Tuesday, October 14, 2008

Nik Aziz, tokoh paling popular dalam poll 'iluvislam.com


Pagi ini aku sempat membelek laman web iluvislam.com.Sebelum ini aku sering membelek laman web ini untuk mendapatkan lagu-lagu nasyid kegemaran aku.

Namun, pagi ini aku terkejut dengan satu 'poll' yang dibuat laman web ini mengenai siapa tokoh paling direspek.

Antara tokoh yang disenaraikan untuk undian ialah, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi; Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Berikut adalah keputusan penuh poll tersebut setakat 12 Oktober 2008.

Siapa Yang Paling Anda Respek?


TG Nik Aziz - 80% [482 Undian]

Pak Lah - 11% [68 Undian]

Anwar Ibrahim - 9% [52 Undian]

Lim Kit Siang - 0% [2 Undian]


Jumlah Undi: 604

2 comments:

caliphkaai said...

wo

mantap2
sedangkan DSAI pn bawah Abdullah Ahmad Badawi...

Politiksukusakat said...

Tq kerana memberi respon, erm memang ramai yang respect kat Nik Aziz,