Enjin hilang, siapa pengkhianat negara sebenarnya?
WAN NORDIN WAN YAACOB
Sekonyong Menteri Pertahanan, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kenyataan
bahawa rakyat Malaysia yang terlibat dalam kehilangan dua enjin pesawat F-5E
sebagai 'pengkhianat'.
Zahid juga menyatakan kehilangan enjin ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa
enjin seperti itu boleh dijual, bukan sahaja kepada negara-negara Asia Barat seperti
Iran dan Iraq, tetapi kepada negara lain.
"Mereka ini bukan sahaja pencuri, tetapi penderhaka dan pengkhianat kepada negara.
Mereka menjadi anggota tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan, tetapi telah
membelot kepada negara.
“Jika mereka ada hubungan dengan orang luar yang juga rakyat Malaysia, mereka turut
menderhaka kepada negara,” katanya.
Namun mungkin Zahid terlupa atau pura-pura lupa faktanya kehilangan dua enjin
pesawat itu sebenarnya berlaku dua tahun lalu ketika Menteri Pertahanan disandang
oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.
Malah setahun selepas itu, dalam laporan audit tiadapun dinyatakan kehilangan dua
enjin itu dalam laporan bagi Kementerian Pertahanan.
Benar kata ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang mahu kerajaan terutama
Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet
pejuang F-5E dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.
Alasan Azan mudah, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan,
memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada
2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.
Apa yang penting ujar Azan, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu
bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit
Negara.
Apa yang lebih parah lagi katanya, laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan
2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang
laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.
Bagaimana hal yang sebensar ini sebenarnya boleh berkalau tanpa Kementerian yang
diterajui Najib membuat semakan atau pemantauan ke atas aset-aset bernilai bagi
kementerian terbabit.
Seharusnya dua tahu lalu, satu siasatan dibuat sebaik sahaja kehilangan enjin pesawat
itu diketahui, dan mustahil kementerian yang menjaga keselamatan negara tidak tahu
perihal dalaman sendiri.
Benar kata Azan, isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui
prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.
Petualang sebenar kepada kehilangan aset bernilai ini pastinya bukan 'anak-anak'
karektornya, masakan mudah 'pengkhianat' seperti yang digekar Zahid ini lolos untuk
mudah menembusi ruang udara Malaysia tanpa sebarang sekatan.
Skrip kehilangan dua enjin ini sama seakan 'letupan' yang berlaku ke atas seorang
wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang mana transaksi perjalanan mendiang
tiba-tiba 'hilang' dari rekod pihak keselamatan negara yang mengawal keluar masuknya
pendatang.
Apakah skrip pengkhianatan terhadap aset negara ini juga sebenarnya di tulis hampir
sama dengan skrip kehilangan transaksi perjalanan Altantuya, pastinya pengkhianat
negara yang melalukan urusan itu bukan kecil sosok jawatannya, walaupun Zahid
menafikan mereka yang berjawatan besar melakukannya..
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment