Monday, August 18, 2008

Perihal sumpah laknat Saiful Bukhari

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR : Masyarakat umum pastinya kini mula terpengaruh dengan
tindakan Saiful Bukhari Azlan bersumpah cara Islam berhubung dakwaan
diliwat oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Namun, satu perkara yang mungkin tidak terlihat kalangan rakyat umum
bahawa sebenarnya bersumpah dengan menggunakan al-Quran di kalangan
rakyat hari ini tidak pelik.

Lebih pelik lagi, Saiful yang bersumpah dengan sumpah laknat pernah
menyatakan bahawa beliau bersumpah tanpa ada kepentingan atau berniat
politik.

Namun satu maklumat yang tidak boleh dirahsiakan Saiful bahawa Saiful
turut hadir dalam Majlis Pengumumam Calon BN bagi Parlimen Permatang
Pauh yang turut dihadiri Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun
Razak.

"Bukan sekali Umno beraksi memperalatkan sentimen Melayu menggunakan al
Quran... Ingat tak Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz sendiri
pernah menangis guna kitab suci tersebut untuk tunjuk dia bersih dalam satu
sidang media beberapa tahun lalu," kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan,
Badrul Hisham Shaharin.

"Cuba tanya Abang Ezam (Ezam Mohd Noor) adakah Rafidah ini bersih ?
Malah tiap kali mesyuarat Rafidah akan letak Quran di depan tak takut
langsung bagi-bagi harta rakyat depan Quran," katanya sinis.


Seorang peguam syarie, Musa Awang mendakwa tindakan Mohd Saiful
Bukhari Azlan bersumpah laknah seolah-olah mencabar kewibawaan
mahkamah selepas kes itu di bawa ke mahkamah baru-baru ini.

Dalam satu laporan, Musa yang juga Setiausaha Agung Perstuan Peguam
Syarie berkata, Saiful sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau
keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media.

Beliau berpendapat tindakan bersumpah laknat itu seolah-olah tidak
menghormati dan mencabar kewibawaan institusi mahkamah.

Saiful bersumpah atas dakwaan diliwat Anwar di Masjid Wilayah
Persekutuan 15 Ogos lalu.

Majlis angkat sumpah itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan
ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi).

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur
selepas mengangkat sumpah laknat untuk membuktikan kebenaran dakwaan
dirinya diliwat.

No comments: