Monday, August 25, 2008

Kengres DAP, mula fahami kepentingan Melayu harap sedar keadilan Islam

Wan Nordin Wan Yaacob

Walaupun DAP kini dikaitkan dengan isu pertentangan idea dan dasar dengan
PAS, namun kongres parti tersebut masih menjemput Naib Presiden PAS,
Mohamad Sabu sebagai tetamu kehormat.

Adegan berpelukan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan
Mohamad Sabu semasa kongres seolah-olah meleraikan pertikaman lidah yang
berlaku selama ini walaupun media arus perdana terus membawa isu
pertentangan Negara Islam.
Walaupun dalam perbahasan kongres perwakilan DAP tidak setuju dengan
muzakarah Umno-PAS, namun pastinya umum melihat DAP berhak menegur
dan PAS ada pendiriannya sperti yang pernah ditegaskan Presiden PAS
sendiri.

PAS pernah menegaskan hak parti itu untuk berdakwah dan meneruskan
mesej dakwah, dan terbukti walaupun difitnah mahu bergabung dengan
Umno, ahkirnya PAS masih tetapi setia dengan Pakatan Rakyat.

PAS seperti biasa mempertahankan idea Negara Islam sementara DAP pula
menentang dasar itu, walaupun begitu pemimpin kedua0dua parti tetap
meneruskan kerjasama yang baik tatkala menjelang pilihan raya mahupun
selepas pilihan raya.

Setiausaha Agung DAP sendiri mengakui keperluan parti itu mendapat ahli
Melayu dan menegaskan dalam kenyataannya bahawa partinya sedang mengatur strategi mendapatkan kepercayaan Melayu.

Mengintai perjalanan kongres DAP yang berlangsung pada Sabtu, 23 Ogos
lalu walaupun menampilkan beberapa hujah panas, namun ia menjadi lebih
panas apabila media arus perdana yang menjadi talibarut BN meramas isu itu
mengikut selera perkauman.

Hakikatnya, DAP sendiri sebenarnya tidak mampu berbuat apa kerana
mereka bukanlah penentu kepada dasar PAS itu sendiri, lebih-lebih kagi DAP
sendiri melihat bahawa bukan Islam sendiri mula mempercayai PAS sebagai
parti yang boleh memerintah.

Jika Kelab Penyokong PAS yang mempunyai ahli lebih 15,000 orang boleh
memberi sokongan kepada dasar keadilan Islam PAS, hal ini tidak perlu
dibimbangi DAP sebagao batu penghalang kepada kerjasama dua parti.

Walaupun Setiausaha Agung DAP bertegas dengan prinsip DAP tidak terima
negara Islam, namun beliau sendiri pernah menyebut nama seorang tokoh
Islam, Umar Abdul Aziz sebagai contoh kepada corak pentadbiran yang
dimahukan di Pulau Pinang.

Kerenggangan dua parti berbeza idealogi ini tidak boleh disatukan atas soal
dasar, sebaliknya ianya boleh berlaku atas prinsip keadilan, dan Islam
sesungguhnya mengutamakan keadilan itu.

Jika DAP mengakui perlu mendapatkan undi Melayu, justeru parti itu perlu
memikirkan bahawa orang melayu di negara ini rata-ratanya bergama Islam
dan Islam menjadi hal sensitif kepada bangsa tersebut.

Sementara melihat kepada pemilihan yang berlaku kongres DAP 23 Ogos lalu,
paling menarik dilihat apabila pasangan anak-beranak, Lim Kit Siang dan
Guan Eng terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) DAP
dengan didahului penasihat parti, Lim Kit Siang, diikuti oleh anak lelakinya
Guan Eng.

Sebuah lagi "pasukan" yang berjaya ialah Pengerusi DAP Karpal Singh dan
anak lelakinya Gobind Singh Deo, yang juga ahli Parlimen Puchong.

Kit Siang memperoleh jumlah undi tertinggi dalam pemilihan untuk 20 jawatan
CEC dalam kongres kebangsaan ke-15 DAP.

Beliau meraih 624 undi berbanding Guan Eng yang mendapat empat undi
kurang.

Sejumlah 58 calon bertanding dalam pemilihan itu untuk memilih 20 ahli CEC.
Karpal, berada di tempat kesembilan, setelah menerima 471 undi sementara
Gobind pula meraih 305 undi bagi menduduki tempat terakhir dalam senarai
CEC.

Setiausaha pengelola DAP kebangsaan Tan Kok Wai mendapat 571 undi
diikuti oleh bendahari parti Fong Kui Lun, dengan 504 undi.
Yang lainnya ialah Naib Pengerusi DAP kebangsaan M Kulasegaran (500
undi), Setiausaha Publisiti DAP Theresa Kok (495), Timbalan Pengerusi DAP
Tan Seng Giaw (492),Chong Chieng Jen (476), Ngeh Koo Ham (455), Anthony Loke Siew Fook (452), Ahmad Ton (448), Tony Pua Kiam Wee (446), Chong Eng (434), Teng
Chang Khim (417), Nga Kor Ming (417), Chow Kon Yeow (410), P. Ramasamy (340) dan Dr Boo Cheng Hau (332).

Ramai yang mengharapkan tindakan DAP melantik tokoh aktivis Melayu
berprofil tinggi dalam bidang kempen ketelusan dan integriti Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebagai naib pengerusi parti itu sedikit sebanyak meleraikan
isu yang berputar sekitar DAP sebelum ini.

No comments: