Monday, July 30, 2012

Sambutan Kemerdekaan 2012 yang terakhir buat BN



Analisis

WAN NORDIN WAN YAACOB


Tiba-tiba sahaja tahun 2012 menjadi tahun 'menggila' buat Umno-BN dalam menterjemahkan Sambutan Kemerdekaan ke-55 kepada rakyat dengan tema yang mengarut dan logo yang bersifat politik.

Lebih dari itu, sekonyong Umno-BN menyiarkan lagu tema 'Janji Ditepati' menjadi halwa telinga masyarakat dan rakyat yang membuatkan rakyat jemu dan mual dengan lirik yang langsung tidak patriotik.

Kontroversi tema sambutan kemerdekaan timbul setelah kerajaan Umno-BN mengemukakan tema 'Janji Ditepati'.Ianya mendapat kritikan dan kecaman oleh rakyat di media-media sosial termasuk facebook dan
blog.

Lebih dari itu, lagu tema pula langsung tidak memiliki unsur-unsur patriotik mahupun semangat cintakan negara.Liriknya hanya tertumpu kepada 'hasutan' kepada rakyat agar membalas budi BN.

Kerajaan melalui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Maslan pula bersungguh-sungguh mempertahankan tema Janji Ditepati, malah memberi alasan 'bodoh' dengan menyelar pembangkang kononnya tidak menerima tema kerana tidak menunaikan janji seperti Umno-BN lakukan.

Singkat sungguh pemikiran Ahmad Maslan bak kata Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu lantas beliau melemparkan tuduhan bahawa Umno-BN kini terlalu terdesak menggunakan sambutan kemerdekaan untuk mengugut rakyat menyokong BN.

Sebelum ini, rakyat tidak lupa sewaktu umat Islam di negara kita sedang sibuk menyambut Mat Sabu dihentam oleh media-media arus perdana khasnya Utusan Malaysia dalam kes Mat Indera dan Komunis.

Nama Mat Sabu diheret ke wajah yang cukup negatif oleh media arus perdana hinggakan ada kalangan NGO Ultra Melayu yang mencadangkan agar Mat Sabu dilucutkan kerakyatannya.

Rakyat ketika itu dihidangkan dengan pengkisahan komunis dan kerajaan setiap hari mempropagandakan kononya pembangkang khasnya Mat Sabu pro-komunis.

Kini, media-media arus perdana membisu dengan isu tema yang langsung tidak patriotik dan kebodohan ini terus diizinkan mereka untuk ditelan rakyat.

Tiada langsung kritikan membina yang dilaporkan media arus perdana terhadap tema yang dianggap Mat Sabu sebagai 'kekontangan idea' pemerintah.

Sebelum ini, Mat Sabu ada mengkritik bagaimana sambutan Hari Kemerdekaan dimanipulasi oleh BN untuk memperlihatkan seolah-olah Umno sahajalah yang berjuang memerdekakan negara.

Sedangkan mereka lupa, ramai lagi yang berperanan mencetuskan kemerdekaan, namun diperingkat akhirnya bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman membuat sentuhan terakhir dengan berbincang
dengan British bagi mendapatkan kemerdekaan tanpa setitis darah tertumpah.

Mungkin sekali pemimpin Umno-BN lupa, darah Tok Janggut, Dato' Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dato' Maharajalela dan ramai lagi yang tertumpah ke bumi kerana menentang British.

Walaupun sebelum ini, Umno-BN tidak menggunakan propaganda secara langsung dengan tema, tetapi kali ini Umno-BN cukup terdesak hingga terpaksa menggunakan slogan Janji Ditepati untuk tujuan
memperbodohkan rakyat.

Boleh dikatakan, tema "Janji Ditepati", logo 1 Malaysia dan lirik lagu tema Hari Kemerdekaan adalah tema yang mirip kempen pilihan raya.

Malah, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sendiri mula dengan tema Hari Kemerdekaan yang jelas tidak neutral.

Disatu sisi, rakyat pula tidak segan mentertawakan tema dan logo Hari Kemerdekaan yang dilihat cukup memualkan.Rakyat tidak lagi mendapat suatu petunjuk untuk membina patriotisme yang mantap kerana kerajaan Umno-BN telah lama rosak dimata rakyat.

Meskipun Perdana Menteri, Dato' Najib Tun Razak kononya menasihatkan pimpinan Umno di setiap peringkat bahawa zaman bodek sudah berlalu, namun beliau terus merelakan 'pembodekan tahap
tertinggi' oleh Dr Rais Yatim.

Apakah, Najib juga sudah merasakan cemas dengan kedudukan BN, lantas merelakan sahaja pembodekan Rais bagi tujuan menyelamatkan bahtera Umno-BN yang semakin karam.

Atau, rakyat akan menghukum kebobrokan Umno-BN ini dengan menghadiahkan tahun 2012 sebagai 'Sambutan Kemerdekaan' terakhir dibawah kerajaan Umno-BN.

No comments: