Thursday, May 21, 2009

Apa agaknya alasan BN jika tidak mahu bertanding di Manik Urai

Teringat aku apabila seluruh kepimpinan Umno/BN menafikan bahawa mereka takut menyertai Pilihan Raya Kecil Dun Penanti.

Mereka kata mereka tak takut, tetapi tuidak mahu terjerat dengan taktik 'pembangkang' yang menggunakan pilihan raya kecil bagi menyelesaikan masalah dalaman.

Antara alasan lain Umno lagi termasuk Ketua Penerangan Umno yang baharu, Dato' Ahmad Maslan yang kata mereka (BN) dah ditipu oleh rakyat 2 kali, dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Selepas pilihan raya kecil Penanti, kita akan menghadapi pula pilihan raya kecil Manik Urai berikutan kematian penyandang, Adun Manik Urai Ustaz Ismail Yaakob yang meninggal pagi tadi.

Aku nak tanya kelompok BN ni, apa pula alasan mereka nanti jika mereka tak mahu bertanding di Manik Urai yang nyata kubu kuat PAS di Kuala Krai?.

Agak-agaknya mereka akan bagi alasan begini "kami tak mahu bertanding sebab PAS ni tak ada kerja lain asyik pilihan raya kecil sahaja kerana ada sahaja wakil rakyatnya yang meninggal dunia".

Sebelum ini mengikut rekod,wakil PAS di Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham Roslan Shaharum meninggal, dan kemudiannya ada pilihan raya kecil di Bukit Gantang.

(jangan ambil hati lawak jek)......Pastinya Umno akan masuk bertanding di Manik Urai sebab ini kawasan Melayu, kan Umno tu pejuang Melayu..(kononnya)....heheheheheh,l

No comments: