Thursday, October 16, 2008

Prinsip perjuangan saya hanya kepada Islam - Zulkifli Noordin


Peguam Terkemuka, Zulkifli Noordin kini menjadi tumpuan media tatkala petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kulim Bandar Baharu yang dibuat oleh calon BN, Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir ditarik balik oleh BN sendiri kononnya atas dasar 'kepentingan rakyat'.Berikutan itu Zulkifli yang menang pada pilihan raya umum ke-12 di Parlimen itu kekal sebagai ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, namun ia tetap mencetus kontroversi.Menjengah persoalan kontroversi itu, Wan Nordin Wan Yaacob menemui Zulkifli di Parlimen hari ini. (16 Okt 2008).


Soalan 1: Tahniah atas kejayaan mengekalkan Parlimen Kulim Bandar Baharu, namun ada yang kata benarkan berlakunya 'perundingan' hingga BN menarik kembali petisyen mereka?
Zulkifli : Pempetisyen, Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir menyatakan beliau tarik balik kerana kepentingan negara dan mengambilkira kebajikan rakyat, dan setelah bincang dengan pimpinan tinggi BN, dan di pihak kita, kita telah bersedia dengan peguam dan saksi untuk menjawab petisyen tersebut, jadi saya tak nampak di mana ada 'negosiasi' atau perundingan, tak ada... dakwaan ini tak benar.Jawapan yang diberi oleh Aziz pun tidak menyatakan adanya rundingan dengan kami, apa kepentingan negara yang dimaksudkan pun kami tidak tahu.

Soalan 2 : Dalam isu ini juga timbul persoalan, yang YB nak masuk Umno itu sebab petisyen ditarik balik, sejauh mana kebenaran dakwaan ini?
Zulkifli : Saya dah beri jawapan bahawa Dato Aziz menarik kembali petisyen kerana kepentingan negara, dan kebajikan rakyat diutamakan dan setelah bincang dengan pimpinan BN, dia langsung tidak sebut pun nama saya, jadi saya rasa ini rumus,
ini rumus yang tidak perlu dilayan.Cukup setakat ini.

Soalan 3 : Sebelum ini juga ada kontroversi yang berlaku terhadapa YB dalam KeADILan berhubung isu menentang forum anjuran Majlis Peguam, ada dakwaan YB diberi amaran pihak atasan parti, benarkah?
Zulkifli : Kepada parti saya telah nyatakan secara terbuka, dan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim saya telah nyatakan secara terbuka bahawa satu penjelasan diberikan oleh saya kepada pimpinan dan satu jawatankuasa disiplin ditubuhkan diketuai oleh Dr Syed Husin Ali.Mereka telah memanggil saya untuk meminta penjelasan tentang tindakan saya itu dan siasatan tersebut telah dibuat pada 16 September lepas.Saya telah beri penjelasan kepada mereka pertama saya nyatakan pendirian saya bahawa kehadiran program tersebut adalah mewakili sebuah NGO di mana syaa salah seorang exconya, iaiatu Peguam Pembela Islam.Kedua saya nyatakan jelas bahawa prinsip perjuangan saya kepada Islam, apa juga perkara yang menjejaskan Islam atau cabar Islam saya akan tentang berdasarkan kepada kedudukan saya sebagi Exco PPI.

Soalan 4 : Dalam KeADIlan ada dakwaan menyatakan bahawa kelompok agama ini kurang penting atau di sisihkan?

Zulkifli : KeADILan ini tediri daripada pelabagai latar belakang NGO dan lain-lain yang masing-masing ada suara dalam KeADILan.Jadi setakat ini suara yang kita bawa berkaitan Islam belum lagi dihalang.Saya belum lagi dihalang untuk buat pendirian berhubung Islam, selagi perkara itu dibenarkan saya tak nampak masalah dengan KeADILan

Soalan 5 : Dulu ada makjlumat menyatakan YB menyertai PAS dan memegang jawatan sebagai YDP, tetapi kini menyertai KeADILan pula apa sebenarnya yang berlaku?

Zulkifli : Saya menjadi ahli PAS dan pernah pegang jawatan YDP Bandar Tun Razak.Pada tahun 2008 ini KeADILan minta supaya saya dibenarkan bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu, dan perbincangan telah dibuat dan saya dibenarkan bertanding. Kerana saya bertanding di atas tiket KeADILan dan menjadi ahli Parlimen KeADILan, tidak wajar bagi saya untuk duduk dalam parti lain dan wakili parti lain, sekarang memang
saya dengan KeADILan.

No comments: