Sunday, October 19, 2008

Mampukah Tee Keat bawa perubahan dalam MCA?

Wan Nordin Wan Yaacob

Seperti yang disangkakan, semalam bekas Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat telah dipilih sebagai Presiden MCA yang baru dengan menewaskan seorang lagi calon veteran, Dato' Chua Jui Meng.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Tee Keat mendapat 1,429 undi manakala Chua mendapat 917 undi.

Sementara Dato' Chua Soi Lek bekas menteri kesihatan yang meletak meletakkan jawatan menteri dan jawatan naib presiden MCA ekoran tersibarnya video seks yang membabitkan beliau Januari lalu pula dipilih sebagai Timbalan dengan mendapat 1,115 undi untuk muncul sebagai pemenang.

Soi Lek menewaskan tiga lagi calon yang bertanding jawatan tersebut - Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Donald lim dan timbapan pengerusi MCA Tanjung, Lee Hack Teik.

Dalam pengundian yang dijalankan sehingga malam ini, Ka Chuan memperolehi 1,001 undi, Donald mendapat 209 undi manakala Lee hanya memperolehi 10 undi.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang terpilih ialah Datuk Kong Cho Ha, Datuk Liow Tiong Lai, Datuk Ng Yen Yen dan Tan Kok Hong.

Liow mendapat 1,725 undi, Cho Ha (1,798), Ng (1,659) dan Tan (1,329 undi).

Namun, berikutan kemenangan Tee Keat yang dikatakan antara pemimpin yang cukup lantang sebelum ini tetap dibayangi dengan pelbagai kontroversi berikutan ada dakwaan-dakwaan yang cuba menjatuhkan beliau.

Ada segelintir ahli MCA membayangkan kebimbangan jika Tee Keat bakal tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin bahawannya, namun segalanya mungkin akan berubah selepas pasangan adik beradik (Ong Ka Chuan dan Ong Ka Ting) tidak lagi menjawat jawatan utama parti dalam pemilihan kali ini.

Pelbagai watak menganggotai jawatankuasa tertinggi MCA, malah di peringkat sayap parti juga dilihat dibarisi kumpulan-kumpulan tertentu dalam MCA.

Begitupun, ahli MCA pastinya menagih perubahan yang bakal dilakukan oleh Tee Keat yang dibayangi timbalan (Soi Lek) yang penuh kontroversi berikutan dakwaan terbabit dengan skandal seks.

Tee Keat bagaimanapun antara pemimpin yang sangat dikenali cukup kuat mengkritik atau sering bertentangan dengan pemimpin atasan terdahulu.

Dr Ng, yang juga menteri pembangunan wanita dan masyarakat, merupakan pemimpin wanita MCA pertama yang terpilih sebagai naib presiden.

Senarai jawatankuasa tertinggi MCA kebangsaan:

Presiden:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Presiden:
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Naib Presiden (4 orang):
1. Datuk Kong Cho Ha
2. Datuk Liow Tiong Lai
3. Datuk Dr Ng Yen Yen
4. Tan Kok Hong

Jawatankuasa Kerja Pusat MCA (25 orang):
1. Lee Wei Kiat
2. Wong Foon Heng
3. Tan Chai Ho
4. Tan Cheng Liang
5. Dr Hou Kok Chung
6. Lee Chee Leong
7. Gan Ping Shou
8. Yu Chok Tow
9. Wong Nai Chee
10. Lee Sing Chooi
11. Wee Jeck Seng
12. Gan Tian Loo
13. Dr Yeow Chai Thiam
14. Chong Itt Chew
15. Hoh Khai Mun
16. Ti Lian Ker
17. Liew Yuen Keong
18. Wong Mook Leong
19. Paul Kong Sing Chu
20. Edward Khoo Keok Hai
21. Tee Siew Kiong
22. Loh Seng Kok
23. Wong Siong Hwee
24. Dr Por Choo Chor
25. Loke Yuen Yow

No comments: