Monday, September 8, 2008

Anwar dan 16 September, PAS dan Muzakarah?

Menjengah perkembangan terkini berhubung pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat yang mungkin akan berlaku pada 16 September ini, ramai yang masih berteka-teki, dan tidak kurang yang menolak perkembangan ini.

Tentulah orang pertama yang menolak tarikh ini ialah Pak Lah yang memang bimbang dan tertekan jika Anwar Ibrahim mampu melakukannya dengan mudah dan bergelar Perdana Menteri keenam.

Seterusnya tentulah ia ditakuti oleh Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin kerana sudah tentu jika bukan kerajaan Islam Hadhadri yang memerintah, saku wang negara sudah tidak dapat dilondehkan lagi oleh beliau dan rakan-rakannya termasuk Patrick Badawi.

Seterusnya orang yang bimbang dengan tarikh ini tentulah ahli Parlimen BN yang berhasrat mahu melompat kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuk diugut, diperlakukan, disekat atau mudharat kerana ianya sudah pasti mengundang risiko.

Namun ada yang berasa pelik sekali apabila ada juga ahli-ahli pimpinan Pakatan Rakyat yang melahirkan rasa tidak yakin mereka terhadap perkembangan ini dengan nada yang begitu yakin sekali.

Seorang pemimpin PAS juga dikatakan sedemikian, walaupun penulis tidak mahu menyebut namanya di sini, namun ramai yang tahu bahawa beliau optimis bahawa usaha Anwar ini tidak akan kesampaian.

Beliau juga difahamkan tidak mahu bersama-sama dalam menyertai Anwar yang dikatakan bersama beberapa pimpinan PAS lain termasuk Husam Musa dan Kamarudin Jaffar untuk meneruskan usaha menubuhkan kerajaan baru.

Amat pelik bagi penulis, ketika kempen pilihan raya umum ke-18, pemimpin-pemimpin ini menyokong Anwar malah pada tahun 1998, nama Anwar dibibir mereka hingga tak lekang dibuatnya.

Kini mereka mula menyintai orang lain yang lebih kaya, lebih berkuasa dan lebih nampak 'Melayu' kononnya daripada Anwar tanpa mereka sedari pemimpin yang kononnya mendaulatkan Melayu ini sebenarnya meranapkan hak Melayu.

ENTAHLAH APA YANG DIFIKIRKAN PEMIMPIN SEPERTI INI, UNDI RAKYAT DIKEHENDAKI NAMUN SELEPAS MENDAPAT UNDI RAKYAT ITU, MEREKA MULA BERALIH ARAH.

Satu sahaja pesan penulis, ingatlah bahawa PAS terbina dan bertahan sekian lama disebabkan oleh sokongan ahli yangs anggup berjuang hidup mati bersama PAS termasuk bapa penulis, Wan Yaacob Wan Setapa yang cukup setia dengan PAS.

Ada yang mati di tangan ISA, Memali dan pelbagai kaedah lain angkara kezaliman kerajaan, namun semuanya ditelan sebagai pengorbanan.Justeru janganlah pengorbanan itu dibayar dengan 'muzakarah' yang masih dicitakan...

No comments: