Sunday, August 17, 2008

Peguam Syarie dakwa sumpah Saiful cabar kewibawaan mahkamah?

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR : Masyarakat kebanyakan pastinya merasakan bahawa
sumpah yang dibuat Saiful Azlan Bukhari adalah perkara yang paling penting
dalam membenarkan dakwaannya terhadap Ketua Umum KeADILan, Dato'
Seri Anwar Ibrahim.

Malah umum mungkin mula mempercayai sumpah yang dibuat Saiful itu
dengan media arus perdana hari ini mula mendoktrinkan rakyat betapa
benarnya sumpahan yang dibuat itu walaupun kes itu telahpun dibawa ke
mahkamah.

Seorang peguam syarie, Musa Awang mendakwa tindakan Mohd Saiful
Bukhari Azlan bersumpah laknah seolah-olah mencabar kewibawaan
mahkamah selepas kes itu di bawa ke mahkamah baru-baru ini.

Dalam satu laporan, Musa yang juga Setiausaha Agung Perstuan Peguam
Syarie berkata, Saiful sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau
keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media.

Beliau berpendapat tindakan bersumpah laknat itu seolah-olah tidak
menghormati dan mencabar kewibawaan institusi mahkamah.

Saiful bersumpah atas dakwaan diliwat Anwar di Masjid Wilayah
Persekutuan 15 Ogos lalu.

Majlis angkat sumpah itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan
ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi).

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur
selepas mengangkat sumpah laknat untuk membuktikan kebenaran dakwaan
dirinya diliwat.

No comments: