Wednesday, October 22, 2008

Adun Teja kagum dengan wibawa Tok Guru perintah Kelantan

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang melahirkan rasa kagumnya terhadap kewibawaan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mentadbir Kelantan.

Adun Teja yang pernah menjadi aktivis mahasiswa seterusnya masyarakat melihat Tok Guru adalah seorang pemimpin yang adil, telus dan tidak pernah terbabit dengan rasuah.

Walaupun berlainan agama, namun beliau melihat Tok Guru sebagai seorang Menteri Besar yang perlu dicontohi oleh banyak pihak.

"Pentadbiran Tok Guru selama ini tidak pernah dikaitkan dengan skandal rasuah mahupun penyelewengan, justeru saya harap negeri Pakatan Rakyat dapat menjadikan beliau sebagai contoh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ulasan kepada Harakah sempena genap 18 tahun pemerintahan PAS yang dikepalai Tok Guru di Kelantan yang jatuh pada 21 Oktober.

Beliau juga mahu kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengambil contoh daripada pentadbiran telus dan adil yang dibawa Tok Guru di Kelantan.

No comments: