Friday, February 20, 2009

Ibrahim Ali perlu letak jawatan segera!!!!!

KOTA BHARU: Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, disarankan supaya melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen berikutan kenyataannya sebelum ini yang lantang serta tidak menampakkan beliau setia kawan dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS serta Pakatan.

Menurutnya, kenyataan dan tindakan Anggota Parlimen terbabit tidak menggambarkan beliau dipihak mana, sama ada Pakatan Rakyat, apa lagi PAS, walaupun beliau bertanding atas tiket PAS.

"Kenyataannya memperlihatkan seolah-olah beliau sahaja yang betul bahkan jelas menampakkan beliau benar-benar bebas tidak memihak pada mana-mana parti,"ujarnya.

Contohnya semalam, kata beliau lagi jelas memperlihatkan Ibrahim bertikam lidah serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat seperti anjing, bangsat dan beruk.

Menurutnya, sekiranya Anggota Parlimen itu bermaruah, seharusnya beliau melepaskan jawatannya.

Beliau juga turut menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu "tidak mengenang budi" dan menggesanya meletakkan jawatan.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," beliau dipetik berkata semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Takiyuddin, yang juga exco Kerajaan Tempatan, Pelancongandan Kebudayaan Kelantan, berkata ahli parlimen bebas itu meminta untuk bertanding pada pilihanraya umum Mac tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasannya pernah menolak cadangan itu.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya, seperti dilaporkan.

Mengenai kemungkinan Ibrahim menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata kemungkinan Penyelia Parlimen Kawasan berkenaan akan diwujudkan untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

Tegasnya, PAS negeri sering menerima aduan dari rakyat di kawasan itu berhubung masaalah mereka yang banyak tidak diselesaikan oleh wakil rakyat terbabit.

1 comment:

benn said...

wei, brahim ali..memg patot laaa karpal singh panggil mu nie katak pasir mas...mun nie memg x tau diri di untung tau dop..mung sedar dop tok guru buie mung bertanding ats tiket pas pun doh cukup molek..gapo agenda mu nak kato g2 ko anwar ibrahim, ..memg patot pas antar penyelia di pasir mas, sebab warga kelante supo mu memg x patot dok di kelate..so lagi, kalu doh raso diri tue anak yatim, xdop mok , x dop pok, dok diam2 wat perangai molek2 buke org jah hok suko tp malaikat dgn tuhan pn sye ko mung..mung nie mmg jahat la....