WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno/BN
yanhg sengaja mengheret Istana ke kancah politik hanya kepentingan politik
mereka.
"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun
Razak yang menggunakan Istana bagi merampas Perak,kemudiannnya Umno/BN
berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.
"Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan
kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN
terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac
ini, katanya.
Mahfuz turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri
Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak.
Malah kata Mahfuz, Abdullah semalam sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak
sebagai menghina Sultan dalam tindakan Speaker ke atas Dr Zamnbry Abdul Kadir dan
enam, Exco nya yang dilarang hadiri Sidang Dun.
"Apa yang dilakukan Speaker menurut apa yang telah digariskan dalam Peraturan
Mesyuarat yang telah digubal dan digunapakai sejak BN memerintah Perak, justeru
ia bukanlah peraturan yang digubal Pakatan Rakyat,
"Yang jelasnya, apabila kena kepada mereka (BN), mereka mula melenting dan
menyatakan kita menghina Sultan, sedangkan ia adalah peratruran," katanya.
Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak, A.Sivakumar adalah menurut
Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, katanya.
"Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang
menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut
peruntukan undang tubuh kerajaan negeri?
"Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat.Saya kesal dengan kenyataan PM yang
memnyatakan speaker menghina sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu
menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana
petrmainan dalaman Umno sendiri, katanya.
Mahfuz seterusnya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan
politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib.
"Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk
kepentingan politik.Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral'," sarannya.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment