Sunday, July 29, 2012

PAS ganti Umno - Mat Sabu


Haji MOHAMMAD SABU (Timbalan Presiden PAS)

Memang hasrat PAS untuk mengetuai ummat Islam dan rakyat Malaysia apabila Umno makin ditinggal oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia. Sama ada hasrat itu dapat dicapai atau tidak, itu soal lain.
Peranan Umno mengepalai orang Melayu/Islam dilihat semakin pudar, PAS makin diterima untuk menjadi madah orang Melayu/Islam pergantungan rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat antara PAS, ADIL dan DAP, disokong bersama oleh PSM dan badan-badan NGO semakin mendapat sokongan rakyat (menurut hemat saya).

PAS ganti Umno suatu selogan yang popular di kumandangkan, bahkan mendapat sambutan khasnya orang Melayu/Islam.Selogan itu juga menimbulkan kebimbangan sesetengah pehak, terutama sebahagian orang bukan Melayu. Mereka bimbang jikalau PAS betul-betul ganti Umno sekaligus dengan perangai Umno. Kita perlu memberi keyakinan kepada semua, ganti Umno hanya di sudut kepimpinan rakyat bukan disudut jael dan perangai Umno.

Umno bermula secara gahek di zaman Tun Mahathir membuat projek mewah dan membazir wang rakyat. Tender terbuka tidak diamalkan, menyebabkan berlaku kronisme secara meluas(lihat buku Bary Vain) Dakwaan terpilih di amalkan oleh pemerintah Tun Mahathir.

ISA diguna sewenang-wenangnya oleh pemerintah Dr. Mahathir.Pilihanraya hanya proses pengesahan rakyat untuk melanjutkan pemerentah Umno-BN. Kebebasan berguna dan selepas bersuara amat diganggu. Universiti dan gerakan pelajar dibendung dan dikongkong.

Bayangan kerajaan Umno amat ditakuti, dibenci dan rakyat semakin jemu dan meluat. PAS ganti Umno mesti dihurai supaya rakyat tidak lagi akan mengalami zaman "kegelapan demokrasi" itu.

"kalau aku betul, sokonglah dan bantulah aku, jika aku salah, perbetullah aku dan tegurlah aku", kata-kata Saidina Abu Bakar hendak jadi pedoman kita.Kita boleh melihat, kerajaan yang diketuai oleh PAS sama ada di Kelantan dan Kedah, tidak langsung menyerupai Umno-BN. Ianyaa sekurang-kurangnya lebih baik dari kerajaan BN dari pendapat Audit Negara.

Keyakinan rakyat perlu dipertingkatkan apabila PAS dan rakan-rakan PR ambil aleh Putra Jaya. Kerajaan berkebajikan yang dijanjikan oleh kita mesti dijelmakan dengan mengujudkan "Good Governance" -peranan yang paling berkesan adalah badan-badan NGO, mereka dilihat lebih ikhlas untuk menegor sesuatu pemerintah.

Apabila Dato' A.Samad Said, Dato Gurbiga, Maria Chin Abdullah, Hisyamudin Rais dan rakan-rakan NGO mereka berkehendakan pilihanraya  Bersih, mereka dilihat lebih ikhlas  dari anggota parti-parti politik. Mereka dari Badan NGO tersebut tidak bertanding dalam pilihanraya.

Oleh itu kepentingan mereka untuk ambil oleh pemerentah tidak ada. Mereka hanya mahu pilihanraya yang bersih dan Adil.

Sebab itulah apabila PR memerintah nanti, maka peranan NGO perlu digalakan, untuk menjadi tenaga penegur yang kuat kepada kerajaan. BN memang layak jadi pembangkang, tetapi mereka tak dapat elak dari dendam kesumat kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

PAS ganti Umno tidak menjadi kegerunan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia bila hurasan munasabah diberikan dan kezaliman dan kesilapan Umno tak akan diulang oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

No comments: