Salahuddin cabar Hishamuddin gerakkan referandum isu ISA
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien berhubung kononnya dar kajian menteri itu rakyat masih mahukan Akta Keselamaan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.
Salahuddin yang dihubungi Harakah 25 Disember lalu berkata, kenyataan Hishamuddin itu 'tidak berdasarkan kepada kajian yang sebenar' malah ianya hanya untuk memastikan akta zalim itu kekal membela Umno/BN.
Salahuddin berkata, kenyataan Hisamuddin itu hanya satu kenyataan politik yang tidak
berdasarkan kepada kehendak rakyat yang sebenar, malah ianya satu lagi pembohongan kepada rakyat.
PAS mencabar Hishamuddin agar menggerakkan satu referandum rakyat bagi membuktikan samada benar atau sebaliknya bahawa rakyat seperti yang didakwa Naib Presden Umno itu mahukan ISA.
Bagi Salahuddin, ISA adalah satu undang-undang yang zalim yang menahan rakyat tanpa bicara, justeru ia harus dihapuskan.
"Kita di peringkat Pakatan Rakyat, seperti yang saya sebut dalam Konvensen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu bahawa kita akan mansuhkan ISA, ini satu kenyataan dan pendirian yang sangat konsisten," katanya lagi.
PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan terus mengadakan bantahan untuk memastikan ISA dimansuhkan.
Sebelum ini, kerajaan berjanji akan mengkaji ISA termasuk ia dibawa ke sidang Dewan Rakyat,
namun sebaliknya menteri terbabit dengan keselamatan telah membuat kenyataan awal yang
memperlihatkan akan ISA dikekalkan.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment