Tuesday, July 14, 2009

Penerangan isu royalti minyak, kerajaan berbohong?


Penerangan isu royalti Minyak, kerajaan berbohong?
WAN NORDIN WAN YAACOB
(Analisis)
"Kerajaan pembohong dan menipu rakyat" demikian ungkapan yang tepat yang disebut Naib Presiden PAS,Dato' Mahfuz Omar tatkala mengungkap sikap kerajaan yang tidak menepati janji selepas menyatakan bahawa Petronas akan menjelaskan isu royalti minyak di Kelantan.

Hingga ke hari pengundian di Manik Urai pun, janji yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya tinggal janji kosong yang boleh disamakan dengan satu lagi skrip penipuan.

Sudah terang lagi bersuluh, penipuan terancang ini terus mendedahkan sifat sebenar kerajaan dalam melayani tuntutan dan hak rakyat, ujar Mahfuz.

Biarpun kerajaan menyatakan bahawa Kelantan tidak berhak mendapat royalti, yang pastinya entah dari mana 'agaknya' emas hitam dari perut bumi yang dikorek di lautan Kelantan itu diperolehi.

Cabaran kerajaan Kelantan agar kerajaan mendedahkan hal yang sebenar disahut sepi sahaja, namun arakian untuk memancing undi di Manik Urai, Umno/BN terpaksa menipu dan terus menipu.

Janji ditabur,kerajaan yang sah dipilih rakyatiaitu PAS Kelantan dihina,dicemuh dan difitnah dengan pelbagai kenyataan palsu dari agen propaganda mereka melalui televisyen dan akhbar arus perdana.

Malangnya bagi Umno/BN walau sehebat itu propaganda mereka, rakyat Kelantan sebenanrnya sudah masak dengan politik ugutan,rasuah dan pembohongan yang Umno/BN amalkan sejak 50 tahun lalu,ujar Mahfuz.

Pendedahan Exco Kerajaan Kelantan,Dato' Paduka Husam Musa secara berfakta mengenai pemilikan hasil emas hitam (minyak dan gas) tidak termampu ditangkis Umno/BN dengan fakta balas.

Sebaliknya mereka hanya menggunakan alat propaganda untuk mengelak dari menjawab isu yang sebenar dengan memfitnah semula kerajaan Kelantan kononnya mengabaikan rakyat.

Isu jurang kemiskinan mula dimainkan,walhal kemiskinan di Kelantan kini hanya berada pada tahap 7 peratus sahaja berbanding negeri yang ditadbir BN,iaitu Sabah yang mencecah 26 peratus.

Tiada istilah koreksi lagi dalam pembohongan yang dilakukan Umno/BN, biarpun kononnya Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak mengamalkan prinspi 'one malaysia' yang mengutamakan rakyat.

Walhal, prinsip ini bolehlah diandaikan sebagai One Malaysia mengutamakan kroni dan isteri dalam memungut hasil mashyul negara, samalah seperti pentadbiran sebelum ini yang didukungi Tun Abdullah, Tun Mahathir dan PM yang sebelumnya.

Sejarah rampasan hak royalti Terengganu ketika PAS memerintah sudah cukup menjadi saksi akan kerakusan dan kejahatan Umno/BN merompak wang rakyat.

Umno/BN tetap tidak akan berubah,walaupun kerajaannya silih berganti kepimpinan selagi bak kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Umno/BN terus menjadi parti yang menyeleweng dasar.

No comments: