Oleh : WAN NORDIN WAN YAACOB
Foto ; WAN ZAHARI WAN SALLEH
Tepat jam 5.37 tadi (31 Januari 2012) penulis mendapat panggilan daripada Wartawan Bilik Berita Harakah, Azmunyza Ayob yang dalam nada sebak menyatakan teman seperjuangan, Mohd Shafri Shamsuddin telah kembali ke pangkuan PenciptaNya..
Beliau menghembuskan nafasnya dalam usia 42 tahun di sisi isteri, Sharifah Nurhayati Al Yahya dan lima anaknya.Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak selepas dibawa pulang ke rumah ibunya di belakang Anjung Rahmat,
Gombak pada malam ini juga.
Mengalir airmata dan sebak seluruh jiwa menahan kesedihan yang tak terkata.Allahyarham Mohd Shafri baharu sahaja menyertai Harakah semula
pada awal tahun 2011.
Beliau pernah bersama Harakah pada sekitar tahun 1990-an, dan kemudiannya menyertai beberapa penerbitan sebelum kembali ke Siasah sebelum ini dan Harakah sejak tahun 2011.
Wajahnya yang sentiasa ceria tidak sedikitpun memperlihatkan Allahyarham seorang yang mempunyai sakit Kanser Hati.
Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya pagi tadi adalah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Md Ramli serta Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Exco Pemuda PAS, Suhaimi Abdul Aziz.
Sementara Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menziarahi sejurus jenazah Shafri dibawa keluar dari HKL.
Shafri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.
Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.
Namun, minggu lalu Shafri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.
Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana.
Pada 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.
Allahyarham yang terlantar HKL tidak lokek melontarkan senyuman tatkala rakan-rakan
bertandang menziarahinya, dan sesekali mampu bergurau.
Ingat sahaja semasa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menziarahinya pada 30 Januari (sehari sebelum menghebuskan nafasnya yang terakhir), Allahyarham Shafri nampak ceria meskipun dalam kesakitan yang amat.
Namun, semasa penulis menziarahinya 31 Januari selepas dikhabarkan beliau tenat, wajah cerianya bertukar tanpa 'sebarang riak', kaku dan sayu.
Segala jenis wayar dan alat bantuan pernafasan bersangkut, bersilang membelit badan dan wajahnya.
Isteri, ibu dan anak-anak Allahyarham tidak putus-putus memeluk, mencium dan sesekali membisik-bisikan sesuatu ke telinganya.
Namun, wajah kaku itu hanya sesekali dilihat bernafas dengan alat bantuan pernafasan.
Semua mata yang memandang menziarahi beliau pastinya akan berlinangan, tidak dapat menahan sebak kerana Shafri seorang yang periang tiba-tiba dalam masa yang singkat kaku...
Ingat lagi, semasa penulis bersama Allahyarham dan jurugambar, Wan Zahari Wan Mohd Salleh membuat liputan Pilihan Raya Kecil Kerdau pada awal 2011, beliau cukup komited untuk belajar menjadi seorang pemberita.
Walaupun usianya 8 tahun lebih tua berbanding penulis, namun gagah dan staminanya cukup kuat, hampir setiap malam tidak pernah lekang dengan menyiapkan tugasan setelah selesai membuat liputan.
Sesekali beliau suka membuat rakan-rakan tersenyum dengan jenakanya yang mengusik.Suaranya yang cukup kuat membuatkan jenakanya mudah mentertawakan rakan-rakan.
Beliau memiliki karektor yang sangat istimewa, tegas dengan pendirian namun cukup mudah memaafkan seseorang.
Beliau boleh ditegur dan mampu menegur.Dalam hanya setahun menjadi wartawan, beliau sudah mampu membina jaringan hubungan dengan beberapa pihak yang menjadi sumber beritanya.
Begitulah sifat dan sikap Allahyarham Mohd Shafri, beliau amat komited terhadap tugas dan tega dalam memperjuangkan aspirasi PAS melalui penulisannya di Harakah.
Namun, apakan daya, Allahyarham Mohd Shafri kini sudah kembali ke pangkuan Allah..Moga Allah menempatkan rohnya dikalangan mereka yang Soleh dan pejuang agamaNya..Alfaatihah buat Allahyarham Mohd Shafri Shamsuddin...
4 comments:
yahooooooo, satu undi PAS dah tak de...he he he
seronoknya....
padan muka puak puak pas
Bro.. wa pun tak sokong pas tp jgn la smpai camtu. al-fatihah kpd beliau sbgai sedara semuslim..
Post a Comment