Thursday, July 9, 2009

Isu Khinzir selesai, kerjasama Pakatan Rakyat Kedah utuh!

Isu khinzir selesai, kerjasama Pakatan Rakyat baik

Isu perobohan pusat penyembelihan khinzir di Kampung Berjaya tiba-tiba
hangat dan menjadi tumpuan seluruh negara.Media cuba menjadikan isu
ini sebagai alat menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah yang
dikepalai Menteri Besar, Dato' Seri Uztas Azizan Abdul Razak.Menyelami
sejauh mana kesna isu itu kepada Pakatan Rakyat, Wartawan Kanan
Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB dan wartawan, IZWAN HALIM serta
Jurufoto, WAN ZAHARI WAN SALLEH menemui Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS
Kedah, Dato' Mahfuz Omar di Alor Setar pada 9 Julai.

Harakah : Apa kesan sebenar propaganda isu ini terhadap kerajaan
Pakatan Rakyat di Kedah, dan kerjasama pakatan di sini.Boleh Dato'
jelaskan?

Mahfuz : Walaupun pada peringkat awal kita melihat bahawa isu itu agak
menggemparkan hingga menarik perhatian pemerhati politik dari seluruh
negara dan seluruh dunia, tetapi atas keterbukaan dan kebijaksanaan
pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin pakatan keseluruhannya serta
keterbukaan pemimpin PAS yang menduduki kerajaan untuk mendengar
segala permasalahan daripada pelbagai-bagai pihak, maka isu itu
telahpun dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.

Walaupun media arus perdana yang didalangi pemimpin politik Umno-BN
cuba mencetuskan satu kemarahan rakyat dari satu kaum kepada kerajaan
pakatan yang diterajui oleh PAS dengan membawa isu itu ke dalam bentuk
perkauman sempit, tetapi dengan penjelasan akhirnya masyarakat dapat
terima bahawa ianya bukan isu perkauman tetapi ianya adalah isu
tertunggak yang gagal diselesaikan oleh BN hampir 30 untuk
menyelesaikan masalah ini.

Harakah : Apa sebenarnya yang mereka cuba lakukan?

Mahfuz : Apabila kita dapat selesaikan tanpa menimbulkan satu masalah
besar kepada masyarakat khususnya kepada orang bukan Islam lalu mereka
‘divert’ isu itu menjadi isu perkauman. Isu tertunggak ini bukan isu
perkauman, ia melibatkan bantahan penduduk di situ baik Melayu mahupun
bukan Melayu, berkaitan environment, kebersihan yaang tidak terkawal,
kesihatan dan sebagainya. Bila kita berjaya mengatasi Umno-BN
mencemburui perkara ini lalu jadikan isu ini isu perkauman setelah
perobohan itu mereka gagal jadikan isu kerana masyarakat umumnya
menerima malah persatuan sembelihan juga terima. Jadi mereka bawa ke
media seolah-olah ia isu perkauman.

Harakah : Rakyat pula bagaimana, menyokong tindakan atau tidak?

Mahfuz : Jelas kita lihat rakyat tenang dan satu demi satu persoalan
yang dibangkitkan DAP Kedah itu kita dapat atasi dengan penuh
kebijaksanaan oleh pemimpin kerajaan. Jadi saya melihat ini satu
pengaajaran, ini juga ekoran daripada mekanisma dalam pakatan rayat
ini yang tidak begitu teratur dan tersusun. Jadi dengan isu yang
berlaku di kedah ini, kita perlu fikir untuk ada satu rutin
perjumpaan, ada sekretariat. Walaupun sekretariat ini secara
prinsipnya sudah ada tetapi tidak begitu diperkasakan. Oleh itu perlu
diperkasakan supaya lebih kemas menjadi satu sekretariat yang ada
rutin pertemuan untuk kita dapat berkomunikasi serta dapat faham
memahami antara satu sama lain. Kalau tidak nanti kita akan
terbawa-bawa dengan masing-masing punya perjuangan dan mungkin mudah
terperangkap dengan agenda musuh.

Harakah : Adakah sepatutnya ada pertemuan yang lebih kerap antara
pimpinan Pakatan Rakyat Kedah setiap masa bagi membincangkan segala
macam hal?

Mahfuz : Ya seharusnya begitu. Mereka seharusnya tidak membangkitkan
perkara-perkara itu. Kita bukan bertemu berasaskan kepada isu tetapi
pertemuan rutin secara sebulan atau dua bulan sekali sekaligus kita
dapat memahami dasar dan pentadbiran kerajaan itu sendiri. Kita juga
dapat memahami baagaimana mengatur strategi politik dalam menghadapi
pengaruh politik Umno-BN ke atas jentera kerajaan yang masih ada,
maksudnya pegawai kerajaan.

Saya tidak menafikan bahawa ada pegaawai-pegawai yang bekerja secara
profesional tetapi tidak boleh dinafikan masih wujud kepentingan
politik BN ini ke atas jentera yakni pegawai-pegawai. Oleh itu
pimpinan Pakatan rakyat dari PAS, KeADILan dan DAP perlu ada
kebijaksanaan menghadapi situasi ini dan memahami masalah dihadapi
oleh mereka yang diamanahkan untuk memimpin kerajaan ini berhadapan
dengan keadaan-keadan pengaruh politik BN ke atas jentera kerajaan itu
sendiri.


Harakah : Apa harapan Dato'?

Mahfuz : Jadi harapan saya, atas sifat saya sebagai ahli parlimen dan
Naib Presiden, kerajaan sendiri harus menyedari perkara ini dan saya
percaya Menteri Besar sendiri menyedari pengaruh politik BN ke atas
jentera kerajaan ini dan perlu di atasi segera. Saya juga mengharapkan
pegawai-pegawai menterjemahkan kata-kata bekas SUK dalam pertemuan
bersama Menteri Besar bahawa mereka bekerja secara profesional.
Pemimpin politik boleh datang dan pergi tetapi pegawai tetap kekal.
Jangan jentera kerajaan ini hanya kerana seorang dua cuba untuk
membawa agenda politik BN ini akan menyebabkan tercalar imej KCS
keseluruhannya.

Saya harap Menteri Besar harus mengambil langkah-langkah segera
terhadap permasalahan ini kerana kadang-kadang yang menimbulkan agenda
politik ini cuba untuk menyebabkan kemarahan rakyat. Misalnya sekarang
cubaan mencetuskan kemarahan di kalangan peniaga-peniaga kecil. Jadi
kerajaan perlu powerfull ke atas PBT yang kadang-kadang bertindak
diluar daripada perkiaraan yang sepatutnya. Kenapa dulu mereka tidak
bertindak? Seolah-olah kerana dulunya kerana perkiraan politik kepentingan BN.
Saya juga boleh menyifatkan adanya agenda BN. Macam kes babi ini perlu
dipersoalkan kerana ia kegagalan Majlis Bandaraya, dulu Majlis
Perbandaran, kenaapa kes ini tidak dapat diselesaikan dulu? Kerana
Umno menjadi boneka kepada gerakan dan MCA, bila MCA dan Gerakan kata
jangan buat jadi mereka juga tidak buat kerana hendak jaga kepentingan
politik mereka. Saya setuju dengan penutupan tempat penyembelihan itu.
Tetapi saya tidak mahu penutupan itu ada agenda untuk mencetuskan
kemarahan memburukkan keadaan. Bila media bertanya kepada pihak Majlis
mereka mendakwa mereka hanya menerima arahan kerajaan negeri.

Harakah : Ada lagikah kes seumpama ini yang rasanya dilakukan hanya
untuk memburukkan imej kerajaan negeri?

Mahfuz : Saya juga sudah bawa kepada Menteri Besar supaya caj pasar
ramadhan nanti jangan dinaikkan. Sudah ada di mana caj borang itu
sebelum ini RM5 sekarang sudah RM30. saya kata kepada Menteri Besar
kalau tak boleh turun harga sekurang-kurangnya ‘maintain’ dengan yang
lama. Jadi seolah-olah ada pihak PBT itu untuk menimbulkan kemarahan
rakyat. Misalnya di Poko Sena sekaarang mereka buat ‘check’ lesen di
kedai-kedai runcit di kampung-kampung sedangkan mereka sudah berpuluh
tahun berniaga. Jadi kenapa (dibuat) sekarang ini? Hanya semata-mata
hendak mencetuskan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri. Jadi
kerajaan kena ambil serisu perkara ini bila mana ada pegawai yang cuba
mencetuskan kemarahan rakyat dari pelbagai segmen masyarakat.

Harakah : Kesimpulan Dato', apakah kerjasama kembali terjalin dengan
parti dalam pakatan?

Mahfuz : Ia sudah terjalin kembali bilamana DAP Pusat merayu kepada
DAP sini itu telah beri signal kepada DAP kedah untuk tarik balik.
Bagi saya sepatutnya tidak timbul merayu tarik balik bila mana DAP
Pusat yang punya kuasa powerfull nak membatalkan keputusan negeri tapi
mungkin DAP Pusat hendak menjaga hubungan dengan DAP negeri sebagai
mekanisma mereka. Jadi itu saya lihat sebagai penyelesaian.

No comments: