Tuesday, May 19, 2009

TP PAS, Azizan tarik diri, kini tinggal Ust Nasha, Husam dan M Sabu

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menarik diri daripada merebut jawatan timbalan presiden PAS pada muktamar agung parti itu bulan depan.

Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata keputusannya disebabkan beliau mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azizan berkata beliau akan bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat yang disandangnya sejak lebih 10 tahun.

"Saya telah lama dalam parti dan jika ada orang lain yang lebih layak dan lebih muda, berilah peluang kepada mereka untuk memimpin PAS di peringkat nasional", katanya.

Azizan adalah antara lima orang yang dicalonkan bertanding jawatan tersebut.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Turut dicalonkan ialah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lain naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.

No comments: