Munajat Perdana di Perak 7 Mei
Muslimin dan muslimat ahli dan penyokong PAS seluruh Malaysia di jemput dengan segala hormatnya, meninggalkan sekejap keselesaan berada di atas tilam empuk dalam rumah masing-masing diwaktu dingin hujung malam, diketika manusia lain enak dibuai mimpi indah dan ngeri.
Kita sebagai pejuang Islam, pejuang kebenaran, pejuang keadilan, pejuang rakyat, pejuang kemanusiaan marilah bingkas bangun pada jam 4.00 pagi 7 Mei 2009 sama-sama menyucikan diri dengan siap berwudhuk, membawa mineral water sebagai persiapan kecemasan jika terbatal wudhuk, membawa sejadah atau tikar, berbaju hitam sepekat malam tanpa bintang, beristighfar memohon keampunan kepada yang Esa dengan penuh tawajuh dan seterusnya bersedia di lokasi menanti pimpinan memulakan acara Munajat Perdana yang akan berlangsung seperti maklumat di bawah:-
Tujuan Munajat: Memohon DUN Perak Dibubarkan dan Memberi Keamanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak.
Lokasi: Masjid Al-Ittihadiah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.
Tarikh: 7 Mei 2009/ 12 Jamadilawal 1430
Hari: Khamis
Masa: Jam 5.00 pagi
Pakaian: Menutup Aurat, berbaju hitam simbolik 'One Black Malaysia'
Perhatian: 1. Kalangan bukan Islam dari kaum Tionghua, India, Sikh, Siam, Iban dan sebagainya juga dijemput untuk sama-sama berkumpul ditempat khas yang disediakan di lokasi munajat.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment