatan dan tolak menolak antara peguam negara dan PDRM memungkinkan sebagai satu strategi untuk memadam dan
menghilang bahan bukti dan fakta kes yang membabitkan pegawai kanan atasan TUDM.
Selain itu beliau tidak menolak dakwaan mungkin penglibatan politik di Kementah dan kerajaan juga berlaku dalam kes kehilangan enjin pesawat ini.
Bukti yang jelas dalam kes Kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu bahawa dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sepatutnya berada dalam simpanan imigresen telah dihilangkan, katanya.
Begitu juga dalam kes kehilangan enjin jet, ujar Mahfuz kenyataan awal yang dibuat oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera bahawa ada pegawai pangkat brigedier jeneral dan pelbagai pangkat telah diambil tindakan diberhentikan kerana terlibat dalam kes ini, katanya.
Tetapi kemudian dinafikan degan kenyataan mengatakan mereka diberhentikan kerana kes yang lain, bagi Mahfuz ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
"Saya mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Pertahanan ketika kehilangan ini berlaku.Kalau beliau menyatakan kerajaan tidak mahu menyembunyikan apa-apa dalam kes ini,beliau mesti berani menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk mengendalikan siasatan dlm kes kehilangan enjin jet atau pun sekurang-kurangnya memanggil segera sidang khas parlimen dan membawa satu usul pembetuk jawatankuasa siasatan bebas di bawah parlimen," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga mendakwa, jika tidak seluruh negara akan mengangap siasatan yang diumumkan oleh Peguam Negara adalah satu 'konspirasi' pihak tertentu untuk memangsa dan mengkambing hitamkan pegawai rendah TUDM.
Dakwanya lagi, tindakan ini hanyalah untuk menyelamatkan kepentingan politik BN bukan sahaja dalam kes ini tetapi dalam isu pembelian dan penjualan keperluan dalam industri pertahanan yang melibatkan amalan rasuah dan penyelewengan pemimpin BN.
Terdahulu. Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.
Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.
Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi namun beliau juga tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis..
"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.
Dalam pada itu Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan rakyat sebenarnya meraguo penyiasatan terhadap kehilangan enjin pesawat itu kerana kredibilti serta kebebasan mereka yang mengendalikannya.
"Kita jemu apabila meletusnya isu besar, yang dipersalahkan ialah penjawat awam, sedangkan jerung besar dibiarkan terlepas. Ini bukanlah kali pertama, lihat sahaja tindakan susulan terhadap Laporan Audit Negara. Kerugian berbillion ringgit, namun kambing hitam jua menjadi mangsa," katanya.
Oleh itu beliau memandang serius sebarang usaha untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar, dan menegaskan agar Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes tersebut, katanya
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment