Tuesday, March 3, 2009

Kisah 'unta bodoh' yang diperalat 'kaki todi' dan 'kaki penipu!

Abang Budin Somban duo

Ada satu kisah baharu sahaja berlaku.Di sebuah negeri yang rakyatnya bijak-bijak belaka, pemimpin tersohor lagi wibawa, tak pernah rasuah tak pernah derhaka, kepada raja disembah taat setia tak berbelah bagi.

Al kisah satu hari yang terang, gembala kaki todi lagi penipu mahu ketemu salah seorang pembesar yang baharu sahaja mewakili rakyat salah sebuah kawasan di negeri ini.

Alangkah 'exited' lagi kemaruknya pembesar itu untuk ketemu kepala penipu dan kaki judi, kalau boleh kononnya dakwah henfdak diberi.

Malang sekali bukan si kaki todi dan penipu yang berjaya didakwah, pembesar pula melestarikan diri,nak bincang kata nak tumpang sekaki,kalau boleh nak jadi pak menteri.

Al kisah, pembesar kini selalu ke tempat mesyuarat dilateri, sering bertemu kaki todi dan penipu lagi, bincang-bincang bila nak jadi menteri,hidup biasa pada mulanya kini mewah sekali, tahu-tahu sahaja rumah besar sudah dibeli,kereta mewah berderet macam orang banyak bini, pembesar berlagak kini bagai saudagar emas tuli, namun rakyat tak diperduli, akhirnya nanti pembesar mahu pergi, mencari lagi 'wang berguni'...

Tak sedar pembesar diri dibohongi, hanya untuk nafsu penipu dan kaki todi, pembesar gumbira rakyat mati,.....

No comments: