Wan Nordin Wan Yaacob
Pemilihan Presiden Amerika Syarikat semalam (Selasa 4 November) menyaksikan calon kulit hitam, Barrack Obama berjaya menduduki kerusi paling tinggi di negara kuasa dunia itu.
Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.
Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.
Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.
Obama, 47, akan memegang jawatan presiden Amerika ke-44 pada pada 20 Januari depan, dan bakal berdepan dengan krisis kewangan yang terburuk sejak 1930-an, perang di Afghanistan dan Iraq serta pertelingkahan dengan Iran mengenai senjata nukleara.
Rangkaian stesen television meramalkan kemenangan Obama selepas beliau memperkukuhkan sokongannya di kubu kuat Demokrat serta berjaya menarik sokongan di kubu republik.
Pada jam 12.20 tengahari waktu tempatan, McCain mengaku kalah dan mengucap tahniah kepada presiden baru Amerika itu.
Obama sebelum ini dilaporkan menerima sokongan penuh kalangan pembesar Yahudi yang sebenarnya mempengaruhi perkembangan sokongan terhadap beliau di kalangan rakyat Amerika.
Anak campuran Amerika-Afrika ini menjadi Presiden Amerika pertama di kalangan kulit hitam, dan beliau sendiri lahir bukan di dalam tanah besar Amerika tetapi di Honululu, Hawaii.
Masyarakat dunia sebelum ini seakan menaruh kepercayaan kepada Obama dalam menjernihkan hubungan dan pandangan pentadbiran rumah putih itu terhadap Islam.
Dalam isu-isu seperti serangan dan pendudukan Israel ke atas Palestin, Amerika adalah negara yang paling kuat mempertahankan tindakan Yahudi ke atas negara umat Islam itu.
Malah dengan bantuan Amerika lah, Israel terus bermaharajalela di bumi Al-Quds yang menyaksikan terlalu banyak darah umat Islam tumpah ke bumi.
Ledakan senjata Yahudi ke atas khemah pelarian Palestin, kubu Hamas dan orang awam tidak pernah diendahkan Amerika, sebaliknya jika seorang sahaja warga Yahudi mati, Amerika akan menekan Palestin dengan dasar yang berubah-ubah.
Seperti yang ditegaskan Pengerusi Centre For Internationals Muslim Minority Affairs (CIMMA), Mohd Azmi Abdul Hamid bahawa siapa pun bakal Presiden Amerika, dasar negara itu tetap tidak akan berubah.
Namun, sedikit harapan perlu diberikan kepada Obama setelah kerusi Presiden Amerika tatkala beliau terus dibayangi puak Yahudi.
Mungkin cadangan Mohd Azmi dengan menghantar surat terbuka berhubung harapan umat Islam kepada Obama kelak perlu disokong dan dipastikan berjaya supaya negara kuasa dunia itu mula positif terhadap Islam.
Pada 10 Februari 2007, Senator Illinois itu yang tidak begitu dikenali, berdiri di hadapan sebuah bangunan kerajaan dalam cuaca sejuk, sambil menggesa ribuan penyokongnya menyertai 'pertarungannya' untuk ke White House.
"Sekiranya anda menyertai saya dalam pertarungan ini, sekiranya anda merasai takdir dan nampak apa yang saya lihat, masa depan yang tidak ada penghujungnya ... jika anda merasai apa yang saya rasa, masa kini menyedarkan kita dari tidur kita dan membaluti perasaan takut kita ...maka saya bersedia untuk bersaing," kata Obama.
Kini, segala yang dijadikan bahan dalam kempen Obama menjadi kenyataan dan beliau berjaya menduduki kerusi paling panas yang menyaksikan Presiden-presdien terdahulu tidak bertahan lama.
Empat tahun lalu, apabila George W. Bush dan John Kerry bersaing untuk menerajui White House, Obama hanya seorang ahli politik kerdil yang berucap pada Konvensyen Demokrat pada 2004.
Beliau bagaimanapun seperti merasai kekecewaan banyak pihak mengenai tokoh politik terdiri daripada banyak muka lama, selain kebimbangan mereka mengenai krisis ekonomi dan juga peperangan di Iraq.
Berani menentang arus, senator berbangsa Afrika-Amerika berusia 47 tahun ini, bertarung bagi merebut tempat ke White House dengan menggunakan Internet sebagai alat utama untuk mengumpul dana.
Kini Omaba ke persada rumah putih, segala perancangan mengenai masa depan Amerika tatkala krisis ekonomi meruncing pastinya menggamit segala idea yang bakal diketengahkan.
Namun, apa yang tidak boleh lepas dari Obama ialah setiap kali Presiden Amerika berganti, pastinya masyarakat dunia membawa harapan agar adanya perubahan dasar yang bakal dilakukan.
Paling berat dalam keputusan yang bakal dibuat Ombama ialah dasar pro-Yahudi yang sekian lama menjadi 'bayangan' kepada negara itu.
Israel seperti yang dimaklum, adalah negara sekutu paling rapat dengan Amerika, dan pastinya dasar membela Israel tidak akan dipinggirkan.
Dasar inilah yang selama ini dilihat banyak penganalisis dunia sebagai satu dasar yang tidak akan menyebelahi kalangan Islam tatkala negara Islam sendiri ada yang mahu menjalin hubungan rapat dengan negara sekutu Yahudi itu.
Hakikat ini pernah diakui oleh bekas Presiden, George W.Bush yang mana beliau menyatakan kehairanannya apabila negara Islam yang mengecam kuat Amerika tetapi apabila bertemu dengan beliau, pastinya menyatakan bahu menjalin hubungan baik dengan pentadbiran 'White House'.
Kini dalam dampak pra pentadbiran Obama, pastinya persoalan jika Obama berdegil untuk mengikis dasar itu dari pentadbirannya, mungkin hayat politik Obama akan lebih singkat berbanding Bill Clinton yang dibayangi skandal seks.
Apapun seperti kata Mohd Azmi, masyarakat Islam di dunia perlu menghantar mesej jelas kepada pentadbiran Obama agar mengubah dan mengendurkan dasar tersebut.
Semuanya akan terjawab selepas Obama yang dijangka akan mengangkat sumpah Januari 2009 ini memulakan pentadbirannya.
No comments:
Post a Comment