Wednesday, August 15, 2012

Nasharudin Mat Isa dah mula tunjuk diri sebenar yang PRO UMNO!

 Sebelum ini penulis ada bercakap dengan beberapa insan-insan lurus dalam PAS bahawa Nasharudin Mat Isa (ketika menjadi Timbalan Presiden PAS) amat disangsikan kelibatnya dalam kepimpinan.

Bukan apa, penulis sendiri banyak pengalaman bersama beliau di Parlimen, di Sarawak (Pilihan Raya Negeri) dan banyak lagi lokasi yang sedikit sebanyak menonjolkan wajah sebenar beliau pada penulis.

Tak mengapalah itu semua sudah berlalu.Namun penulis juga ada pengalaman bersama salah seorang saudaranya yang duduk di Rembau di Kampung Air Melintang, Kota..Saudara dia ini selalu berceritakan kepada penulis mengenai siapa Nasharudin sebenarnya sejak Nasha mengintai tempat dalam PAS lagi.

Namun masa itu penulis 'kurang yakin' dengan cerita yang disampaikan saudara kepada Nasha ini walaupun saudaranya ini adalah seorang guru agama.Namun, akhirnya sejak tahun 2009, penulis sudah mula menghidu politik sebenar Nasha, bermula sebelum pemilihan jawatan Timbalan yang ketika itu dicabar Abg Mat Sabu dan Husam Musa.

Dua tokoh dalam PAS iani tewas, walaupun ada kedengaran kisah sebalik pertandingan ketika itu.Tak mengapa itu semua berlalu.


Abg Mat Sabu Pejuang Tulen- Nasha pejuang hampeh!

Namun kini Nasha telah menunjukkan belangnya yang sebenar bahawa dia bersama dengan Najib ke Mekah, malah menjadi jurubahasa Nasha ketika bertemu dua ulama di Mekah.Nah terserlah wajah Nasha yang sebenar walaupun pakai jubah n kopiah kononnya macam ulama...Hampeh luuuuu......

Kepada penyokong2 Nasha yang selalu hentam Abg Mat Sabu, lihatlah inilah wajah sebenar pejuang yang kalian banggakan hingga menghentam PAS semula.

Abg Mat Pernah kalah bertanding Timbalan Presiden tetapi tidak merajuk mahupun menghentam parti.Jiwa raganya diserahkan kepada parti, turun naik Mahkamah, disumbat ke penjara dan mengharungi siksa kena belasah penguatkuasa, kena langgar dan macam-macam lagi, tetapi Abg Mat Sabu tetap setia bersama PAS.



Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS

  

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama.
   
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.
   
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
   
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
   
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
   
Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.


'Nasha patut berani berdepan Majlis Syura'
 

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa patut berani berdepan dan berhujah dengan Majlis Syura jika tidak setuju dengan hubungan PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Kalau beliau ada pandangan berbeza dengan Majlis Syura Ulama, beliau perlu berani berhujah dengan ahli Majlis Syura yang lain.

"Persoalannya, adakah beliau rasa takut untuk berhujah dengan mereka?

"Adakah beliau tidak cukup ilmu yang beliau miliki untuk bertemu dalam mesyuarat?" sindir ahli parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharuddin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, seperti dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia.

Nasharuddin salah seorang anggota Majlis Syura PAS, badan tertinggi pembuat dasar yang diketuai oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura PAS terbuka dan sedia mendengar pandangan ahlinya sekali pun tetap dengan keputusan bersama Pakatan.

"Amat malang, beliau (Nasharuddin) sebagai ahli Majlis Syura tiba-tiba tidak boleh berhujah dalam mesyuarat, (kerana) tidak hadir dalam mesyuarat," katanya.

Setiausaha agung 'pantau' perkembangan

Mahfuz berkata, memandangkan PAS telah menyatakan pendirian untuk bersama Pakatan, maka tiba giliran Nasharuddin untuk menyatakan "prinsipnya" terhadap keputusan itu.

Ditanya sama ada Nasharuddin patut keluar PAS, Mahfuz berkata:

"Terpulang kepadanya nak terima prinsip PAS atau apa-apa yang dia nak putuskan. Dia kena beritahu".

Mahfuz juga yakin tindakan Nasharuddin yang memberi kenyataan tidak menguntungkan parti itu tidak memberi kesan kepada akar umbi.

"Saya yakin akar umbi ada kebijaksanaan (untuk menilai). Saya tidak nampak memberi kesan atau mempengaruhi akar umbi," katanya.

Dengan nada sinis, Mahfuz juga bertanya sama ada Nasharuddin berani menggesa Umno keluar daripada BN setelah MCA juga menentang hudud.

"Adakah beliau berani buat begitu suruh Umn keluar BN kerana MCA tentang hudud. MCA kata ADUN dekat Johor hilang akal," katanya sambil ketawa sinis.

Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali (atas) ketika dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mengulas lanjut berhubung tindakan Nasharuddin itu kerana "sedang mengikuti perkembangan".


No comments: