WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 20 Feb : Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar mempersoalkan
sekali lagi mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil sebagai saksi untuk memberi
keterangan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Ini berikutan perbicaraan terkini mendapati adanya permohonan Peguambela, Kamarul
Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, dalam hujahnya, meminta
agar ketiga-tiga tertuduh asal kes itu termasuk penganalisis politik, Abdul Razak
Baginda yang dibebaskan tanpa diminta membela diri dibicarakan semula.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu
perbicaraan pembunuhan Altantuya.
Menurut Mahfuz, dalam hujah Kamarul Hisham menyebut kes itu patut dibicarakan
semula kerana saksi utama, DSP Musa Mohd Safri, yang merupakan pengiring Timbalan
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak dipanggil memberi keterangan
dalam perbicaraan tersebut.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kamarul Hisham turut berhujah
bahawa pelanggannya telah dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh orang
lain.
Menurutnya, pihak pendakwaraya gagal mengemukakan bukti lengkap mengenai
pembunuhan Altantuya tetapi hanya mahu orang mempercayai bahawa Sirul terbabit
dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan membuang semua bukti fizikal
kemudiannya.
Mahfuz mengungkit pengakuan yang dibuat Sirul siapa 'gembala kambing' yang
merancang atau mengarahkan pembunuhan kerana baginya, mustahil Sirul atau Musa
mempunyai kepentingan dalam merancang pembunuhan Altantuya.
Bagi Mahfuz timbul persoalan mengapa saksi penting seperti Musa Safri yang
disebut berulang kali dalam perbicaraan oleh peguambela sehingga kini tidak
dipanggil memberi keterangan.
Malah di awal perbicaraan kes ini tahun lalu, nama Najib sendiri disebut oleh
saksi, Namiraa Gerelma yang juga sepupu kepada Altantuya dalam keterangannya
berhubung gambar seorang pegawai tinggi Malaysia bernama Najib Razak bersama
Altantuya makan disebuh restoran di Perancis.
Walaupun perbicaraan kes ini melewati setahun, namun ia tidak memberikan sebarang
jawapan yang dikehendaki oleh keluarga mangsa atau pun pihak mahkamah dan
pemerhati yang ada, katanya.
Paling penting katanya, motif pembunuhan tidak jelas dan tidak logik seseorang
itu boleh membunuh tanpa motif atau sebab.
Malah pengakuan Sirul bahawa beliau adalah kambing hitam wajar diberi perhatian
yang serius. Sama ada ianya fiksyen atau tidak, pendakwaraya perlu menyiasatnya
bagi mengetahui sejauhmana kebenaran itu, kata beliau.
Sementara itu hal yang sama turut dibangkitkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri
Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 19 Februari lalu.
Anwar secara tegas menyatakan desakan supaya nama-nama seperti MUsa Safri dan
Najib disiasat kerana mereka ini disebut secara lansung dalam perbicaraan kes
Altantuya.
Beliau tidak mahu menuduh, tetapi satu siasatan perlu dilakukan kerana ia
menimbulkan keraguan dan persepsi kepada rakyat.
"Ini calon Perdana Menteri, jika namanya terpalit dengan persoalan moral, apakah
dia layak untuk mentadbir negara.Apatah lagi dengan tindakan beliau merampas
kerajaan Pakatan Rakyat di Perak secara haram dan rakus," katanya lagi.
Confidential Document
10 years ago
3 comments:
engkau ni banyak berkhayal...he3,jangan sampai jadi gila sudah.
walhalalku...walharam mu.
my2cents sapa yg khayal? tarak baca ka keterangan n perbicaraan kes mahkamah
aku tak suka betul kalau ade orang yang komen tapi tak ikut perbicaraan secara detail. lawak betul la gang2 UMNGOK ni. masih nak bela "GEMBALA KAMBING VVIP" yang zalim tu. dah terang2 ada orang yang suruh Cip Inspektor Azilah dengan Koperal Sirul ni bunuh Altantuya. Yang paling lawak dalam sejarah undang2 DUNIA (masuk paper Hong Kong, Mongolia, Indonesia, Perancis dan Kanada), hakim kata pembunuh bersalah, motif tak penting. Lawak betul la Mahkamah dunia buatan orang ni.
Post a Comment