Abang Mat ingatkan apa Utusan berbicara soal kepimpinan Ulama?
WAN NORDIN WAN YAACOB
(Analisa)
Apabila Utusan Malaysia bertarikh 4 Mei memuatkan laporan
muka hadapannya dengan isu pemilihan jawatan dalam PAS,
pastinya ada muslihat yang dijalankan akhbar milik Umno ini.
Berpuluh tahun lamanya akhbar ini meneruskan dakyahnya untuk
menjahanamkan PAS dan parti pembangkang lain dengan
laporan-laporannya berhubung PAS yang penuh curiga.
Beberapa kali juga kenyataan kepimpinan tertinggi dalam PAS
yang dipulas mengikut selera akhbar ini hanya untuk
membayangkan PAS itu negatif kepada masyarakat.
Beberapa kali juga akhbar ini disaman pemimpin PAS dan
pembangkang lain, dan antara yangt pernah menang dalam saman
mereka ke atas Utusan Malaysia ialah Ketua Penerangan PAS,
Dato' Mahfuz Omar dalam kes tahun 2001 yang telah diputuskan
pada awal tahun ini.
Berkali-kali juga PAS dan beberapa parti pembangkang lain
termasuk DAP dan KeADILan menjalankan kempen memboikot
Utusan Malaysia termasuk apabila gagasan Pakatan Rakyat
dibentuk.
Sebelum ini banyak laporan berunsur positif terhadap PAS
digelapkan media ini yang akhirnya menyebabkan ramai
pemimpin PAS marah dan masih tidak dilupai apabila Mursyidul
Am PAS sendiri pernah 'membakar' akhbar ini.
Kali ini Utusan menghangatkan lagi dengan isu proses
pemilihan dalam PAS hingga menyiarkan semuka penuh, dan muka
hadapan.
Telahan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu terhadap laporan
itu pasti ada kebenaran kerana bagi beliau, muslihat Utusan
selaku akhbar Umno pastinya perlu dipandang serius.
"Bila pula utusan bagi ruang kepada kita (PAS) untuk naikkan
imej kita, pastinya ada muslihat," Mohammad menambah
telahannya sambil menyatakan kekesalannya kepada beberapa
pimpinan yang terjerat dengan permainan laporan akhbar
tersebut.
Apa pun bagi Mohamad Sabu, persoalan pemilihan dalam parti
tidak kira apa posisinya, ianya perlu diserahkan kepada
perwakilan dan ahli yang memilih.
Seperti kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul
Rahman tidak adapun dalam Perlembagaan Pas yang menetapkan
jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu mesti
disandang oleh ulama.
Ustaz Ghani yang juga seoerang ulama berpendapat sesiapa
sahaja bebas membuat cadangan dan pandangan berhubung siapa
yang layak menduduki dua jawatan tertinggi parti itu.
Sementara kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Mohamed
Daud Iraqi yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan
Presiden Pas disandang oleh golongan ulama juga tidak
bertentangan dengan perlembagaan parti.
Ingatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Ahmad Yakob
mencadangkan supaya isu ulama dan profesional dibincangkan
secara terperinci dalam muktamar agung parti itu Jun ini ada
baiknya.
Sesungguhnya apa yang berlaku dalam parti hari ini
terutamanya berhubung isu pemilihan adalah satu perkembangan
yang sihat.
Semua pihak meraikan kegenerasian demokrasi yang memang
disuburkan dalam PAS tanpa ada 'gula-gula' seperti yang
teramal dalam Umno sejak sekian lama.
Sejarah telah menunjukkan, kepimpinan walau ulama atau
profesioanl akan tetap terus memegang Islam sebagai dasar,
dan prinsip ini tak pernah digadai bagi membuka sokongan
samada dari kalangan bukan Islam sekali pun.
PAS sudah diterima, wadah politik yang digagaskan dengan
dasar Islam dan sifat keadilan untuk semua sudah memadai
untuk PAS mencipta kejayaannya tersendiri.
Masakan hari ini wajah-wajah seperti Nga Kor Ming boleh
membaca ayat Al-Quran jika tidak 'duduk semeja' 'minum
secawan' dengan pemimpin-pemimpin PAS.
Apatah lagi dengan sikap terbuka yang mula ditunjukkan oleh
pemimpin bukan Islam terhadap PAS dan rasa hormatnya kepada
kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz serta Presiden, Tuan Guru
Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Wadah ini perlu dimantapkan agar ia menjadi 'pembungkam'
kepada durja dan noda yang dilakukan Umno/BN.
Ingatan Mohamad Sabu boleh diguna pakai dalam mendepani
'rencah' biasa dalam pemilihan PAS.
Telahannya mudah, agar pemimpin PAS hari ini tidak terus
terjerat lagi dengan permainan media arus perdana milik Umno
seperti Utusan yang hanya akan merugikan parti.
"Sejak dahulu lagi saya memang boikot utusan, baru-baru ini
ada wartawan akhbar itu datang ke rumah saya untuk
mewawancara saya, saya tegaskan untuk buat wawancara saya
tak mahu, kalau sekadar mahu sembang sambil minum kopi saya
tak kisah," ujarnya mengakhiri pertemuan pada 4 Mei di Jalan
Pahang.
Mungkin sikap yang diambil Mohamad Sabu ini akan dipandang
'negatif' oleh kalangan penggiat media, namun sikap seperti
ini juga penting dalam menjaga nama baik parti dari menjadi
'buah mulut' media yang sentiasa mencari laporan negatif
terhadap PAS.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment