Monday, December 21, 2009

Kerajaan bina rumah RM12 juta untuk 'tutup mulut' Tun Abdullah?


Kerajaan bina rumah RM12 juta untuk 'tutup mulut' Tun Abdullah?

WAN NORDIN WAN YAACOB


KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mendakwa, kerajaan
membina rumah bagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah
untuk menutup mulut bekas PM itu dari 'mengkritik' kerajaan pimpinan Dato' Seri
Najib Tun Razak.


Rumah yang bernilai RM12 juta itu dibina di Persiaran Mahameru sejak Jun 2009, dan
Mahfuz mendakwa ianya bukanlah dibawah Rancangan Malaysia ke sembilan ataupun
mana-mana peruntukan kewangan.


"Saya telah bertanya kepada Kementerian Kewangan, mereka kata tak tahu
apa-apa.Jadi saya nak tanya kerajaan di bawah peruntukan manakah rumah kononnya
hadiah kepada bekas PM ini diperuntukan?," soal Mahfuz yang dihubungi Harakah 22
Disember lalu.


Sebelum ini Mahfuz telah membuat tinjauan ke atas projek rumah bekas PM itu untuk
mengesahkan adanya pembinaan tersebut selain melihat sendiri syarikat manakah yang
diberi kontrak menyiapkannya.


Menurut Mahfuz, hasil dari tinjauan yang dibuat bersama jurugambar Harakah, Wan
Zahari Wan Salleh, projek itu dijalankan oleh syarikat PRC Corporation.


Syarikat ini juga katanya adalah syarikat yang pernah dianugerahkan projek membina
landasan pengakalan kapal selam tentera laut di Sabah.


Beliau mendakwa, kontrak pembinaan rumah bekas Perdana Menteri itu diberi secara
rundingan terus dan bukannya 'open tender' (tender terbuka), dan ia amat
mendukacitakan.


Rakyat mahukan penjelasan dari Perdana Menteri hari ini apa rasionalnya pembinaan
rumah bekas PM itu, samada ia adalah untuk membalas jasa atau hanya untuk menutup
mulut bekas PM itu dari mengkritik kerajaan, katanya.


"Ataupun ia sebenarnya hadiah persaraan awal Tun Abdullah yang mana Najib dan Tan
Sri Muhyiddin Yassin akhirnya masing-masing dapat menjadi Perdana Menteri dan
Timbalan berikutan persaraan awal itu, ini semua menuntut penjelasan," katanya yang
juga ahli Parlimen Pokok Sena.


Beliau juga mahu kerajaan menjelaskan apakah ada skim khas yang dibuat bagi pesara
Perdana Menteri untuk memiliki rumah tanpa mengeluarkan wang sendiri kerana
mustahil bagi seorang PM tiada wang untuk membina rumah sendiri.


"Takkan bekas PM (Tun Abdullah) lansung tiada rumah, saya tak bermaksud
mempertikai jasa Tun Abdullah kepada negara, saya dan rakyat pastinya mengenang
jasa Tun Abdullah yang pernah menjadi PM selama beberapa tahun sejak tahun 2003,


"Namun saya musykil dengan pembinaan rumah ini, samada ia adalah untuk
kepentingan tertentu atau ada maksud tersirat disebaliknya," katanya lagi.



P/S : Penulis : rakyat penat-penat cari duit nak bina atau nak beli rumah, sampai ada yang terpaksa bayar rumah walaupun rumah terbengkalai, tapi kerajaan belanja berjuta bina rumah bekas PM, hampeh....

No comments: