Friday, August 22, 2008

KISAH DUKA PERMATANG PAUH ; Kecewa 'gugur' tatkala semangat itu membara

wan nordin wan yaacob

Catatan ini aku tulis tatkala ada satu persitiwa yang sebenarnya membayangi semangat juangku untuk membedah segenap laporan dalam pilihan raya kecil permatang pauh yang aku ikuti selama ini.

Bukan kerana aku merasakan bahawa aku dan rakanku yang bersama terlalu bagus dalam menyelesaikan tugasan yang sepatutnya kami selesaikan dalam peringkat kedua ahad hingga rabu ini.

Tetapi aku lebih merasakan bahawa kaedah kami digugurkan pada saat akhir dengan alasan 'cut cost' ini tidak munasabah, malah akibat itu ramai yang mentertawakan kami berdua.

Memang suka sangat orang-orang ini mentertawa, walhal mereka tertawa sambil sedang tidak menyelesaikan tugas masing-masing.

Aku mengambil lengkah seribu menjauhkan diri dari fitnah yang cukup dahsyat ini, rakanku meraung sendiri ketika bersolat merasakan dirinya diperlakukan seperti sampah yang tidak ada nilai.

Satu kiriman sms dihantar beliau kepadaku, 'entah mengapa airmataku mengalir ketika aku bersolat, aku tak tertahan dengan dugaan ini yang berulang kali berlaku, namun aku pasrah atas kehendaknya' kata sms rakanku itu.

Aku seperti biasa tetap terasa, namun dugaan ini sememangnya pernah aku lalui sebelum ini, namun kali ini aku lebih kuat menghadapinya kerana dugaan itu aku lalui dengan beliau yang menjadi sahabat dan rakan ku atau 'sparring partner ku'.

Kini aku mulai sedar betapa kadang2 dalam hidup ini tak semuanya yang kita lakukan akan dihargai dan mungkin akan ada orang yang cuba mencerca, menghina keikhlasan kita.

Salam perjuangan untuk pengundi Permatang Pauh.....aku memerhati dari jauh, kepada Sabri Said dan Saat (SUNGAI DUA) yang sangat setia menemani perjuangan kami, aku khabarkan salam ukhuwwah kepada mereka berdua...aku sangat menghargai kerjasama kalian yang sangat taat dan patuh, penuh keazaman dan taqwa, sesungguhnya kalian adalah pejuang setia...

No comments: