Krisis Perak boleh dibincang, dua MB perlu mengadap Sultan
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar
melihat positif sebarang usaha untuk mempertemukan Barisan
Nasional dan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan konflik
demokrasi di Perak.
Bagi Mahfuz, perbincangan adalah jalan terbaik dan
perbincangan perlulah merujuk kepada perlembagaan.
Malah katanya BN juga sepatutnya memikirkan bahawa
perbincangan adalah jalan terbaik kepada mereka sebelum
bertindak merampas kerajaan PR di Perak Februari lalu/
Tetapi ujarnya paling baik akhirnya perbincangan itu akan
menjurus kepada dua Menteri Besar samada BN atau Pakatan
Rakyat mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan bagi
pembubaran Dun.
"Hanya pembubaran Dun sahaja yang boleh menyelesaikan
masalah di Perak, jika ada keputusan mahkamah sekalipun,
pelbagai interpretasi akan diterjemah hasil keputusan
mahkamah, keadaan ini akan berlarutan dan krisis akhirnya
tidak akan selesai," katanya.
Sebaliknya, dua MB ini (Dato' Seri Ir Mohammad Nizar
Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir) perlu diminta
mengadap bersekali bagi memohon pembubaran Dun, ujarnya.
Selepas pembubaran Dun berlaku, semasa ketiadaan kerajaan,
caretaker goverment (kerajaan sementara) perlulah diberi
kepada dua-dua pihak ini (BN dan PR), katanya.
"Ia perlu supaya tiada penyalahgunaan jentera kerajaan yang
akan berlaku ketika kempen pilihan raya," ujarnya.
Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan
kepada semua pihak agar berbincang dalam menyelesaikan
kemelut di Perak.
Kenyataan Kit Siang disambut oleh Presiden Umno, Dato' Seri
Najib Tun Razak yang juga melihat ia satu cadangan yang
positif.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment