Wednesday, October 22, 2008

'Tok Guru' susah, tetapi rakyat Kelantan kaya - AMIN ISKANDAR (Black)


Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR : Penganalisis Politik dan Pilihan Raya, Amin Iskandar menyatakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pemimpi9n contoh yang hidupnya susah tetapi rakyatnya kaya.

"Pada saya, Tok Guru adalah contoh pemimpin yang menolak kehidupan mewah dan kekayaan untuk dirinya tetapi mementingkan kemewahan rakyatnya," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan sempena genap 18 tahun PAS yang diterajui Tuan Guru Nik Aziz memerintah Kelantan pada 21 Oktober lalu.

Ujarnya lagi, walaupun Kelantan dilihat miskin kerana disabotaj oleh kerajaan BN pusat, namun rakyatnya lebih kaya berbanding rakyat Terengganu yang kononny sebuah negeri yang kaya.

Baginya, sikap yang ditunjukkan Tok Guru dalam memerintah Kelantan itu sebagai bukti bahawa pemimpin yang tidak korup akan memberikan kesejahteraan kepada rakyatnya untuk hidup.

1 comment:

Ummie said...

Nabi Muhammad s.a.w. hanya meninggalkan AlQuran dan sunnah. Tetapi itulah yang menjadi pegangan umat Islam selepas lebih 1500 tahun.