Friday, August 15, 2008

PAS dakwa sumpah Mohd. Saiful tidak ikut Islam

IPOH 16 Ogos - PAS mendakwa sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak mematuhi hukum Islam sebenar dan merupakan satu kebodohan.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, lafaz sumpah itu dengan memegang al- Quran adalah sama macam orang Kristian yang memegang bible. Oleh itu katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyahut cabaran untuk bersumpah.

``Dia (Mohd. Saiful) patut di bawa ke Mahkamah Syariah dan kembali kepada Perkara 121 (1)(A) kerana perkara yang berkait dengan orang Islam wajib di bawah ke Mahkamah Syariah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

No comments: