Monday, August 18, 2008

BN guna artis, fitnah Anwar anjur Forum Terbuka

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR : Kempen jentera BN di Permatang Pauh didakwa
menggunakan artis bagi menarik kelompok muda terutamanya Mat Rempit bagi
memancing undi.

Malah jentera BN turut mengedar risalah memburuk-burukkan calon Parti
Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan fitnah
menyatakan Anwar menaja forum terbuka Majlis Peguam Malaysia, kata Ahli
Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.


"BN seperti biasa menggunakan khidmat pemuda bermotorsikal dengan upah
harian.Bukan setakat upah harian, makanan percuma malah artis juga dibayar
untuk membuat persembahan bagi menarik budak-budak motor," katanya.

"Malam sebelum penamaan calon, penyanyi popular, M.Nasir telah membuat
persembahan. Mereka ada wang yang banyak dan mereka yang bayar budak
Melayu untuk mengganas, maka jika ada kes ganas sapa yer yang lakukan?,"
soal Badrul Hisham.


Ujar Badrul Hisham lagi, Anwar difitnah menjadi penaung kepada forum
terbuka, tetapi umum tidak boleh ditipu dengan hakikat bahawa isteri kepada
Naib Ketua Pemuda Umno, Kairy Jamaluddin, Nouri Abdullah ada peranan
dalam sebuah pertubuhan yang menyokong murtad.

"Fakta yang pernah saya cabar Khairy berdebat tetapi dia ketakutan
menjawab, dan jangan lupa isteri Khairy ialah anak Perdana Menteri,"
ujarnya.

No comments: