Friday, August 15, 2008

Empat individu kemuka pencalonan di Permatang Pauh

Mohd Sabri Said (Harakahdaily)

PERMATANG PAUH, 16 Ogos (Hrkh) - Setakat jam 9.30 sebentar tadi empat individu telah mengemukan nama sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh (P44). Mereka ialah calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah, calon bebas daripada AKIM, Hanafi Mamat dan seorang lagi calon Bebas, Dr Mansor Othman yang juga bekas Pengerusi KeADILan.



Dato' Arif Shah mendahului menyerahkan kertas pencalonan pada pukul 8.40 pagi, Dato' Seri Anwar pada jam 9.10 pagi manakala calon bebas pada pukul 9.14 pagi.

Suasana jalan masuk ke Maktab Perguruan Tunku Bainun penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat dan BN.

Bukan itu sahaja malahan jalan daripada Pekan Penanti telah ditutup buat sementara manakala laluan menerusi Lebuhraya Butterworth-Kulim penuh sesak dengan kenderaan.

Antara yang hadir memberikan sokongan padu ialah Muryidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dan Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.

No comments: