Wednesday, May 6, 2009

Nasrudin Tantawi patut semuka dengan saya - kata Husam

Dari Bernama

KOTA BAHARU, 6 Mei (Bernama) -- Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang jelas tidak senang hati dengan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Nasrudin Hassan mengenai dirinya berkata Nasrudin sewajarnya bersemuka dengan beliau daripada membuat kenyataan sinikal mengenai jawatan Presiden Pas.

Katanya Nasrudin tidak sepatutnya menggunakan blog untuk membuat kenyataan sehingga dipetik oleh media yang menggambarkan suasana tidak harmoni dalam Pas sudah berlaku.

Akhbar hari ini memetik saranan Nasrudin menerusi blognya www.episodeperjuangan.blogspot.com. supaya Husam bertanding bagi jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu di Shah Alam, Selangor, bulan depan bagi 'membetulkan' arah tuju parti itu yang dikatakan kabur dan pudar sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan anggota Pas.

Husam berkata beliau sedang menyiapkan sebuah buku bagi menjawab segala pertuduhan terhadapnya berhubung kemelut dalam Pas termasuk isu jawatan dalam parti itu."Kalau siap buku itu sebelum muktamar baguslah tetapi jika siap selepas muktamar pun tidak mengapa," katanya.

No comments: