Tuesday, November 4, 2008

Panassssss ...Sidang Dewan Rakyat (Parlimen) ditangguhkan serta merta!

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 5 Nov - Sidang perbahasan Dewan Rakyat ditangguhkan serta merta pada kira-kira jam 12.15 tadi oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato; Dr wan Junaidi Tunku Jaffar.

Menurut Mohd Rashidi Hassan penangguhan itu dilaporkan berikutan protes ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung isu keluar dewan beramai-ramai semalam.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang juga ahli Parlimen Tumpat mengesahkan perkara itu dan kini Pakatan Rakyat sedang mengadakan sidang media di Lobi Parlimen.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang dikepalai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana tindakan Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak yang enggan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat berbahas.

Namun hingga pengumuman pengguhan itu tadi, Wan Junaidi tidak mengumumkan bila sidang dewan akan dimulakan semula./wann

No comments: