Sunday, October 19, 2008

Pencalonan Ketua Pemuda Umno, Mukriz jauh tinggalkan 'menantu Pak Lah'

Wan Nordin Wan Yaacob

Setakat jam 5.10 petang tadi, anak mantan Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-60 daripada bahagian Jasin Melaka bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

Beliau meninggalkan pencabat terdekat, Khairy Jamaluddin yang juga menantu Pak Lah jauh di belakang walaupun populariti Khairy kononnya jauh lebih tinggi berbanding MUkriz.

Laman sesawang politiksukusakat dikhabarkan bahawa bahagian-bahagian Pemuda Umno sudah muak dengan politik ego Khairy yang terjelma dan membawa padah kepada Umno semasa pilihan raya umum yang lalu.

4.35 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-59 daripada bahagian Indera Mahkota, Pahang, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

Khairy mendapat pencalonan ke-33 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Jerantut, Pahang. Manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

3.50 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-32 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Pensiangan, Sabah yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

3.15 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-31 dari bahagian Tanjong, Pulau Pinang, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib.

3.13 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan ke-26 dari bahagian Serdang, Selangor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

2.45 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan ke-25 dari bahagian Batu di Wilayah Persekutuan yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

2.40 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-58 dari bahagian Muar untuk jawatan ketua Pemuda. Bahagian itu juga turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib. Razali kini mendapat 57 pencalonan.

2.30 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan yang ke-57 dari bahagian Pulai, Johor yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

1.30 pm Pencalonan bagi jawatan utama pergerakan Pemuda Umno berterusan hari ini apabila Pemuda Libaran, Sandakan yang bermesyuarat hari ini, mencalonkan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda dan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

Berikutan itu, Khairy kini mendapat 30 pencalonan manakala Reezal memperolehi 44 pencalonan.

Seorang lagi calon Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir mengumpulkan 56 pencalonan sehingga semalam, manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mengumpulkan 55 pencalonan.

Seorang lagi calon ketua Pemuda, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sehingga ini mengumpulkan 24 pencalonan.

No comments: